Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, July 17, 2011

TPM Tan Sri Muhyiddin Hj Yassin di Pasar Chow Kit ~ Syabas Tan Sri!

Saya rasa belum ada lagi mana mana pembesar negara sanggup turun sendiri meninjau keadaan sebenar di Pasar Basah Chow Kit di kawasan lama kota raya Kuala Lumpur ini?


Hanya mereka yang cekal hati sahaja mampu mengharungi keadaan becak dan bau busuk hanyir dipersekitaran pasar Chow Kit yang berusia lebih dari 40 tahun itu! Kesanggupan Muhyiddin Hj Yassin selaku orang kedua paling berkuasa didalam Kerajaan Malaysia menjenguk sendiri keadaan di pasar lama ini harus lah kita hargai. 


Berikut adalah satu video rakaman saya di Chow Kit beberapa tahun dahulu:

Bukan sembarangan orang bergelar sanggup jejak kaki ke sana beb!


Selalunya orang orang besar tak akan jejak kaki ke pasar seperti Chow Kit! Mereka akan harap orang gaji mereka sahaja membeli belah di pasar pasar dan hanya tahu makan minum masakan yang telah siap di masak dan disediakan.


Saya berpendapat Tan Sri Muhyiddin ada ciri ciri seorang pemimpin negara yang tak sombong dan tidak memandang hina akan suasana kehidupan warga kota yang berpendapatan rendah. Mudah2an cara TPM ini akan dicontohi semua pegawai pegawai kerajaan yang lain.


Ikutilah cara Khalifah Sayyidina Umar Al Khattab! Mesra dengan semua dan senantiasa berdampingan dengan warga kota Madinah al Munawwarah semasa zaman pentadbiran beliau.


Selamat bertugas Tan Sri! Syabas sekali lagi di atas keprihatinan tuan!


Sila klik disini dan ke sini untuk membaca berita berkaitan.
Post a Comment