Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, June 21, 2011

Dato Sohaimi Shahadan ~ Pemimpin Malaysia Cari Makan bukan Cari Pasal

Kita sering membaca dan mendengar tentang para pemimpin baik diperingkat pusat atau pun bahagian yang mengeluarkan kenyataan begitu begini yang berkisar tentang perbalahan politik, sosial dan agama didalam negara kita ini.


Kebanyakan politikus mahu terkenal dengan kejuaraan mereka didalam krisis. Kurang yang mahu berusaha secara positif demi kemajuan kita.
Jarang sekali kita membaca atau mengetahui tentang usaha para pemimpin kita untuk membuka ruang dan peluang niaga dan usahasama untuk memberi warga kita peluang untuk mencari rezeki baik didalam atau diluar negara.


Saya terbaca tentang usaha Dato Sohaimi Shahadan membawa ahli ahli UMNO Selayang pergi berbincang dengan parti GOLKAR di Medan, Indonesia untuk meninjau peluang peluang perniagaan disana.


Ini lah yang saya selalu sarankan. 'Cari Makan! bukan Cari Pasal!'


Saya amat suka melihat program antarabangsa seperti ini. Kedua pihak yakni Indonesia dan Malaysia mempunyai banyak persamaan dari segi adat resam, budaya dan bahasa.


Kita mempunyai sebegitu banyak peluang untuk diteroka kedua negara dan usaha Dato Sohaimi patut di sokong dan disusuli oleh para pemimpin niaga dan politik kita.


Bukalah lebih banyak perusahaan MALINDO. Malaysia dan Indonesia.


Insya Allah, kedua negara boleh mendapat manfaat dari usaha seperti ini.


Salam tahniah kepada Dato Sohaimi Shahadan dan Parti GOLKAR!


Selamat maju jaya keduanya!
Semua foto foto ini saya salin dari blog Dato Sohaimi Shahadan. Terimakasih Dato!


Untuk berita selanjutnya sila lawati http://sohaimi-shahadan.blogspot.com
Post a Comment