Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, July 10, 2011

Siapakah dia 'Ular 2 Kepala' didalam NGO Muslim? Pendedahan Terbuka!

Assalamualaikum.


Sebenarnya ianya bukan rahsia besar tara mana pun? Sudah terpampang jelas didalam segala bentuk media akan siapakah dia yang saya maksudkan?


Cuba lihat akan siapakah dia yang duduk disebelah kepala IFC @ Ambiga Sreenevasan?



Orang yang saya maksudkan adalah tidak lain dari Haji Zaid Kamarudin, Presiden Jamaah Islah Malaysia, salah sebuah NGO Muslim yang bersama dengan ACCIN dan PEMBELA, Gabungan Pertubuhan pertubuhan dan Persatuan persatuan serta NGO Muslim yang sekian lama ini gigih memperjuangkan kedaulatan Islam dan senantiasa berusaha didalam segala cara untuk memastikan bahawa hak hak umat Islam seMalaysia tidak terhakis dan terjejas didalam apa cara sekalipun didalam negara kita Malaysia ini.


Didalam ia bersama sama dengan ACCIN mempertahankan kedudukan dan kedaulatan Islam melawan puak puak penganjur IFC dan rakan sekutu mereka didalam MCCBHST, Zaid Kamarudin boleh pula menyokong penuh agenda BERSIH 2.0 yang dikepalai Ambiga Sreenevasan sendiri diatas platform berbeza dengan memegang jawatan sebagai Setiausaha Agong IKRAM!


Apa cerita ini?


Apakah kita semua sedang melihat satu contoh 'Ular berkepala dua' didalam dua peranan bertentangan yang sedang diamalkan Tuan Haji Zaid Kamarudin?


Bilamana saya bertanyakan 'conflict of interest' yang sedang berlaku didalam kes Zaid pada rakan rakan seperjuangan didalam ACCIN, rata rata kawan kawan merakamkan rasa tidak setuju mereka dengan cara beliau dan JIM sedang cenderung kepada pihak yang pro Anwar dan sekutunya didalam Pakatan Pembangkang yang sering menimbulkan masaalah kepada ummah.


Ada rakan rapat berkata sebenarnya mereka semua sudah lama tidak setuju dengan cara Zaid menjadi  pisau bermata dua tetapi demi menjaga hati sesama NGO Muslim, mereka terpaksa buat buat tak nampak akan jalan yang dipilih Zaid bersama sama dengan pihak kuffar yang menentang usaha gerakan dakwah Islamiyyah seMalaysia!


Saya kenal Zaid begitu gitu saja bilamana kami semua bertemu dalam mana mana acara melibatkan penyertaan aktivis aktivis dan pejuang Islam menentang gerakan kuffar didalam agenda mereka terhadap ummah senegara.


Walaupun tak rapat tara mana, saya masih tidak boleh menerima keadaan dimana Zaid boleh menjadi salah seorang ahli jawatankuasa BERSIH 2.0 yang diterajui Ambiga Sreenevasan, seorang musuh umat Islam seMalaysia yang nyata!



Bukti yang sangat kukuh bahawa Presiden JIM ini ada ciri ciri 'ular dua kepala' bilamana secara terang-terangan ia turut bersama dengan Ambiga Sreenevasan, Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Sivarasa Rasiah, Haris Ibrahim dan lain didalam protes haram BERSIH 2.0 semalam! Lihat video diatas minit 1.01.

Inilah sebabnya saya menyatakan bahawa ada ular 2 kepala didalam gerakan NGO2 Muslim yang ada.


Apakah pandangan tuan puan mengenai perkara ini?

Post a Comment