Assalamualaikum.
Saya telah menerima sms jemputan dari Dato Sohaimi Shahadan untuk mewarwarkan tentang Majlis Pembukaan Kedai The Red Garage @ The House of Choppers ~ Harley Davidson yang dijadualkan berlangsong jam 2.30 petang hari ini. Tempatnya adalah di No 1, Jalan Kia Peng KL ( Bersebelahan Borneo Baruk Cafe)
Dato Sohaimi Shahadan sendiri selaku Pengerusi Biro Usahawan Pemuda UMNO akan merasmikan kedai motosikal berkuasa besar ini.
Jadi bagi tuan/puan yang minat dengan moto moto 'powerrrr' begini silalah singgah kesana.
Sms dari Dato Sohaimi itu turut memaklumkan bahawa akan ada pelepasan konvoi 300 buah motosikal kuasa besar ini dengan penglibatan penghibur penghibur seni terkenal seperti Awie, Erra Fazira, Fauziah Latif, Maznah Zulkifli dan lain lain.
Tok Mamu pasti tak ada sebab hamba ada Mountain Bike saja. :P
Ada sorang lagi biker kawan Mamu ~ Dato Ahiruddin Atan @ Rocky Bru.
Mungkin ia akan berada disana juga? Bikers vroommm together? Hehehehe.
Berikut adalah sebuah video tentang perjalanan ke Morib oleh sekumpulan bikers Harley Davidson KL bersama rakan biker dari UK. Enjoy!!!
Berikut adalah sebuah video tentang perjalanan ke Morib oleh sekumpulan bikers Harley Davidson KL bersama rakan biker dari UK. Enjoy!!!
Berhati hati semasa dijalanraya dan jangan dok makan jalan tengah! :P



No comments:
Post a Comment