Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, July 16, 2011

Matlamat hidup ~ Apakah hanya untuk berkuasa dan berpengaruh semata?

Kekadang saya terasa pelik dengan kedegilan sesetengah pihak didalam negara ini yang mahu terus membolak balikkan kehidupan warga setanahair ini hanya kerana mereka kemaruk untuk berkuasa sementara didalam dunia yang fana ini?


Apakah kehidupan duniawi ini sahaja yang menjadi matlamat kebanyakan manusia?


Bagi seorang Muslim, wajib bagi kita mempercayai bahawa kehidupan didunia ini hanya peringkat ketiga didalam kewujudan kita.


Peringkat pertama kewujudan kita adalah bilamana Allah Subhanahu Wa Ta'ala mencipta ruh ruh kita dari Nur Muhammad.


Inipun bagi Muslim yang meyakini segala ilmu yang ghaib tentang kejadian kita. Bukannya di ajar secara sistematik didalam sekolah sekolah dan maktab maktab akademik. Ada perkara yang kita perlu meyakini secara individu tertakluk kepada asas kefahaman agama masing masing.


Bukannya sesuatu yang boleh kita tunjuki secara lahiriyyah? Bagaimana mungkin untuk kita menunjukkan pada sesiapa akan ujudnya zat yang diberi istilah sebagai ruh? 
Namun ruh itulah yang membuatkan sesuatu jasad itu bernyawa. Tanpa kehadiran ruh, maka jasad itu akan mula mereput dan berulat, kembali semula kepada fitrahnya yang berasal dari unsur unsur tanah.


Tertakluk kepada jatidiri kita samada wujud sebagai manusia, haiwan, serangga, tumbuhan atau kuman, segala bentuk kehidupan yang nyata berasal dari tanah dan air. Siapa yang boleh mendakwa sudah melihat ruh?


Tetapi walau banyak mana ilmu pengetahuan tentang hal hal sebegini diterbitkan didalam dunia media tetapi tidak mendapat perhatian sesetengah manusia yang hanya pentingkan kuasa dan pengaruh semata mata.


Kenapa agaknya mereka boleh terlepas pandang akan realiti hidup ini yang sebenarnya hanya bagaikan titisan embun disinar sang mentari?


Dunia ini hanya peringkat ketiga didalam kewujudan kita sepertimana saya katakan sebelum ini.


Peringkat kedua kewujudan kita adalah bilamana ruh kita dimasukkan ke diri kita semasa ujud sebagai janin didalam kandungan rahim ibu masing masing.


Nah, kini kita wujud sebagai manusia. Kita lahir ke dunia ini telanjang bogel tanpa apa apa. Membesar mengikut keadaan masing masing dan belajar segala apa yang kita berkesempatan mengetahui dan mentelaah mengikut kehendak dan keperluan inidividu.


Ada dikalangan kita, mereka yang hidup hanya bermatlamatkan kuasa, kedudukan dan pengaruh. Jarang ada yang mahu memikirkan akan kesementaraan realiti kehidupan masing masing?


Hidup diantara 5 waktu solat. Kita berkesempatan solat Subuh, belum tentu kita kan dapat menunaikan solat Zohor! Seterusnya kita belum tentu dapat menunaikan solat Asar? Asar ke Maghrib dan Maghrib ke Isya? Isya meniti ke Subuh seterusnya...


Itu hakikat hidup kita ini. Ada barangsiapa mahu menafikannya? Beranikah kita menjamin kita akan terus hidup ke waktu solat seterusnya lepas waktu ini? Qullu nafsin iza iqatul maut! Setiap yang bernyawa pasti akan mati.


Selepas kita mati, kemanakah tujuan ruh kita? Saya percaya kesekelian kita yang mengaku beriman terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala yakin bahawa ruh kita akan berada di peringkat ke-empat kewujudan kita iaitu Alam Barzakh.


Mengapa puak puak yang sedang dijangkiti virus gila kuasa tak mahu memikirkan tentang semua ini? Saya tak tahu samada mereka pernah berfikir sejenak akan realiti kewujudan kita semua ini? 


Jika ada pun, tak mungkin ianya telah memberikan mereka apa apa kesedaran tentang apa yang patut dan perlu mereka mengambilkira didalam meneruskan hidup ini secara adil dan saksama?


Peringkat kelima ~ Alam Akhirat. Pengembaraan ruh kita yang terakhir menuju ke titik penentuan takdir kita menurut penghakiman Yang Maha Kuasa nanti di Yaum Al Mahsyar. Syurga atau Neraka? Atau tersangkut ditengah tengah? Wallahu'alam bissawab!
Post a Comment