Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, June 02, 2011

Tan Sri Khalid Ibrahim ~ Bdr Sri Permaisuri semakin rosak ..YAB buat apa?


Semalam saya ke Bandar Sri Permaisuri, didalam kawasan Parlimen P 124 Bandar Tun Razak dimana Ahli Parlimen nya adalah YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR.


Sungguh menyakitkan hati melihat kerosakan teruk pada jalan jalan didalam Bandar Sri Permaisuri itu kerana terdapatnya lopak lopak berisi air dan persekitaran kawasan yang sangat kotor dan tidak ada tanda tanda bahawa kawasan itu diselenggarakan dengan baik oleh pihak berkuasa tempatan terutamanya oleh Ahli Parlimen P124 Bandar Tun Razak yakni Tan Sri Khalid Ibrahim!


YAB tu maknanya apa?


Yang Amat Bengap?


Yang Amat Baloq?


Yang Amat Basai?


Apa dia?


Tak nampak macam Yang Amat Berusaha kerana lopak semakin besar dan mendalam.


Penuh berisi air kotor dan kawasan persekitaran semakin busuk.


Nak jadi Ahli Parlimen semasa PRU ke 12 bukan main hebat! Sampai saya sendiri mengundi untuk Tan Sri Khalid sebab tak nak undi calon MCA Tan Chai Ho yang saya tak pernah nampak ada buat kerja di kawasan itu sejak saya berpindah ke Bandar Tun Razak pada tahun 2003.


Makanya saya undi Tan Sri Khalid sebab hendakkan perubahan dan sesama Islam. Tapi nampaknya dua kali lima saja dengan si Tan Chai Ho.


Menjadi Ahli Parlimen bukan setakat nak gah kesana sini memakai lambang logo Ahli Parlimen kat depan kereta mewah masing masing bro!


Kawasan Parlimen nak kena jaga infrastrukturnya.


Jalanraya, sistem perparitan, lampu jalan, kemudahan2 asas nak kena selenggara dengan baik.


Bukan dengan tangan YAB sendiri tetapi melalui arahan dan kerahan kepada pihak pihak berkuasa tempatan berkenaan.


Nak kena turun padang beb bukan duduk kat pejabat berhawa dingin atau main main mata dengan Liz Wong ke apa? < usikan bermakna tu...


Sekali sekala nak kena sua kepala kat kawasan parlimen. Kami nak juga jumpa Ahli Parlimen yang kami undi.


Bukan dok seronok terbang ke Aspens, Colorado, USA main salji anak beranak sementara lopak lopak kat Bandar Sri Permaisuri semakin membesau dan tanah runtuh pula kat Hulu Langat!


Perubahan apakejadahnya yang Tan Sri bawa untuk kami penduduk Parlimen Bandar Tun Razak?


Tu, Kompleks Komuniti Bandar Tun Razak semakin hari semakin mati apa cerita bro?


Buat kerja lah YAB. Kalau tidak sepenggal sajalah Tan Sri merasa jadi wakil kami kat sini.


Kalau boleh kami nak wakil BN yang mewakili umat Islam disini pada PRU ke 13?


Itupun kalau nak undi kami le....


Jika letak wakil parti MCA, tak ada le peluang BN nak memerintah kat kawasan sini.


Dengar tak?
Post a Comment