Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, July 02, 2011

Demonstrasi secara membuta tuli hanya merugikan negara! SPR menjelaskan.

Assalamualaikum. 
Saudara saudari warga seMalaysia sekelian. Marilah kita menghayati apa yang telah disampaikan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Dato' Wira Wan Ahmad bin Wan Omar didalam 'Luncheon Talk' anjuran INMINDS baru baru ini di Ballroom, Seri Pacific Hotel, bersebelahan dengan PWTC di KL pada hari Khamis, 30hb Jun 2011 bermula jam 10.30 pagi sehingga ke jam 1tengahari? 

Demonstrasi. Satu cara orang awam menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara yang lazimnya melibatkan kerajaan sesebuah negeri atau negara dan kadangkala terhadap perbuatan pihak asing yang menyentuh sensitiviti agama atau mana mana kelompok masyarakat.


Secara peribadi, saya tidak menentang masyarakat berdemonstrasi terhadap apa apa perkara pun sekiranya masyarakat terbabit ada rasional yang berasas didalam penentangan tersebut.


Saya sendiri pernah terlibat didalam berdemonstrasi terhadap kezaliman Amerika menghancurkan negara Iraq semasa Perang Tentera Bersekutu Barat terhadap rejim Presiden Saddam Hussein dahulu.


Saya juga pernah turut berdemonstrasi terhadap cara sistem kehakiman negara dikatakan tidak adil dengan menyertai para peguam didalam demonstrasi 'Walk for Justice' di Putrajaya.


Tidak ketinggalan, saya pernah bersama ribuan umat Islam didalam berhimpun membantah cara Majlis Peguam Malaysia campurtangan didalam usaha pihak pihak yang berkenaan mengusulkan supaya diperbolehkan umat Islam untuk murtad sekiranya mereka ingin melakukan demikian didalam negara ini.


Namun, saya tidak setuju dihasut rakyat negara ini untuk turun berdemonstrasi secara besar2an menurut hasutan Ambiga Sreenevasan untuk mereka turut sama membuat bantahan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya dengan alasan masih tak sempurna dan bersih, kononnya?


Nak bersih macamana lagi?


Tak cukup bersih ke sampai dah berjaya mempengaruhi rakyat di5 buah negeri untuk beralih menyokong Pakatan Pembangkang DAP, PKR dan PAS?


Mereka kehilangan kuasa di Negeri Perak Darul Ridzuan bilamana 3 ADUN mereka berpaling tadah dan mengisytiharkan diri mereka BEBAS dan beralih menyokong Barisan Nasional!


Umum mengetahui bahawa setiap ahli politik sebenarnya sentiasa berusaha memajukan diri mereka sendiri dari segi kewangan dan kemewahan duniawi.


Wallahu'alam samada ada berlaku sebarang korupsi didalam tindakan ahli ahli Dewan Perundangan Negeri berkenaan didalam berpaling tadah?


Kita tidak mempunyai sebarang bukti kukuh untuk menyabitkan mereka yang terbabit dengan pertuduhan sebegitu. 


Mungkin mereka mempunyai sebab sebab tersendiri tidak bersetuju dengan cara mantan MB Perak Pakatan Pembangkang menggadaikan kedudukan orang orang Melayu dengan memberikan pajakan selama 999 tahun kepada orang orang Cina Perak di perkampungan baru disana?


Satu perkara yang tak pernah berlaku walaupun dizaman pemerintahan penjajah British Kolonial!


Itu baru satu kes. Ada pelbagai macam lagi perkara yang dilakukan kerajaan Pakatan Pembangkang di Perak semasa pentadbiran mantan MB Perak Nizar Jamaludin.


Apa apa pun, itu semua kini hanya tinggal kenangan dan sudah masuk ke lipatan dedaun sejarah politik negara.


Beralih kita kepada soal perancangan demonstrasi BERSIH 2.0 oleh Pakatan Pembangkang dengan berterajukan Ambiga Sreenevasan, seorang bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia yang dikaitkan dengan agenda IFC dan usaha pihak pihak anti Islam yang menaungi gerakan menggalakkan orang orang seperti Azalina Jailani @ Lina Joy untuk murtad dari Agama Islam.


Apakah dia yang mengelabui mata dan minda golongan umat yang mengaku Muslim tetapi masih mahu bersekongkol dengan musuh Islam yang nyata seperti Ambiga dan gerombolannya?


Saya pelik dengan ketaksuban terlampau sebilangan besar ahli ahli PAS dan rakan rakan sepakatan mereka didalam PKR terhadap seorang yang secara terang terangan memerangi Islam dan umat Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam?


Apa dia yang telah dijanjikan Ambiga kepada mereka ini yang ternyata sanggup menjadi alat kepada agenda Ambiga untuk menjatuhkan kerajaan yang diterajui umat Islam dan kemungkinan mengancam institusi Kesultanan Melayu sendiri?


Nak kita setuju dengan dakwaan puak puak pencacai Ambiga ini bahawa sistem Pilihanraya negara kita tak bersih seperti dikatakan mereka, macamana kah boleh mereka yang didalam Pakatan Pembangkang ini berjaya menguasai 5 buah negeri di Semenanjung Malaysia dimana 60% lebih dari para penduduk Semenanjung Tanah Melayu terdiri dari umat Islam?


Jampi serapah apakah yang dihembus dan dibisikkan Ambiga terhadap mereka yang dahulunya mendakwa diri sebagai pejuang pejuang Islam tetapi kini sudah boleh duduk semeja dan berpakat dengan musuh musuh umat Islam dan merupai syaitan yang nyata?


Apakah begitu kemaruk sekali sebilangan manusia dikalangan rakyat negara ini dengan gila kuasa politik sehingga sanggup sebahagian mereka ini yang mengaku diri sebagai pejuang Islam menggadaikan prinsip dan asas perjuangan parti politik berlabel Islam untuk mendirikan sebuah 'Daulah Islamiyyah' di Mamluk al Malaisie ini sejak merdeka?


Saya tak boleh terima bahawa hanya dengan berdemonstrasi sahaja boleh membawa perubahan kepada bentuk kerajaan didalam negara kita ini?


Bukankah akan datang saat dan ketika dimana setiap seorang pengundi berdaftar dari kalangan warganegara yang sah didalam negara Malaysia ini bebas mengundi calon calon pilihanraya yang disukainya untuk mewakili diri membentuk kerajaan negeri dan persekutuan didalam PRU ke 13 nanti?


Undilah ikut suka hati masing masing! Jika terbukti parti pilihan anda berjaya memenangi pilihanraya nanti, tadbirlah kerajaan ikut lunas lunas undang undang perlembagaan sedia ada atau jika anda mempunyai kuasa perwakilan melebihi 2/3 di Parlimen Malaysia, ubahlah mana mana undang undang yang dikatakan tidak adil?


Namun itu semua terpulang kepada sistem perundangan dan kehakiman yang perlu disokong majoriti dan mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Kerajaan Malaysia dan Majlis Raja Raja.


Demonstrasi BERSIH 2.0 yang dirancang ini tidak akan merubah keadaan sistem kerajaan persekutuan dan negeri negeri sedia ada melainkan seluruh atau kebanyakan besar rakyat negara ini turut serta bersama Ambiga, Mat Sabu dan lain lain pimpinan Pakatan Pembangkang untuk merampas kuasa ala negara negara Arab di Timur Tengah seperti di Mesir, Tunisia, Yaman dan lain lain.


Perbezaan besar dan utama diantara negara kita dan negara negara Arab berkenaan adalah kita mempunyai sistem pilihanraya yang terbukti adil dimana setiap 4 tahun sekali kita dapat mengundi memilih kerajaan pilihan kita tetapi negara negara Arab terlibat tidak mempunyai kebebasan seperti yang kita sedia nikmati!


Mereka memberontak sebab dicengkam dengan pemerintahan kuku besi sejak berpuluh puluh tahun tetapi kita disini bebas memilih siapa yang kita mahu sebagai kerajaan kita!


Apakejadahnya yang Ambiga tak puas hati lagi?


Dia nak berkuasa di Malaysia?


Hello! Masuk bertanding lah didalam pilihanraya ke 13 nanti!


Takkan itu pun tak reti?


Kata peguam hebat?


Hebat ke apa jika hanya pandai berdemonstrasi tak sudah tetapi GAGAL membawa sebarang kebaikan pada rakyat dan negara ini???


Cuba tuan puan lihat akan setiap dari mereka yang dok kokok berderai derai diatas pentas ceramah dan didalam sidang media tak sudah sudah!


Apakah sumbangan orang orang seperti Ambiga Sreenevasan, Mat Sabu, Hadi Awang, Nik Aziz, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Anwar Ibrahim, Shamsul Iskandar dan segala yang lain terhadap kehidupan kita?


Cuba berikan bukti sumbangan puak puak ini terhadap kejayaan negara kita didalam ertikata sebenar benarnya.


Berjuta juta orang asing mengembara beratus dan beribu batu untuk datang mencari makan kat negara kita tetapi @#$%^! @#$%^! ini hanya sibuk mencari pasal tak sudah sudah!!!
Anda mahu berketuakerajaan orang orang seperti Ambiga dan gerombolannya?


Waraskan lah fikiran anda dan selamatkan Malaysia dari musuh musuh Allah ini.


Jangan menyesal menepuk dahi nanti bila anda menang sorak tetapi kampong tergadai pula?


Cegah sebelum parah! Beringat sebelum semuanya hancur musnah dikerjakan puak puak berketuakan penaung IFC dan penggalak Murtad seperti Ambiga ini!
Post a Comment