Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, July 11, 2011

BERSIH 2.0 ~ Luahan hati seorang Musafir depan Sogo, KL



Wahai warganegara seMalaysia!


Hayatilah luahan hati seorang warga tua Malaysia yang bermusafir ditengah kotaraya Kuala Lumpur menyatakan pendapatnya tentang protes haram Sabtu lalu!


Ia tidak perlu mempunyai gelaran dan anugerah begitu begini didepan namanya untuk menyatakan yang hak dan membantah terhadap yang batil!


Ia tidak perlu mempunyai pangkat dan kedudukan untuk mengatakan apa yang benar walau ia cuma bergelandangan ditangga pasaraya besar ditengah kota!


Yang dok hu ha Sabtu lalu terlalu kecil kedudukan diri mereka jika diperbandingkan dengan segala hakikat yang di luahkan insan seperti ini yang teramat sadar akan nikmat yang dikurniakan Ilahi!


Yang lain itu hanya para penderhaka dan pengkhianat yang tak sadar sadar untungnya diri???


Bila saya fikirkan balik akan natijah kehilangan punca rezeki dan pendapatan kepada orang orang susah seperti pakcik tua ini akibat protes haram ini yang memaksakan pihak berkuasa terpaksa mengerahkan ribuan anggota polisnya datang menghalang kemungkinan kerosakan kepada harta benda kedai kedai perniagaan dan kecurian yang selalunya berlaku bilamana para perusuh bermaharajalela dibandar nanti, maka saya boleh faham akan kenapa pakcik tua ini begitu kecewa dengan BERSIH 2.0 yang merampas peluang ia mendapat sumber makan minumnya pada hari Sabtu nan lalu?


Ambiga dan Anwar serta kuncu kuncu mereka kenyang dengan duit sumbangan CIA melalui ejen ejen mereka tetapi mereka tidak peduli tentang perut perut simiskin yang terpaksa berlapar di hutan batu bata Kuala Lumpur ini!


Mereka bermewahan di hotel hotel lima bintang KL Hilton di KL Sentral tetapi adakah mereka ambil tahu tentang nasib berpuluh ribu mangkok mangkok hayon yang sanggup mengembara dari kampong halaman masing masing hanya untuk berdemonstrasi di KL untuk mereka?


Kekadang hati ini berkata ' Lantaklah! Biar mereka merasa akan natijah perbuatan mereka sendiri datang mencari pasal kat KL!'


Lantaklah! Biar mereka merasa dibuang kolej dan universiti kerana sanggup menjadi pencacai seorang kaffir harami laknatullah yang memperkudakan umat ini demi mencapai matlamat agenda kuffarnya!


Terlajak perahu boleh di undur ; terlajak perbuatan..tanggung lah akibatnya!


Dan pakcik tua didalam video diatas akan terus bermujahadah mencari sesuap nasi menyambung kehidupannya....dicelah celah hutan bata kotaraya...
Post a Comment