Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, August 08, 2011

Chilaka kecelakaan maut dalam penerbangan membawa dadah ke Malaysia!

Pengedar dadah rakyat Nigeria mati dalam pesawat ke Malaysia

NEW DELHI, 7 Ogos — Seorang pengedar dadah rakyat Nigeria, yang dalam perjalanan ke Malaysia untuk menyerahkan barangan seludup itu, mati dalam sebuah pesawat pada Selasa, selepas dadah yang ditelannya pecah dalam perut. Akhbar Daily Sun di Lagos hari ini melaporkan lelaki itu, Chilaka Ogbonna Emmanuel, 25, meninggal dunia dalam pesawat Qatar Airways yang menuju ke Malaysia melalui Doha.

"Ketika mangsa berdepan komplikasi akibat dadah yang ditelannya, anak-anak kapal cuba memberikan bantuan.
"Namun selepas mendapati keadaan lelaki itu semakin teruk, pesawat itu terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di India untuk membolehkan mangsa diberikan rawatan sewajarnya," lapor akhbar berkenaan.

Menurut akhbar harian itu, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di sebuah hospital tempatan di Mumbai.

Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Dadah Kebangsaan Nigeria (NDLEA) Jarikre Ofoyeju berkata hasil bedah siasat menunjukkan Emmanuel menelan dadah, dan punca kematian adalah disebabkan komplikasi akibat perbuatannya itu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Nigeria tidak mendedahkan kuantiti atau jenis dadah yang cuba diseludup si mati ke Malaysia.

NDLEA turut mendedahkan sejumlah 68 individu yang disyaki pengedar dadah ditahan di Lapangan Terbang Lagos Airport dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. — BERNAMA

Demikian laporan akhbar maya Utusan Malaysia tentang kematian seorang keldai dadah yang didalam penerbangan pesawat Qatar Airways dari Doha ke sini.


Celaka sungguh bagi Chilaka bilamana bungkusan dadah yang ditelan mendiang pengedar dadah itu pecah didalam perut harami tersebut. Elok le ia mati sebelum sempat ia ke negara kita.


Pesawat Qatar Airways itu terpaksa membuat pendaratan cemas di India dan sicelaka itu disahkan mati disebuah hospital Mumbai.


Kalau ia berjaya mendarat di Malaysia ini pun, belum tentu ia akan ditangkap oleh pihak berkuasa negara kita yang kini sanggup memutihkan mata, menggadaikan keselamatan dalam negara dan korup tahap gila gaban sebab terlalu beriya nak menjaga hati Irene Fernandez, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Teresa Kok, Anwar Ibrahim dan segala suku sakat mereka didalam Pakatan Pembangkang yang tengah kemaruk untuk berkuasa didalam Mamluk al Malaisie, bekas Tanah Melayu ini.


Nak harap Najib Tun Razak dan sepupu sepapatnya Hishamudin Tun Hussein menegakkan undang undang mencegah jenayah disini hanya akan merugikan masa semua sebab mereka berdua ni tak setegas PM ke 4 kita dulu @ Tun Dr M. 


Sejahat jahat Mahathir, zaman dia tak ade lah orang berani nak buat lebih kurang kat Malaysia.


Lani Polis di Raja Malaysia pun dah dikekang pelbagai cara dari nak melaksanakan dan menguatkuasakan undang undang yang dah sedia ada.


Pihak pihak laknatullah berkenaan sudah tumbuh tanduk dan senantiasa mengasak anggota anggota keselamatan kita dengan mengadakan demonstrasi tak sudah sudah di tambah pulak dengan kebangkitan media pengkhianat negara seperti malaysiakini dan sepupunya malaysianinsider. 


Suratkhabar seperti Sinar dan webtv sudah memberikan ruang untuk harami harami ini menyebarluaskan racun mereka.


Elokle si Chilaka ini mampus dari datang ke Malaysia menambahkan masaalah masaalah negara kita lagi.
Post a Comment