Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, June 23, 2011

'Rakyat Malaysia terperangkap dengan persepsi palsu' - Prof Ismail Ibrahim

Assalamualaikum warga seMalaysia.


Pagi tadi, saya terbaca luahan hati Professor Dato Dr Ismail Ibrahim, salah seorang intelektual dan pemikir Islam yang terbilang didalam negara kita Malaysia menyesali akan keadaan rakyat yang mudah terperangkap dengan persepsi palsu.


Tuan puan boleh membaca isihati Prof Dato Dr Ismail Ibrahim disini. Prof rajin menggunakan huruf besar didalam penulisan beliau, maka pagi tadi saya telah menelefon Prof memohon keizinan beliau untuk menaip semula artikelnya yang saya kira patut dibaca dan difahami akan isi kandungan pemikirannya.


Prof telah memberikan saya izin dan menerbitkan artikel nya semula disini untuk tatapan dan bacaan semua. Terimakasih Prof!


_______________________________________________________________




RAKYAT MALAYSIA TERPERANGKAP DENGAN PERSEPSI PALSU 


Saya merasa amat dukacita dan hampa apabila menaiki pesawat terbang MAS dari Istanbul ke Kuala Lumpur pada hari Isnin 20hb Jun 2011 yang lalu, iaitu setelah sekian lama tidak (dapat) membaca akhbar Malaysia, lalu apabila membaca akhbar tanah air itu, maka saya menemui berbagai bagai berita sampah sarap yang mengandungi tuduhan dan kecaman yang dilakukan terhadap kerajaan dan sistemnya serta institusi negara kita, yang seolah-olah semuanya buruk dan negatif, tidak ada sesuatu pun yang baik!

Kecaman terhadap Suruhanjaya Pilihanraya, nampaknya amat berat dan merupakan satu tuduhan yang serius terutamanya apabila hal ini menjadi isu sehingga akan dianjurkan satu demonstrasi besar-besaran yang akan di adakan pada 9hb Julai ini yang dilambangkan sebagai gerakan "BERSIH".

Sebenarnya darah rakyat memanglah boleh di api-apikan, walau pun dengan tuduhan yang merupakan persepsi (atau tanggapan) yang belum tentu mempunyai kebenarannya. Persepsi sentiasa boleh dikemukakan sebagai kenyataan, terutamanya apabila persepsi itu sentiasa diheboh-hebohkan sebagai kenyataan dan disertai pula dengan emosi dan perasaan. juga fanatik partisan, seolah olah kita sekarang ini telah sesat terlalu jauh, hidup dalam dunia yang penuh penipuan, sedangkan hal yang sebenarnya tidak ditimbulkan!

Kembali ke tanah air sendiri, saya melihat rakyat dan ketua ketua politik tertentu sendiri yang bertindak memburuk-burukkan negara sendiri. Mengecam segala sistem kita dan memperkecil-kecilkan usaha seimbang dan tamadun yang telah berjalan selama ini didalam negara kita.

(Semasa) saya berada didalam persidangan di Ankara, Turki, orang lain (asing) menceritakan tentang kemajuan dan ketamadunan kita sebagai model yang baik yang telah kita jalankan. Mereka memuji kita sebagai sebuah negara berperadaban termasuk didalam sistem ekonomi, sosial, agama dan sebagainya.

Tetapi bila saya pulang ke negara sendiri, saya mendapati (pula) bahawa rakyat kita sendiri mengambil sikap berkonfrantasi, menentang dan melabelkan negara kita dengan pelbagai tuduhan melulu (dan tidak berasas)!

Saya tidak tahu apakah yang akan terjadi kepada negara kita pada masa hadapan? Saya tidak tahu juga akan apakah yang akan dicapai oleh orang orang kita sendiri yang mengecam segala kebaikan yang mereka (buat buat tidak) nampak dan (kufur mensyukuri) segala nikmat yang (sebenarnya) mereka telah merasakan sekian lama ini?

Hanya rakyat Malaysia (yang mampu berfikir dengan logik dan rasional) sendiri sebenarnya yang seharusnya tahu dan faham didalam membezakan diantara yang mana satu kaca dan yang mana intan permata?

(Tahu membezakan) diantara persepsi (tanggapan) yang palsu dan kenyataan (hakikat) yang sebenar?



_________________________________________________________________

Demikian tadi penaipan semula oleh saya akan intipati luahan fikiran oleh Yang DiHormati Prof Dato Dr ibrahim Ismail. Perkataan perkataan didalam kurungan adalah penambahan dari saya sendiri untuk menguatkan ayat dan memberikan penambahbaikkan didalam penyampaian untuk memudahkan para pembaca budiman untuk memahami apa yang disampaikan Prof didalam artikel karangannya ini.

Saudara pembaca,
Memang benar akan segala apa yang disampaikan oleh Yang Mulia Prof Dato Dr Ismail Ibrahim.

Apakah begitu teruk sekali kehidupan seharian kita didalam negara tanahair kita ini sehingga perlunya kelam kabut berdemonstrasi begitu begini didalam kekalutan puak pembangkang untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang dilantik secara demokrasi juga didalam tempoh hanya 3 tahun yang lalu?

PRU ke 12 pada tahun 2008 menyaksikan pakatan pembangkang menjadi kerajaan kerajaan negeri di 5 buah negeri yakni di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Perak jatuh semula ke tangan BN selepas 3 ADUN Pakatan bertindak keluar dari parti masing masing dan mengisytiharkan diri sebagai ADUN Bebas. 


Namun hakikat bahawa 4 negeri negeri di Semenanjung Malaysia masih dibawah kuasa Kerajaan Pakatan Pembangkang tidak mahu dihiraukan mereka yang sebenarnya kemaruk untuk berkuasa di peringkat Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.



Ini realitinya.


Mereka tidak sabar sabar untuk mengujudkan suasana huru hara ala Mesir, Tunisia, Yemen dan beberapa negara lain di Timur Tengah untuk membolehkan mereka pula menjadi Presiden dan Perdana Menteri di republik Malaysia yang mereka idamkan.


Kita boleh melihat arah tuju beberapa pemimpin pembangkang yang semakin hari semakin biadap terhadap institusi Kesultanan Melayu di Kerajaan Malaysia ini.


Sikap tidak menghormati titah perintah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong baru baru ini didalam kes MAIPP mahu mengujudkan sistem pilihanraya masjid di Negeri Pulau Pinang, mengadu domba di antara ahli ahli kariah masjid di seluruh negeri.


Sikap tidak mahu mengenakan pakaian rasmi dengan bersongkok dikalangan ahli ahli parti pembangkang DAP terutamanya semasa Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat di Parlimen bersidang menunjukkan rasa tidak hormat dan kedegilan mereka untuk menuruti perintah tetap Dewan Dewan Perundangan Negeri dan Parlimen.


Sikap prejudis dan kurang ajarnya sesetengah wakil wakil parti pembangkang bila sesuatu perkara melibatkan kedudukan Agama Islam berlaku.


Seribu satu lagi karenah dan maslahah yang ditimbulkan pihak pihak yang tak sedar diri di untung dan kufur nikmat ini.


Saudara saudari rakan pembaca dan warga Malaysia sekelian.


Jika saya keluar ke tengah orang ramai dan merakamkan pendapat dan pandangan mereka akan keadaan didalam negara kita ini, masih jauh lebih baik dari sesetengah negara jiran kita!


Belum lagi kita memperbandingkan dengan sesetengah negara diluar sana yang saban hari saban derita rakyat mereka kerana kekejaman rejim masing masing.


Setiap hari, persempadanan negara kita dicerobohi ratusan ribu warga asing yang lari meninggalkan negara mereka kerana disini, bumi Malaysia tanah tumpah darah kita ini, menjanjikan seribu satu kesenangan bagi mereka.


Mereka sanggup menggadai nyawa, meninggalkan kampong halaman masing masing, dari India, Pakistan, Bangladesh, Myanmar, Nepal, Vietnam, Laos, Kampuchea, China, Indonesia, Filipina dan serantau Asia serta negara negara Asia Tengah seperti Uzbekistan, Kyrgystan, Turkmenistan, Turki, Armenia dan sebagainya kerana apa?


Apakah kerana mereka rasa Malaysia ini seteruk seperti apa yang digembar gemburkan pakatan pembangkang disini?


Hello!!! Hanya manusia manusia sewel yang dikelabui tanggapan palsu sahaja yang mahu mencaci cerca negara sendiri yang menjadi tumpuan jutaan rakyat asing serantau!!!


Segalanya ini juga berpunca dari sikap Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan seorang pemimpin apologetik seperti Najib Tun Razak dan Kabinetnya yang berisi kebanyakan para pemimpin yang tidak berani menyuarakan rasa, menyatakan pendapat mereka sebenar yang bergejolak didalam hati sanubari masing masing mungkin kerna takut kehilangan pangkat dan kedudukan masing masing?
Kartun ini melambangkan keangkuhan kesekelian mereka yang berkuasa hari ini baik dari BN mahupun Pakatan Pembangkang!


Iya, memang benar bukan mudah untuk hidup hanya dengan memegang prinsip. Seribu satu macam bil nak kena bayar, bukan?


Kehidupan mewah berlimpah ruah dengan segala macam kenikmatan bukan lah sesuatu yang sanggup dilepaskan oleh Tan Sri Tan Sri dan Dato Dato Menteri kita, betul tak?


Hanya orang kebanyakan seperti kita yang sanggup hidup biar tak miskin dan tak kaya tara mana yang sanggup berpegang teguh dengan apa yang kita hargai dan sanggup berjuang demi mempertahankan kedaulatan negara kita ini dari dirampok dan dihancurkan mereka yang berupa manusia tetapi berjiwa hitam pemusnah peradaban tanah air kita ini.


Saya menyeru setiap pembaca supaya memberikan perhatian tuan puan kepada soal soal pokok yang dinyatakan Prof didalam artikel beliau diatas.


Mudah2an ada manfaat bagi semua.


Sila sebarkan artikel Prof ini dan sambungan pula oleh saya jika saudara saudari ingin berbuat demikian?


Wabillahi Taufik Wal Hidayah.


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Post a Comment