Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, June 20, 2011

Melayu mudah lupa? Nampak gaya macam tu le..Sejarah berulang kembali.




DAP menolak negara Islam secara total! Menghasut Sabah dan Sarawak supaya berani menyuarakan penentangan terhadap Negara Islam! Juga memprovokasi MCA, MIC, GERAKAN, SUPP supaya turut bersama sama mereka menentang pembentukan Negara Islam di Negara Malaysia ini!

Siapakah yang boleh kita persalahkan diatas keceluparan DAP ini kalau tidak UMNO dan Kesultanan Melayu kerana gagal mendirikan Negara Islam Malaysia didalam ertikata sebenar benarnya?


Kita ni nama sahaja dah merdeka sejak 1957 dari cengkaman British!


Tetapi sampai ke saat ini pemerintah Melayu tak bersungguh sungguh untuk mendaulatkan Syariah Allahu Ta'ala sepertimana yang di perintah Rabbul Alamin didalam Al Qur'anul Karim Surah As Saf Ayat ke 9:

61:9
Transliteration
Huwa allathee arsala rasoolahu bilhudawadeeni alhaqqi liyuthhirahu AAala addeenikullihi walaw kariha almushrikoon
Sahih International
It is He who sent His Messenger with guidance and the religion of truth to manifest it over all religion, although those who associate others with Allah dislike it.
Malay
Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

Siapakah yang menahan pemerintah Melayu untuk meninggikan Syiar Islam diatas segala fahaman lain warga tanah air ini?


Apa ertinya menjunjung Al Qur'an hanya ketika melafazkan sumpah untuk mendaulatkan Wahyu Wahyu Allah semasa mahu dipertabalkan ke kedudukan tertinggi negara tetapi tidak menyusul dengan pelaksanaan perintah perintah Allahu Rabbul Alamin?


Baru baru ini Duli Tuanku Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah menangguhkan keputusan Majlis Agama Islam Pulau Pinang dari melaksanakan cadangan mengadakan pilihanraya masjid di negeri yang sememangnya berada dibawah kuasa Tuanku selaku Ketua Agama Islam bagi negeri negeri tidak bersultan tetapi ada suara sumbang Prof Abdul Bari memberi pendapat bahwa Yang Di Pertuan Agong sedang ditarik masuk ke kancah politik!


Profesor undang undang macam mana kah ini jika tidak faham bahawa Tuanku bertitah di atas hak Tuanku selaku Ketua Agama Islam negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan?


Ikut adat resam dan peradaban Kesultanan Melayu, profesor ini sudah menderhaka terhadap titah Raja. Boleh dikenakan hukum menurut peruntukan undang undang yang ada.


Tetapi percayalah, takkan terusik walau sehelai bulu hidung si polan berkenaan.


Kerna apa saya berpendapat begitu?


Sebab sudah seringkali rakyat negara ini berlaku biadap terhadap Raja dan Sultan Melayu tetapi tidak ada penguatkuasaan undang undang oleh pihak Kerajaan yang memerintah.


Saya sering menegur Duli Duli Tuanku dengan bahasa sehalus yang boleh sebab saya sayangkan Raja dan Sultan Sultan Melayu kita.


Saya sanjungi Duli Duli Tuanku diatas kedudukan Baginda sekelian selaku Ketua Agama dan Negara kita namun sikap Baginda sekelian membiarkan puak puak anasir pengadu domba dan penghina Islam dan Muslim seMalaysia mengecewakan hati hamba Allah ini.


Saya amat gembira bilamana Duli Tuanku Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin akhirnya memecah benteng dan bertitah menangguh perancangan MAIPP untuk mengadakan pilihanraya masjid yang sudah pasti mengujudkan pemecahan secara jelas diantara anak anak kariah masjid di Pulau Pinang.


Memang kita akui bahawa ada kem PAS dan UMNO didalam sesuatu kariah sekian lama ini tetapi masih secara maya dan tidak ketara didalam ertikata sebenarnya.


Namun akibat terlalu ghairah mahu berkuasa diatas segala aspek kehidupan kita maka puak pemberontak dan pembantah semakin lama semakin besar kepala dan mahu mempertikaikan kuasa Agong pula?


Seperti biasa pemerintah Malaysia akan mengambil sikap bagaikan burung unta, menyembunyikan kepala didalam timbunan pasir dan mengharapkan perkara yang timbul akan hilang ditelan masa sementara buntutnya tertonggeng menanti cucukan musuh durjana!!!


Bagi setiap manusia warga Semenanjung Tanah Melayu yang mahu mengambil tahu akan apa yang sedang berlaku hari ini dan apakah yang sedang dirancang pihak pihak yang mencaturkan masa depan dan nasib umat Islam serta rakyat yang lain, harus merenung sejenak akan intipati kandungan video video diatas.


Surah Al Ma'idah Ayat ke 5:

5:5
Transliteration
Alyawma ohilla lakumu attayyibatuwataAAamu allatheena ootoo alkitaba hillunlakum wataAAamukum hillun lahum walmuhsanatumina almu/minati walmuhsanatu minaallatheena ootoo alkitaba min qablikum itha ataytumoohunnaojoorahunna muhsineena ghayra musafiheenawala muttakhithee akhdanin waman yakfur bil-eemanifaqad habita AAamaluhu wahuwa fee al-akhiratimina alkhasireen
Maksud ayat:
Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka). Dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya - di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka maskahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina, dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan. Dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah ia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.


Selagi mana Syariah Islam sebenar tidak tertegak dibumi Allah, selagi itulah pihak pihak musuh Islam dan kita semua akan mempersoalkan itu dan ini sampai kiamat!


Ini terjadi angkara kelesuan pihak Sultan Sultan dan Raja Melayu selaku Ketua2 Agama Islam di negeri negeri Semenanjung Tanah Melayu untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab Baginda2 Tuanku sekelian,yakni untuk mendaulatkan Islam.


Bukan hanya didalam majlis majlis tertentu selaku gimik tetapi didalam ertikata sebenar didalam setiap aspek kehidupan kita semua terutama didalam sistem pelaksanaan undang undang Syariah Allah bukan sistem syariah terjemahan manusia manusia yang mempunyai kepentingan duniawi semata mata.


Jika tidak, kita akan menghadapi masaalah serupa yang pernah menimpa mereka yang kini sudah hilang ditelan dedaun masa.


Melayu Champa. Dimanakah mereka sekarang?


Kerajaan Melayu Siam. Kemanakah mereka hilang lesap ditelan zaman?


Melayu hanya tinggal beberapa juta orang sahaja didalam dunia ini. 


Andainya orang orang Melayu tidak mahu membuka mata dan merenung sejenak akan kedudukan mereka sekarang di satu satunya tanahair mereka sendiri, maka saya tak hairan jika suatu hari nanti Melayu hanya tinggal nama dan menjadi bahan pameran mengumpul habuk di muzium muzium yang ada.


Na'uzubillahiminzalik!


Sedarlah! 


Tegakkan Islam didalam ertikata sebenar dan bukan hanya berjuang untuk Assabiyyah semata mata atau berslogan kosong tanpa pengisian disebalik setiap laungan takbir tak kira samada yang sedang bertakbir itu Melayu UMNO, PAS atau PKR!!!


Saya berasa sedih dan malu bilamana saya menaip 'Melayu' didalam Google Search Engine dan klik pada 'Images'.


Ini yang keluar. 


Apakah ini yang boleh kita kaitkan dengan Melayu?


Beringatlah sebelum terlambat! Bersatulah memperkasakan ummah.


Jangan nanti terjadi bagaikan pepatah Melayu lama : "Menang jadi arang ; kalah jadi abu!"
Post a Comment