Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

ReadNWrite Ad

Wednesday, June 15, 2011

Perjumpaan 37 NGO NGO Anti-BERSIH di Kelab Sultan Sulaiman

Saya turut hadir semalam di perjumpaan 37 pelbagai NGO-NGO Melayu dan lain lain di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur. 
Nak dikatakan mesyuarat tertutup, segala macam media perdana, media maya termasuk stesen stesen TV rasmi dan swasta siap menghantar wartawan masing masing dengan jurukamera untuk merakam keputusan mesyuarat dan deklarasi bantahan terhadap perancangan demo besar2an oleh pihak pembangkang dan wakil Majlis Peguam.


Saya sampai kesana selepas Isya. Mesyuarat dikatakan bermula jam delapan. Tak kisah lah. Janji dapat hadir mendengar intipati perbincangan.


Dari hujah hujah para peserta yang rata rata terdiri dari wakil wakil persatuan persatuan dan pertubuhan pertubuhan bukan kerajaan semalam, kesemua mereka merasakan bahawa kedudukan orang orang Melayu serta umat Islam yang menyokong Kerajaan Malaysia sedang menghadapi ancaman tercetusnya nanti huru hara dan pertumpahan darah rakyat jelata sekiranya dibenarkan anasir anasir subversif dan pihak pihak pencetus kekacauan sepertimana yang berlaku semasa protes BERSIH 1.0 pada tahun 2007 lalu.


Mereka juga menyuarakan bahawa terdapat maklumat penganjur BERSIH 2.0 tahun ini merancang membawa puak puak pencetus kekacauan dari negara jiran untuk menimbulkan huru hara serupa apa yang berlaku di negara negara Timur Tengah didalam perancangan mereka untuk mengganggu gugat proses penghakiman terhadap Ketua Pembangkang yang akan dihadapkan ke mahkamah diatas kes tuduhan ia meliwat bekas pembantu nya Saiful Bukhari!


Sepertimana kita semua sedia maklum, setiap protes dan demo yang dilakukan pihak pembangkang didalam usaha mereka untuk menggagalkan perjalanan proses undang undang bilamana ianya melibatkan ketua parti pembangkang terbabit.


Protes protes seperti ini selalunya mengakibatkan pelbagai kesusahan dan bencana kepada orang ramai serta menjahanamkan harta benda awam dan menyebabkan kerugian besar kepada negara dari impak terhadap sektor pelancungan, perniagaan dalam negeri dan juga kehilangan punca pencarian rezeki para pengusaha teksi, bas dan peniaga peniaga runcit dan yang lain.


Agenda pihak pembangkang yang mahu menganjurkan protes jalanan secara besar besaran tanpa mengambil peduli akan seribu satu kesusahan yang akan menimpa pelbagai lapisan masyarakat dan pencemaran maruah negara di mata dunia menunjukkan bahawa pihak penganjur BERSIH 2.0 berniat jahat terhadap negara ini demi mahu mencemarkan nama baik negara ini dengan menuduh bahawa sistem pilihanraya Malaysia ini tidak adil dan korup!


Hairan juga kita bilamana disebalik seribu satu tuduhan oleh pihak pembangkang bahawa sistem pilihanraya umum negara ini kotor, mereka tidak pula mahu bersyukur dengan kemenangan mereka di 5 buah negeri di Semenanjung Malaysia?


Jika benar bahawa SPRM itu condong terhadap BN, bagaimanakah didalam PRU ke 12, boleh mereka membiarkan pembangkang memenangi 5 buah negeri?


Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor?


Perak jatuh semula ke tangan BN bilamana ada 3 Adun PR berpaling tadah!


Makanya dakwaan bahawa SPRM itu tidak telus dan adil terbatal dengan sendirinya.


Begitu juga dengan tuduhan pembangkang bahawa Kerajaan BN ini kejam dan sebagainya.


Jika kejam, macamanakah segala pemimpin pembangkang termasuk Anwar Ibrahim masih bebas kesana sini malah sering terbang keluar negara memperlekehkan pentadbiran negara kita ini dihadapan ketua ketua kerajaan asing?


Tak masuk akal bukan?


Sebusuk busuk Kerajaan Malaysia ini, bebas bukan main pula puak puak ini yang dibiarkan bermaharajalela mencaci cerca, mengutuk mengata semua pihak yang tak seia sekata dengan mereka?


Ganjil sungguh!


Setahu saya sekiranya pihak pemerintah ini memang sebegitu jahat sepertimana digambarkan, sepatutnya setiap seorang pihak yang dok riuh tak sudah ini sudah lama hilang dilenyapkan pemerintah yang dituduh terlalu kejam dan tak berhati perut itu?


Tak munasabah lah kerajaan kuku besi ini membiarkan semua anasir anasir berkenaan seronok sebegini siang malam pagi petang dok huha sini huha sana ikut suka?


Diktator kelas apa macam ini?


Macamana boleh kita terima bahawa Kerajaan Najib Razak ini dikatakan penindas dan penipu, tak adil, berat sebelah yang tu yang ni tetapi boleh pulak bebas merewang merata rata puak puak pencaci cerca ini keserata negara?


Ada yang tak kena ni!


Makanya pihak pihak NGO NGO didalam negara ini sudah tak boleh tahan lagi dah.


Cacing kerawit dah mula naik ke mata.


Ular lidi sudah mula hendak jadi naga?


Mahu tak mahu, semangat pejuang sudah mula naik meresap, membakar jiwa dan merangsang minda pihak pihak yang masih ada segenggam maruah.


Darah pendekar sudah mula menggelegak. Maka mereka sudah mula menyahut cabaran dan bersumpah akan mempertahankan kedudukan pribumi didalam negara ini dari terus menjadi mangsa adu domba puak pengkhianat terhadap negara.


Langkah langkah sedang mula di atur untuk menentang usaha puak yang mahu mencetuskan kekacauan didalam negara tercinta.


Sebagai warganegara bekas Tanah Melayu ini, mahu tak mahu kita semua akan turut terkesan dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku beberapa hari lagi?


Manusia cuma boleh merancang; Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang menentukan!


Saya hairan dengan sikap manusia kat Malaysia ni. 


Orang lain sibuk berusaha mencari jalan untuk menambah rezeki dan memperbaiki kehidupan masing masing tetapi ada sebilangan besar penduduk negara ini yang tak sedar diri di untung?


Warga warga asing mempertaruhkan nyawa masing masing, berusaha mengembara beratus atau beribu ribu batu, meninggalkan anak isteri, kaum keluarga tercinta, berhijrah mencari rezeki mereka didalam negara ini tetapi ada pula beratus ribu kamjat tak sadar diri berusaha memudaratkan tanahair kita ini dengan memberontak tak sudah sudah!


Ape punya perangai lah malaon ini semua?


Saya rasalah kalau negara lain, dah lama sadaqallah hal azhim riwayat mereka ini.


Tapi nak buat macamana?


Ini Mamluk al Malaisie.


Dimana kebanyakan para penguasa dan pemerintah dah kena penyakit. Sindrom Si Luncai Terjun dengan Labu labunya.


Asyik dok ..'Biarkan! Biarkan!


Macamanalah segala malaon dan yakpursalam tak naik tocang???
Post a Comment