Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, June 10, 2011

'Sayap Ulama UMNO' @ 'Ulama' SUU'? Apakah boleh melangkau kuasa MT?

Kelakarlah pula bunyinya cadangan Ketua Pengarang Utusan Melayu Datuk Zaini Hassan bilamana menyarankan supaya UMNO menubuhkan Sayap Ulama UMNO @ 'SUU' untuk menggantikan peranan 'ullamak' parti PAS yang sudah membelakangkan agenda dan matlamat asal mereka untuk menubuhkan sebuah negara Islam di Mamluk Al Malaisie ini!


Apa tidaknya?


Kalau disingkatkan cadangan Sayap Ulama UMNO itu menjadi akronim maka akan terdengarlah sebutan 'Ulama SUU'.


Haiyo brader! Ulama' SUU'?


Kawan tahu ke makna 'Ulama' Suu'?


Ulamak Suu' membawa maksud ulamak tak leh pakai! Useless!


Jenis yang tak boleh di ikut. Tak ada asas keilmuan yang sepatutnya ada pada seseorang ulamak. 


Jauh bezanya bro antara Ulama Suu' dan Ulama Muktabar! Muktabar tau bukan murtabak! Bagi clear skit tentang perbezaan itu! :)


Beberapa orang ulamak muktabar didalam senarai saya adalah seperti :


1.Al Fadhil Tuan Guru Professor Dato' Dr.Harun Din Al Hafiz Al Haj



2.Al Fadhil Ustaz Dato' Hj. Shamsuri Hj. Ahmad



3.Al Fadhil Ustaz Dato' Abdullah Bukhari ~ Imam Besar Masjid Kapitan Keling Pulau Pinang



4. Yang Berbahagia Dato Wan Muhammad Dato Syeikh Abdul Aziz @ Bekas Ketua Pengarah JAKIM



Ada ramai lagi ustaz ustaz dan ilmuan agama yang menjadi sumber rujukan saya dan saya amat hormati pandangan dan pendapat mereka yang berusaha menegakkan syiar Islam dibumi bertuah ini.


Berbalik semula kepada cadangan penubuhan Sayap Ulama UMNO ini. Jika tak silap saya, cadangan asal Majlis Ulama UMNO ini dibuat oleh Ustaz Fathul Bari Mat Jahya dari UMNO Arau, Perlis.



Sering saya mendengar dan membaca akan saranan Ustaz Fathul Bari bahawa sebaik cara untuk menegur pemerintah adalah dengan memegang tangan pemerintah dan menasihatinya secara peribadi.


Ingin saya bertanya secara umum : "Mahukah sang pemerintah mendengar nasihat dari orang kebanyakan seperti kita?"


Akan sampaikah seseorang warga biasa, tak berkedudukan tinggi, tak bergelar begitu begini dihadapan namanya, tak menaiki kereta mewah menjalar, dibenarkan masuk, bertemu sang pemerintah, boleh pula dapat bersemuka, duduk berpegang tangan sang pemerintah, mampu berbisik kat telinga menegur sang pemerintah akan salahlaku beliau dan menasihatinya secara berhemah???


Hallo brader! Ya Habibi! Ya Maulana! Segala diatas mungkin akan berlaku dan menjadi kenyataan didalam senario cerita fiksyen dan drama rekayasa filem yang digarap untuk tayangan melalui televisyen atau tayangan di pawagam!!


Tok Mamu nak pelawa barangsiapa yang bermimpi di siang hari ini untuk melaksanakan segala apa yang diperkatakan ini terlebih dahulu sebagai bukti bahawa apa yang dicadangkan nya BOLEH DILAKSANAKAN didalam keadaan politik dan sistem pentadbiran hari ini di Mamluk Al Malaisie ini!!!


Do it Man!!!


Prove to us that you can practice what you just preached!!! 


I'll take off my serban, ketayap or songkok to you and give you my bow of respect!!!


With all my heart!!! Wallahi! Wabillahi! Wattalahi!


No joke! You can print this out and keep it as evidence of my solemn promise to do so and accord to you Mahaguru58's mark  of respect for your success...IF YOU CAN REALLY, TRULY CARRY THIS OUT!!!


Nak sembang deraih ni Syeikh, memang no problemos. Nak ampu setinggi langit pun tak jadi hal, beb!


Didalam suasana Akhirul Zaman ni, memang kita semua tahu bahawa manusia sanggup melakukan apa sahaja demi sesuap nasi. Demi pangkat dan kedudukan. Demi glamor semata mata. Dan apakejadahnya saja!


Bak kata arwah pakcik Astro tu ~ macam macam ada!


Bagi saya lah, menegur pemerintah ini melalui platform media inilah yang termampu warga seMalaysia lakukan mengikut ruang dan peluang yang ada.


Nak gi jumpa PM kat Putrajaya tu, tuanhamba dipersilakan. Boleh terlepas ke ke ruang pejabat PM macam tu saja brader?


Hehehehe..nak drama swasta pun agak agak lah syeikh. Mission Impossible bro!


Lainlah kalau brader kamceng sama PM. Inner Circle dan segala tok nenek kaw team, etc.


Isyh! Isyh! Isyh! Isyh!


Tersasar sudah sembang Tok Mamu petang petang Jumaat ni. :P


Berbalik pada cadangan Sayap Ulama UMNO atau nama glamornya ~ 'Ulama Suu'...hehehehe...Tok Mamu rasalah suatu cadangan yang Majlis Tertinggi UMNO mesti 'reject' awal awal lagi.


Kenapa Tok Mamu kata lagu tu?


Hallo brader...Majlis Tertinggi UMNO akan setuju ke ada geng lebai dan serban berkedudukan lebih tinggi dari mereka menentukan dasar dan mengemudikan parti UMNO menurut kerangka dasar Syariah dan Syariat Allahu Ta'ala?


Susah kepala otak ni nak cuba membayangkan senario sedemikian benar benar terjadi didalam keadaan semasa parti politik nasionalis UMNO sedang berada?


Unthinkable beb!


Kalau memang mahu Majlis Tertinggi UMNO meluluskan penubuhan Majlis Ulama UMNO atau Sayap Ulama UMNO untuk menuju ke arah penubuhan Negara Islam Mamluk Al Malaisie ini seperti dicadangkan Ustaz Fathul Bari Mat Jahya dan disemarakkan lagi oleh Datuk Zaini Hassan, Ketua Pengarang Utusan Melayu itu, maka kami rakyat Malaysia akan mendoakan kebahagiaan semua maa'rof sintok yang terlibat dengan seikhlas ikhlas hati kami.


Insya Allah.


Namun, teringat pula akan pepatah Inggeris berikut:


'Easier said than done, bro!'


Sementara menunggu kucing bertanduk itu, Tok Mamu ingin mempersilakan semua yang dok sembang deraih berkenaan untuk memulakan sesi pegang tangan Dato Seri PM dan menasihati beliau serta Sanggul Sanggul Karan yang terlibat!


Gua support lu kaw kaw brader!


Takbir!!!


Allahu Akbar!!!

Post a Comment