Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, July 06, 2011

7 Kemusykilan Sinar Harian ~ Soalan2 yg relevan - Jawab le kalau berani?

Assalamualaikum.


Tuan tuan dan puan puan, sesama warganegara sekelian.


Saya cukup suka bilamana membaca akhbar Sinar Harian hari ini tetapi baru kini sempat untuk duduk menghadap komputer ini.


Sepanjang hari ini sibuk menguruskan hal ehwal sendiri dan membantu ahli terbaru MBA Tuan ACP (Rtd) Osman Abu Bakar dengan urusan broadband mudah alih nya untuk memenuhi keperluan laptop yang baru dibeli beliau semalam. 


Salam tahniah Abang Man. Mudah2an rajin lah berblogging mulai hari ini. Insya Allah. Banyak perkara dalam diri tu yang boleh ditulis demi manfaat kepada masyarakat kita dan serantau Asia serta dunia ini.


Kembali kepada soal 7 kemusykilan Sinar Harian.

Banyak pihak berasa sedikit lega apabila Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0 bercadang untuk menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Mereka ingin menyuarakan hasrat mengadakan perhimpunan aman di stadium. Dan, Perdana Menteri sudahpun menyuarakan kesediaan beliau untuk membenarkan perhimpunan itu diadakan di situ, dengan syarat para pesertanya ‘pergi dengan aman, perhimpunan diadakan secara aman dan pulang dengan aman.’ 

Perhimpunan di stadium tentulah lebih baik, lebih bertanggungjawab dan lebih bertamadun. Namun, keputusan menukar bentuk perhimpunan itu sebenarnya membuatkan pihak-pihak yang terlibat perlu mengubah pula pelan masing-masing, tidak kira sama ada mengaplikasikan plan B mahupun back to the drawing board kerana pendekatan, bentuk dan kesan perhimpunan itu sendiri sudah bertukar wajah. 

Benar, daripada satu segi, langkah ini mengendurkan bahang konflik emosi. Namun, apabila sesuatu cabaran itu dapat diselesaikan, cabaran yang lain pula yang timbul. Dan tidak semestinya cabaran hasil daripada keputusan yang diambil itu lebih rendah risikonya. Dinamika situasi ini harus ditangani dengan cermat. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan aktiviti manusia ramai yang pastinya akan terpengaruh dengan mob psychology. 

Inilah yang menjadi kemusykilan kami di Sinar Harian. Kami berfikir, berbincang, bertelagah dan akhirnya sependapat, perhimpunan di stadium juga bakal menimbulkan pelbagai implikasi. Terdapat tujuh kemusykilan yang harus diambil perhatian dan perlu ditangani segera sebelum 9 Julai ini. 

1. Apakah membenarkan perhimpunan Bersih 2.0 itu bermakna Bersih 2.0 itu bukan lagi pertubuhan haram? Atau, apakah kini ia sudah halal? Akta apakah yang menghalalkannya? Atau, apakah Bersih 2.0 dibenarkan bergerak atas budi bicara ia sebagai sebuah jawatankuasa sementara dan perlu didaftarkan sebagai sebuah persatuan? 

2. Apakah perhimpunan di stadium itu membolehkan para penyokong datang ke stadium dengan baju Bersih 2.0? Seandainya iya, ironinya ialah baju yang diharamkan kerana ia menggambarkan Bersih 2.0 kini sudah dihalalkan. Bagaimana pun, adalah pelik pula seandainya perhimpunan boleh diadakan tetapi pengharaman pakaian itu masih kekal. 

3. Apakah perarakan di luar stadium tidak akan terjadi? Apabila Bersih 2.0 dibenarkan diadakan di stadium kelak, bagaimana pula keadaan konvoi bas dan kereta yang dipenuhi oleh penyokong-penyokong Bersih 2.0 yang datang daripada pelbagai arah? Tidakkah ia satu bentuk demonstrasi jalanan kerana ia berlaku di luar stadium? Apakah kita hanya akan membenarkan para penyokong memakai baju Bersih 2.0 hanya di dalam stadium untuk mengelak fenomena demonstrasi jalanan? 

4. Bagaimana dengan kedudukan lebih 100 orang yang telah ditahan atas pelbagai tuduhan berkaitan Bersih 2.0 seperti menghasut dan memilih baju berimej pertubuhan haram? Apakah mereka akan terus didakwa atau pendakwaan ke atas mereka digugurkan? 

5. Apakah perhimpunan di stadium dapat menjamin tiada penglibatan pihak ketiga? Apakah tidak mungkin mereka boleh menyusup masuk ke stadium dan mencetuskan kekecohan sehingga memudaratkan keselamatan negara? 

6. Tujuan asal Bersih 2.0 adalah untuk berarak menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Apakah perhimpunan di stadium menepati maksud asal iaitu berarak ke Istana Negara? Apakah perhimpunan di stadium ini masih relevan dengan tujuan asal penganjur? 

7. Apakah reaksi Perkasa dan golongan anti Bersih 2.0 termasuk pertubuhan2 silat? Hampir pasti mereka tidak akan hendak berhimpun di stadium yang lain pula. Jika demikian, apakah mereka akan terus berdiam diri? 

Memuaskan hati semua pihak memanglah sukar. Tidak ada situasi kalah-kalah dalam keputusan membenarkan perhimpunan diadakan di stadium. Bagaimana pun, ia bukan juga situasi menang-menang pula bagi mana-mana pihak. Ia adalah keputusan yang betul. Tetapi, apakah ia keputusan yang tepat?



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Itu dia!


Soalan soalan cepumas dari Memo Editor akhbar Sinar Harian.


Satu rangkaian soalan soalan yang pada pendapat saya amat bertepatan sekali dan harus dijawab dengan berani dan benar baik oleh pihak Kerajaan Malaysia mahupun pihak penganjur perhimpunan yang setakat saat dan ketika ini masih dianggap sebagai haram oleh pihak berkuasa @ Kementerian Dalam Negeri.


Yang saya terkilan sedikit adalah dengan penerimaan menghadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong akan urusetia BERSIH 2.0 yang sungguh degil dan boleh dikatakan teramat kurang ajar didalam sikap mereka tetap mahu berhimpun, berarak dan menyusahkan sekian banyak pihak didalam kemaruk mereka untuk berkuasa tetapi bukan dengan bertanding secara terhormat didalam medan pilihanraya negara.


Duli Tuanku tidak wajar memberi muka kepada golongan keparat pencetus onar didalam kehidupan sebahagian besar masyarakat Malaysia yang masih menghargai ketenangan dan kedamaian kehidupan kita disini.


Samada pihak kerajaan dan Duli Tuanku sedar ataupun tidak, penerimaan menghadap puak harami BERSIH 2.0 ini membuka ruang serupa untuk mana mana kumpulan haram pencetus masaalah kepada negara amnya mulai dari sekarang untuk memeras ugut Kerajaan Malaysia dan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk akur terhadap sebarang desakan dan tekanan dari mana mana pihak pengkhianat dan penderhaka seperti Ambiga & Co!


Karpal Singh sudah mendesak supaya pencen bekas YB Fan Yew Teng dibayar kepada balunya setelah Tuan Speaker Dewan Rakyat membuat keputusan membiarkan Ahli Parlimen Batu YB Tian Chua (PKR) terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di parlimen berkenaan walaupun ianya sudah dikenakan hukuman denda sebanyak RM2000 bersabit kes tuduhan keatas nya bersalah menggigit seorang anggota polis!


Tian Chua, atau nama sebenarnya Tian Chua Chang, 46, didakwa mencederakan Konstabel Rosyaidi Anuar ketika anggota polis berkenaan sedang menjalankan tugasnya semasa mengendalikan suatu perhimpunan haram yang berlangsung di kawasan Parlimen pada 11hb Disember 2007.
Dia didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 


Karpal Singh adalah seorang peguam kes kes jenayah yang amat cepat mengambil kesempatan keatas sebarang 'precedent' yang berlaku seperti didalam kes Tian Chua ini dimana ia begitu spontan menggunakan keputusan yang diambil Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan Tian Chua terus menduduki kerusi Ahli Parlimen Batu walaupun Tian Chua telah didapati bersalah didalam kes jenayahnya terhadap Konstabel Rosyaidi Anuar!


Sila rujuk artikel 48.1(e) Perlembagaan Malaysia berkenaan akta berkaitan dimana seseorang Ahli Parlimen Malaysia boleh dilucutkan keanggotaannya jika ia didapati sabit dengan mana mana tuduhan kes jenayah keatasnya oleh mana mana mahkamah perundangan Malaysia! 


Sekarang Karpal sedang mendesak supaya Kerajaan Malaysia membayar kepada balu mendiang bekas YB Fan Yew Teng, yang dipecat dari kedudukannya sebagai seorang Ahli Parlimen, segala jumlah wang pencen yang sepatutnya waris mendiang mantan YB Fan Yew Teng terima sekiranya ia tidak kehilangan kedudukannya sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia pada 1975?


Mendiang YB Fan Yew Teng didapati bersalah pada tahun 1975 sabit tuduhan menerbitkan didalam akhbar Parti DAP The Rocket, satu artikel mengandungi ucapan Dr.Ooi Kee Saik, Pengerusi DAP Pulau Pinang yang menyalahi Akta Hasutan.


Ia dipecat dalam tahun 1975 dari kerusinya mewakili Parlimen Menglembu (DAP) di Parlimen Malaysia dan telah kehilangan semua manfaat  termasuk wang pencen sebagai seorang Ahli Parlimen. 


Nampak tak betapa licik kepala otak peguam Karpal Singh? Ia memang diakui sebagai seorang peguam kes kes jenayah bertaraf pakar yang senantiasa ligat memerah kepala otaknya mencari ruang dan peluang untuk mengenakan pihak Kerajaan Malaysia dibawah pemerintahan BN. 


Kita perlu akui kebolehan peguam veteran ini. Ia memang handal didalam mengemudi bahtera perjuangannya didalam lautan dunia perundangan negara yang sentiasa penuh dengan segala macam pancaroba!


Tabik Mr.Singh! :D


Saya ingin meminta anda pembaca budiman untuk memberikan pandangan anda terhadap ketujuh tujuh soalan dari Sinar Harian mengenai kemelut terkini berkaitan BERSIH 2.0 angkara Ambiga Harami dengan segala pencacai otak kaldainya?


Apa hujah anda mengenai 7 kemusykilan Sinar Harian diatas sebagai warganegara  Malaysia yang sedikit sebanyak akan turut sama terkesan dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku nanti pada 9hb Julai 2011 ini?


Sila berikan respons anda secara berhemah. Terimakasih.
Post a Comment