Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, June 22, 2011

Datuk Khalid Yunos ~ Ucapan di Pelancaran GERAK AMAN 19hb Jun 2011


Tuan tuan dan puan puan, rakyat Malaysia sekelian,


Bagi menerangkan apa yang telah berlaku tempohari di Kelab Sultan Sulaiman, maka inilah saya menyiarkan rakaman penuh tanpa sebarang suntingan akan segala apa yang diucapkan oleh Jeneral jeneral GERAK AMAN yang menentang perancangan Ambiga Sreenivasan dengan Mat Sabu untuk mengepalai ratusan ribu penyokong mereka turun menyesakkan ibunegara Kuala Lumpur pada 9hb Julai nanti dengan protes BERSIH 2.0 mereka walaupun telah dilarang PDRM!


Saya tak sempat memproses rakaman video yang saya ambil sendiri pada petang Ahad 19hb Jun 2011 lalu sebab ada kerja kerja yang saya perlu selesaikan terlebih dahulu.


Kelewatan saya itu sebenarnya ada hikmahnya juga sebab dapat kita melihat reaksi jaguh jaguh negara terutamanya yang hebat berkokok diruang legar Parlimen tentang itu dan ini berkaitan peristiwa yang berlangsung di perkarangan Kelab Sultan Sulaiman padahal jaguh jaguh berkenaan tak pijak pun tanah di padang berkenaan.


Hendaklah kita berlaku adil didalam memperkatakan tentang sesuatu perkara tanpa hadir secara peribadi ditempat ianya berlaku!


Laporan media media yang berkepentingan selalunya bercanggah dari hakikat sebenarnya.


Maka tontoni lah video di atas dan kemudian baru membuat apa apa keputusan tentang pengisytiharan perang oleh jeneral jeneral yang dilantik oleh mereka ini sendiri dengan disokong kesemua para hadirin.


Selepas ini akan menyusul penyiaran ucapan penuh Dato Zulkifli Noordin dan kemudiannya Dato Ibrahim Ali, 'the most wanted man' pujaan hati para pelobi kepala IFC Ambiga Sreenivasan dan rakan rakan sepakatan nya.
Post a Comment