Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, June 05, 2011

Bila PAS berubah matlamat, maka 'negara Islam idaman' tinggal impian..

Takziah diucapkan kepada sekelian mereka yang sekian lama ini kononnya memperjuangkan agenda dan matlamat menubuhkan sebuah daulah Islamiyyah dibumi bekas Tanah Melayu ini.


Sudah sampai ketitik noktah perjuangan politik sekular jamaah yang selama ini menjanjikan kepada kita akan suatu gagasan berlandaskan Syariat Islam dan Sunnah Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam.


Bilamana PAS bernikah secara mut'ah dengan partai harbi wal laknatullah DAP dengan bermadukan PKR yang sanggup menyamaratakan segalanya demi segenggam kuasa politik memerintah negara ini, maka lenyaplah sudah sekelumit harapan hamba Allah ini untuk menyaksikan kejayaan PAS untuk mengotakan kata, melaksanakan sahutan 'Negara Islam' sepertimana pernah dibentangkan Al Fadhil Tuan Guru Professor Dato Dr Harun Din Al Haj, satu satunya ulamak PAS yang saya hormati dan sokong ke saat ini.


Tidak ada tokoh tokoh yang lain didalam parti PAS yang tidak berganjak dari usaha memartabatkan Ad Deenul Islam selain Prof. Dato Dr Harun Din. 


Nampaknya usaha Prof sendiri kini menghadapi cabaran yang semakin hebat untuk mengemudikan bahtera perjuangan PAS merealisasikan apa yang pernah kita semua dengar bahawa matlamat perjuangan PAS yang hakiki adalah tidak lain tidak bukan tetapi untuk menegakkan sebuah negara Islam diMalaysia ini sesuai dengan perintah Allahu Ta'ala dan menepati saranan Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam.


Berbeza benar peribadi para pemimpin PAS yang lain berbanding dengan Timbalan Mursyidul Am PAS ini dari segi pembawaan mesej dan kaedah menyampaikan ilmu agama Islam hakiki.


Jangankan menarik minat mereka yang bukan Islam sekiranya disampaikan ceramah ceramah politik kebanyakan penceramah PAS dengan cara memaki hamun, mencaci cerca seteru politik utama mereka yakni para pemimpin UMNO tetapi yang beragama Islam dan sesama bangsa seMelayu dengan mereka akan kecut hati dan seram segala bulu menyaksikan betapa hebat tahap kebencian terlampau dari susunan kata maki dan nesta yang berhambur keluar disusuli pula dengan laungan TAKBIR dari para pengikut PAS yang sekiranya diteliti akan tahap kefahaman agama dan akidah mereka, masih terlalu banyak ruang untuk di-isi dan diperbaiki!


Matlamat tidak menghalalkan cara, wahai ikhwanul muslimin sekelian.


Sebuah jamaah Islam seharusnya memiliki tatacara pembawaan perjuangan Islami yang tersangat tinggi dengan tahap mutu adab sopan dan cara berdakwah yang adil dan berhemah terhadap semua, baik terhadap sekelian manusia. 


Baik terhadap bukan sahaja yang kaffir apatah lagi terhadap sesama Muslim sekelian tambah tambah lagi terhadap seteru politik mereka didalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu @ PEKEMBAR atau UMNO.


Saya hairan bukan kepalang bilamana saya menyaksikan keterlampauan permusuhan yang ditunjukkan mereka yang berketrampilan sebagai golongan yang beragama Islam dan berperadaban Melayu tetapi meluap luap rasa benci dan dendam kesumat terlampau terhadap saudara seagama dan sebangsa dengan mereka didalam UMNO?


Alangkah ruginya negara ini mempunyai golongan sedemikian yang berkulitkan Islam tetapi berinti yang sebaliknya?


Bukankah bagus sekiranya setiap ahli PAS baik yang berjawatan sebagai pemimpin ataupun ahli diperingkat pertengahan dan juga diperingkat akar umbi berperibadi seumpama Al Fadhil Tuan Guru Prof Dato Dr Harun Din Al Haj?


Saksikanlah cara beliau menyampaikan mesej tentang penubuhan Negara Islam yang selama ini menjadi asas perjuangan Jamaah Parti 'Islam' SeMalaysia :












Diantara sebegitu ramai pemimpin pemimpin PAS yang ada, tidak ada seorang pun dari mereka yang boleh menandingi Prof Dato Dr Harun Din didalam cara beliau membawa mesej pendekatan Dakwah Al Islamiyyah.


Kita selalu mendengar para penceramah PAS menempelak UMNO sebagai parti Melayu yang sekular, tidak ikhlas didalam segala slogan dan laungan mereka bahawa negara Malaysia ini adalah sebuah negara Islam tetapi sebenarnya adalah sebuah kerajaan sekular yang berfungsi menghidupkan sistem sekular peninggalan British dibawah Perlembagaan Malaysia yang dirangka oleh Suruhanjaya Lord Reid.


Kini kita dapati bahawa PAS pula sudah melupuskan apa yang dahulunya kita dengar sebagai matlamat penubuhan Negara Islam dan berubah agenda kepada apa yang dikatakan sebagai 'negara kebajikan' pula.


Sayang seribu kali sayang, umat Islam seMalaysia sekarang tidak boleh mengharap kepada mana mana pihak baik UMNO ataupun PAS didalam menentukan arah tuju negara ini kepada apa yang di redhai Allahu Rabbul Alamin.


Saya tidak nampak mana mana pihak dari kedua parti politik Melayu terbesar didalam negara ini yang mampu menegakkan Syiar Islam didalam ertikata sebenarnya dimasa sekarang mahupun yang akan datang.


Kita sudah tidak ada sesiapa lagi untuk menerajui perjuangan Daulah al Islamiyyah ataupun sebuah Khilafah di rantau ini.


Biarlah orang berhari raya,
          Kita pergi merambah dahan,
Biarlah orang mencari kaya,
          Kita mencari redhanya Tuhan.


Biarlah orang membakar rusa,
          Rusa itu banyak tanduknya,
Biarlah orang mengejar kuasa,
          Kuasa itu banyak buruknya.


Biarlah parang dicanuk lekat,
          Lekat itu banyak karatnya,
Biarlah orang merebut pangkat,
          Pangkat itu banyak mudaratnya.


Kalaulah hilang kulim dirimba,
            Rosaklah padi dimakan rusa,
Kalaulah hilang alim ulama,
            Rosaklah negeri ditelan dosa.


Fikir fikirkanlah!
Post a Comment