Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, June 22, 2011

Dato Seri Dr Zahid Hamidi menjadi mangsa publisiti blog Uncle Seekers!

UncleSeekers @ Syed Abdullah anak kepada penulis buku buku politik S.H. Alattas atau Pak Habib menggunakan taktik meletakkan nama Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi sebagai penarik pembaca ke blog nya. 

Taktik ' be controversial or infamous'. Any publicity whether good or bad is publicity anyway.

Didalam etika blogger antarabangsa, ini dinamakan 'deceptive headlining' dan ianya satu perbuatan yang boleh mencemarkan nama sang blogger sekiranya ia mementingkan integriti dan mahu menjaga reputasi diri sebagai seorang penulis yang boleh dipercayai?

Saya rasa tertipu bilamana saya klik pada 'link' artikel berkenaan yang rupa rupanya nak mendedahkan seorang penipu bersiri @ 'KES PENIPUAN AHMAD AZHAR BIN MOHAMED KECHIK NO. KP 661101-10-6145 DAN TETUAN LOKMAN ASSOCIATES'.

Cara ni tak kena Brader Syed.

Saya percaya Brader Syed masih boleh menarik minat para pembaca dan pengikut blog Brader Syed dengan menulis judul mendedahkan tentang orang yang diceritakan sebagai penipu bersiri secara jelas.

Malah saya percaya blog 'Uncle Seekers' akan diminati ramai jika memang berjuang untuk mendedahkan tentang salahlaku sesiapapun didalam negara kita khususnya atau dunia amnya. Sungguh!

Saya alu-alukan pendedahan tentang penipu ini tetapi cara Syed nak ajak orang membaca artikel2 ini dengan cara menipu juga mencemarkan niat Syed sendiri. 

Perbuatan Syed menyalahgunakan nama Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu teramat salah dan turut mendedahkan diri beliau serta mendatangkan prasangka buruk dan fitnah terhadap dirinya serta ahli keluarga yang tidak bersalah apa apa!

Brader bernama 'Syed' didepan - tanda ada salasilah 'ahlul bait'. Sepatutnya lebih berhati hati sebelum menerbitkan sesuatu artikel yang bermukadimah yang tidak berasas.

Syed tak boleh cuba melepaskan diri dengan berkata ' Uncle Zahid tak marahkan...he he.. Uncle Zahid tak pernah beri saya seposen dan saya sendiri pun tak pernah minta seposen kat Uncle Zahid.' lihat disini.

Blogger beretika takkan buat macam tu bro.

Nasihat saya sebelum Syed menghadapi masaalah undang undang adalah untuk membuang apa apa kaitan pada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan menyiarkan satu artikel memohon maaf diatas kekhilafan Syed. Baru adil bro!

Buktikan lah bahawa Syed Abdullah adalah seorang blogger yang berjuang untuk keadilan.

Insya Allah. Sebagai manusia biasa dan hamba Allah, kita semua akan dipertanggungjawabkan diatas setiap apa yang kita tulis dan terbitkan didalam blog masing masing. Tak sempat didunia, di Akhirat pasti kita akan kena jawab.

Kan, Syed?

You owe Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi a public apology, Syed!

To say sorry is the mark of a responsible man. Are u one? I wish that u r so.

All the best to you bro.

* Saya tahu bahawa akan ada orang kata saya memberikan publisiti percuma kepada Syed Abdullah @ UncleSeekers ini dengan menulis mendedahkan penipuan beliau tetapi saya mahu masyarakat pembaca blog tahu bahawa artikel artikel Uncle Seekers yang mengaitkan nama Datuk Seri Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi ini adalah tidak benar dan merupakan fitnah terhadap beliau yang saya kenal secara peribadi.

Saya baru sahaja mendapat sms dari Datuk Seri Zahid Hamidi menegaskan bahawa beliau tidak kenal sama sekali dengan Ahmad Azhar bin Mohamad Kecik yang Syed Abdullah @ Uncle Seekers katakan hampir menjadi tunangan anak Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Nak buat macamana? Manusia Akhirul Zaman tak takut dengan pembalasan di Yaum al Mahsyar seperti yang saya terbitkan keterangan mengenainya disini.
Post a Comment