Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, July 04, 2011

Sindiket peminta sedekah 'Muslim' depan Bank ~ Memalukan umat Islam!!!

Assalamualaikum.


Saya pasti kebanyakan dari kita yang perlu berurusan dengan pihak mana mana bank pun di Malaysia sudah pasti akan bertembung dengan satu bentuk baru meminta sedekah yakni sindiket menadah tabung kononnya 'Sedekah Amal Jariah' yang akan duduk tercatok tanpa malu dan segan dengan tabung tabung mereka!


Selalunya lelaki yang siap berpakaian Baju Melayu dan kopiah atau wanita berbaju kurung dan bertudung.


Dulunya saya sering nampak hanya bangsa Melayu saja yang dok buat kerja tak bermaruah ini tetapi pagi ini saya mendapati bahawa geng Mamak sudah tumpang sekaki menjadi pengemis dihadapan premis bank CIMB!


Mula mulanya saya nampak Mamak ini siap duduk tercatok meminta sedekah depan bank CIMB Pandan Jaya.


Saya ke Bank CIMB cawangan Pandan Jaya pagi tadi untuk mendeposit sekeping cek tetapi seperti biasa mesin deposit cek bank itu memaparkan notis - Maaf - Perkhidmatan Tergendala!


Maka saya pun beredar dari sana dan menuju ke CIMB Pandan Indah pula!


Bayangkan betapa sakitnya hati ini mendapati sindiket yang serupa siap duduk menanti setiap pelanggan bank yang masuk ke ruang ATM di CIMB Pandan Indah pula!
Lagi memeritkan hati, melihat Geng Mami lah pula duduk tercatok tanpa rasa segan dan silu menagih simpati semua yang lalu lalang disana!
Islam melarang umatnya melakukan kerja kerja yang mengaibkan seperti ini. 


Apakejadahnya yang susah sangat sampai nak kena duduk depan bank menagih simpati, memalukan bukan hanya diri mereka sendiri tetapi juga seluruh ummah dengan melakukan kerja kerja sindiket seperti ini?


Dahulunya masyarakat Mamak @ India Muslim cukup pantang jika ada dikalangan mereka sanggup buat kerja hina seperti ini tetapi nampaknya sekarang, Mamak pun dah hilang harga diri. 


Dah muka tarpal, boleh dok duduk tercongok depan ruang ATM bank bank yang dok ada dan tanpa malu dan segan menagih simpati orang awam untuk menghulur sedekah yang besar kemungkinan tak sampai pada puak yang didakwa mereka mewakili? Tak malu ke mami oi???


Di bandaraya Kuala Lumpur ini bermacam macam sindiket seperti ini berleluasa. 


Nak harap DBKL dan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyerbu dan menangkap geng geng seperti ini seumpama mengharap satu keajaiban kerana pihak pihak seperti DBKL dan Social Welfare amat malas sekali melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang di-amanahkan pada mereka.


DBKL adalah Dewan Bandaraya yang paling baloq didalam negara kita ini! Tak leh pakai langsong!


Nak harap bangunan sahaja gah dengan segala macam cahaya begemerlapan di waktu malam kat ibukota. Membazir letrik dan membuang duit orang awam dengan perbelanjaan tak perlu seperti itu.


Nak buat kerja penguatkuasaan malas macam nak mampos! 


Macamana lah sindiket sindiket seperti ini tak berleluasa di KL?
Post a Comment