Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, July 21, 2011

Wacana Sinar Harian ~ SPR menghalalkan pertubuhan yang haram???

Mengapakah Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia boleh begitu khilaf sekali sampai sanggup memberi ruang dan peluang kepada Ambiga Sreenevasan, pemimpin pertubuhan BERSIH 2.0 yang sudah di-isytiharkan sebagai haram oleh Kementerian Dalam Negeri, Kerajaan BN Malaysia?


Sudah acapkali SPR beri peluang kepada BERSIH 2.0 untuk membincangkan segala ketidakpuasan golongan pembangkang yang berselindung di sebalik tuntutan reformasi sistem pilihanraya.


Apa hasilnya?


Apakah Datuk Wan Ahmad Wan Omar tak serik serik lagi bergelut dengan puak yang 'sum mum buk mum om yom fahum la yar ji 'uun' ini?


Golongan harami petualang dan pengkhianat terhadap keutuhan sistem kerajaan demokrasi berparlimen ini sebenarnya mahu mencetuskan revolusi menumbangkan Kerajaan Persekutuan Malaysia dibawah pimpinan Barisan Nasional yang sah di-undi dan di lantik oleh majoriti rakyat negara ini.


Mereka berpura pura mahu membersihkan sistem pilihanraya yang sudah sememangnya terbukti bersih lagi menciutkan kerana ternyata parti parti pembangkang berjaya buat pertama kalinya merampas 5 buah negeri di Semenanjung Malaysia! Kelantan (sudah didalam genggaman PAS sejak 1990), Kedah, Pulau Pinang, Perak (jatuh kembali ke tangan BN bila 3 ADUN Pakatan Pembangkang mengisytiharkan diri mereka BEBAS dan menyokong BN) serta Selangor!


Tak bersih lagi ke sistem pilihanraya negara kita sehingga mereka boleh menang di 5 negeri tersebut dan hilang satu negeri angkara ADUN mereka sendiri yang berpaling tadah?


SPR memang silap besar memberi muka kepada Ambiga Sreenevasan kerana walaupun BERSIH 2.0 tetap meneruskan perhimpunan haram mereka pada 9hb Julai 2011 yang lalu, tetap degil dan meneruskan dakyah dakyah mereka dengan menuduh Kerajaan Malaysia zalim terhadap para peserta perhimpunan haram walaupun pihak berkuasa PDRM terutama FRU telah mengendalikan pesalah pesalah ini dengan tidak membelasah mereka seratus peratus sepertimana di peruntukkan undang undang didalam Akta Polis demi menjaga keselamatan negara kita?


Jika Polis Di Raja Malaysia mengikut ' Standard Operating Procedure' yang diperuntukkan kepada mereka, dah mampus sudah setiap pengkhianat terhadap negara kita ini!


Namun, semua mereka kini masih bebas menyebarkan dakyah mereka meracuni fikiran dan minda masyarakat warganegara Malaysia kita!


SPR boleh pula mahu duduk semeja lagi dengan penderhaka terhadap titah Seri Paduka Baginda kita lagi?


Akai pi mana Datuk? 


Inilah masaalah Kerajaan BN Malaysia. Terlalu memberi muka sehingga diri sendiri kini menjadi mangsa caci cerca dan adu domba puak puak pengkhianat dan penderhaka terhadap negara kita Malaysia!


Puncanya dari Istana Negara, turun ke JPM dan seterusnya segala kementerian, jabatan jabatan kerajaan serta sekelian agensi agensi lain yang ada.


Semuanya sudah kronik dengan jangkitan Sindrom Si Luncai!


Asyik biarkan..biarkan..sampai cacing kerawit sudah mahu naik ke mata! Ular lidi menjadi naga dan kaduk sudah mahu naik junjung!!!


Layan lah Datuk Wan! Biar menang sorak ; kampong tergadai!
Post a Comment