Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, July 02, 2011

Presiden PAS menghasut rakyat sertai BERSIH 2.0! Apa tindakan PDRM?


Presiden PAS Abdul Hadi Awang menghasut secara terbuka seluruh ahli ahli PAS serta penyokong mereka dikalangan rakyat Malaysia supaya turun menyertai perhimpunan haram BERSIH 2.0 yang sudah dilarang oleh pihak Polis Di-Raja Malaysia!


Saya nak tengok apakah pihak PDRM akan menegakkan undang undang sedia ada sepertimana kita sedia maklum bahawa sudah ada beberapa tangkapan yang dijalankan terhadap mereka yang melakukan usaha usaha ke arah bersedia untuk menyertai BERSIH 2.0?


Takkan ada 'double standard' pula didalam pelaksanaan undang undang negara kita? Ronnie Liew boleh ditangkap kerana menghasut rakyat menyertai BERSIH 2.0 yang sudah diharamkan pihak PDRM seperti bukti tweet dibawah:


Mana dia 'Kedaulatan Undang Undang' sekiranya dibiarkan pula pemimpin parti pembangkang diatas yang secara terbuka menyeru dan menghasut rakyat supaya turun menyertai suatu perhimpunan yang tidak akan membawa apa apa faedah kepada negara kita malah akan menjerumuskan negara kita ini ke suatu keadaan yang tidak menentu?


Apakah Hadi Awang seorang yang 'above the law'?


Takkan nak tunggu seribu satu laporan polis terhadapnya baru KDN nak bertindak?


Kuatkuasakan undang undang tanpa prejudis!
Post a Comment