Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, July 29, 2011

Malaysia 1- Singapura 1 ( Singapura menang agregat 6-4)

Malaysia seri 1-1 dengan Singapura sebentar tadi didalam perlawanan bolasepak untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2014.
























Gambar gambar disini sempat saya rakam di R&R Serdang bilamana saya singgah sebentar untuk berehat didalam perjalanan pulang saya dari urusan di Mantin, Negeri Sembilan dari pagi hari ini.


Para penyokong pasukan Harimau Malaysia mewakili Malaysia begitu bersemangat sanggup naik dari Melaka semata mata untuk menaikkan semangat pemain kebangsaan kita.
Sukan bolasepak amat bergantung kepada sokongan seperti ini tetapi juga tergantung kepada semangat dan kemahuan para pemain kita.


Zaman kegemilangan bolasepak Malaysia seperti era Allahyarham Isa Bakar, Mokhtar Dahari, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Shukor Salleh, Soh Chin Aun, Santokh Singh, mendiang Arumugam @ Spiderman Malaysia, Namat Abdullah dan ramai lagi wira wira negara menjadi kenangan.


Safee Sali menjadi wira kita malam ini dengan berjaya menyumbatkan gol awal kedalam gawang Singapura!


Satu perkara yang saya perhatikan adalah kelemahan pasukan Harimau Malaya di bahagian pertahanan. Pemain impot Singapura begitu mudah berkali kali berjaya meloloskan diri menyerang gawang kita.


Pemain pertahanan Malaysia seolah tak 'marking' pemain pemain Singapura! 


Mujurlah 'goalkeeper' kita Khairul Fahmi begitu cemerlang menangkap kebanyakan sepakan ke arah gol oleh penyerang Singapura! Kalau tidak kerna kecekapan Khairul Fahmi @ Apek, memang kenduri gol le Singapura! 
Syabas Apek! Tuan adalah 'Man of the Match' bagi saya!


Safee Sali juga telah menjaringkan gol yang begitu cantik sekali, menaikkan semangat seluruh negara kita!


Saya tengok pemain Singapura amat gemar menggunakan taktik jatuh kesakitan padahal tak kena pun 'tackle' pasukan Harimau Malaya!


Tak 'gentleman' lah Kiasu Kings!


Harimau Malaya sepatutnya terus bersemangat tinggi, menyemarakkan kembali semangat dunia bolasepak negara!
Selamat maju jaya! 
Post a Comment