Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, July 31, 2011

Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak 1432H!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!


Petang tadi saya ketemu anak kecil ini semasa di pasaraya Cold Storage, The Mall. 


Saya mengusik dirinya bertanya samada akan puasa esok hari?


Dia dengan malu malu mengaku belum pernah berpuasa lagi. 


Tok Mamu apa lagi? Memberi ia semangat le supaya mula berpuasa. 


Ia dengan malu malu di antara hendak angguk atau geleng...


Marilah kita sama sama berdoa agar anak kecil ini membesar dengan selamat dan menjadi Mukmin yang berjaya kelak!
Ya Allah! Ya Rahman! 


Engkau jayakanlah hidup anak kecil hambaMu ini Ya Allah dengan memanjangkan usianya, murahkan rezekinya dan jayakanlah kehidupannya dunia dan akhirat!


Amin Ya Rabb!


Kepada semua Muslimin dan Muslimat, saya ucapkan Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak bagi tahun 1432 Hijrah. 


Mudah2an Ramadhan ini akan mensucikan kita dari segala dosa dosa kita dan mengembalikan kita kepada keadaan dimana Allahu Ta'ala akan redha dengan segala amalan dan ibadah kita didalam bulan yang suci dan mulia ini.


Insya Allah!


Sempena kehadiran Ramadhan nan mulia ini, Mahaguru58 ingin menyusun jari sepuluh, memohon kemaafan para pembaca blog ini seandainya ada sebarang kekhilafan hamba Allahu Rabbul Alamin ini sekian lama ini didalam usaha hamba menulis dan menyampaikan maklumat ilmu pengetahuan Ad Deenul Islam dan hal ehwal semasa yang merangkumi perkara perkara melibatkan duniawi dan seterusnya.


Sesungguhnya memohon maaf dan mencari keredhaan sesama insan adalah sangat sangat dituntut didalam kehidupan kita sebagai manusia, hamba Allah dan sesama Islam serta sesama warganegara seMalaysia.


Bersama sama lah kita menghayati kesempatan beribadat terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan lebih khusyuk dan benar benar berusaha membersihkan jiwa dan raga kita dari kekalutan sepanjang tahun tahun nan lalu.


Kita semua hidup di antara 5 waktu tuan tuan dan puan puan sekelian. Jangan lah kita alpa dan lupa bahawa bulan nan suci ini tidak terjamin akan kita ketemu lagi sekiranya Allahu Ta'ala tidak perkenankan bagi kita semua?


Janganlah kalut untuk berniaga di bazar bazar Ramadhan semata mata sehingga lupa akan bahagian kita untuk merebut peluang meraih keampunan Allah Azza Wa Jalla dan lebih tertumpu kepada pengisian kantung niaga semata mata!


Berusahalah kita mencari Maghfirah Rabbul Alamin dan membersihkan diri dari segala yang tercela.


Insya Allah!


Salam Ramadhan bagi sekelian insan yang mahu beriman dan beramal.
Post a Comment