Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, August 15, 2011

Ezam Mohd Noor ~ Terlajak perahu boleh undur brader .. terlajak ancam???


Sebenarnya penyakit 'cirit mulut' ini memang sudah lama saya perhatikan ada pada beberapa orang politikus dalam negara Malaysia ini.


Pantang dapat pegang mikrofon dan 'loudhailer'. Maka tumbuh tanduk le sekejap si mamat mamat 'umang umang politik semasa'.


Ingat ungkapan khas yang saya baru karang di atas ini kerana ianya amat relevan kepada beberapa orang makhluk politikus semasa tetapi asas perjuangan mereka lebih kepada mengisi tembolok masing masing dengan menggunakan kelebihan mereka berucap berapi-api baik semasa mereka menjadi orang orang kuat Anwar Ibrahim semasa didalam Parti Keadilan Rakyat dan sekarang ini sudah meloncat keluar mencari lopak lopak peluang politik didalam Barisan Nasional atau didalam ruang yang kononnya neutral didalam Konsensus Bebas.


Sebenarnya segala ucapan berapi api ini semua tak lain tak bukan hanya satu fatamorgana, mengelabui mata masyarakat dan bertujuan tidak lain tidak bukan untuk mempengaruhi PM Najib Tun Razak untuk memberi mereka platform bertanding didalam PRU ke 13 nanti di atas tiket BN!


Saya ingin mengajak saudara saudari sidang pembaca sekelian untuk mengimbas kembali sejarah perjuangan setiap seorang dari mereka ini yang dahulunya pernah menjadi ahli ahli UMNO, kemudian bilamana mereka tidak dapat mencari makan didalam UMNO, keluar berbondong bondong membuntuti Anwar Ibrahim kerana menjangka Anwar akan berjaya merampas kuasa melalui protes jalanan dan kebangkitan rakyat yang termakan dakyah dan hasutannya untuk menggulingkan Mahathir Mohamad dengan mendakwa di aniayai Mahathir didalam kes liwat pertamanya tahun 1998.


Bilamana Anwar gagal merampas kuasa dan kemudiannya dipenjarakan diatas sabit salah guna kuasa, sebilangan dari mereka kembali ke keadaan seumpama jin tidak bertuan dan ada yang beransur menyusup menyelinap kembali kedalam saf politikus UMNO. Sebahagian pula terus meniti harapan dan menanti hero mereka keluar penjara. 


Sebaik Mahathir lepas jawatan PM dan menyerahkan kuasa pada Abdullah Badawi @ PM UMNO yang paling mengecewakan didalam sejarah politik tanahair ini kerana Pak Lah membuka ruang dan peluang kepada segala maarof sintok politik pembangkang menunjukkan taring mereka dan kedengaranlah segala macam tuntutan dan desakan desakan politik, sosial malah agama dari kesekelian mereka ini yang selama pentadbiran Mahathir diam menikus didalam terowong terowong perjuangan masing masing.


Bilamana BN dan UMNO kalah 5 negeri di semenanjung kepada Pakatan Pembangkang, maka bermulalah episod lompat melompat oleh kebanyakan umang umang politik semasa ini.


3 daripada mereka menjatuhkan Kerajaan Pakatan Pembangkang di Perak dan Perak beralih kembali kepada pemerintahan BN. Sampai ke saat ini, 3 umang umang politik itu terus dikutuk dan dimaki hamun malah masih ada ancaman terhadap diri mereka yang belot terhadap kepercayaan para pengundi di Perak yang mengundi melantik Kerajaan DAP dan PKR berterajukan PAS yang cuma mendapat 6 kerusi sahaja. 


Nizar Jamaludin, bekas Menteri Besar Kerajaan itu sampai ke hari ini merasakan bahawa ia masih MB dan tidak pernah berhenti dari melakukan 'stunt stunt politik' yang kekadang membuatkan saya merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan keadaan mental manusia berkenaan. Tidak dapat menghadapi realiti bahawa zaman ia menjadi MB sudah berlalu.


Berbalik semula kepada kes umang umang politik semasa seperti Ezam Mohd Nor dan rakan rakan selompatnya, kita semua patut sedar akan kekosongan ucapan ucapan retorik semasa Ezam dan mereka yang pernah bersama dengannya membuntuti Anwar Ibrahim walaupun mereka tahu akan segala salah silap Anwar dan modus operandi Ketua Pembangkang tersebut.


Diam kerana mungkin tidak mahu merosakkan periuk nasi masing masing dan hanya menanti masa untuk merobek lobang melepaskan tengkok masing masing dari jerat politik yang mereka masuk sendiri dengan penuh rela dan sadar.
Setiap seorang daripada mereka yang khianat kepada Anwar Ibrahim ini dan kembali menyusup rapat dengan BN adalah oportunis politik dan tidak ada jaminan bahawa umang umang politik semasa ini tidak akan berubah arah bilamana mereka gagal mencari lubuk lubuk fulus didalam sistem pentadbiran kerajaan tak kira samada kerajaan persekutuan ataupun negeri negeri.


Ancaman Ezam Mohd Nor untuk membakar pejabat pejabat portal media anti BN seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider terbukti satu lagi episod sandiwara politik semasa bilamana ia kini mendakwa bahawa ancamannya itu lebih kepada peringatan sahaja kepada kedua portal berita yang condong kepada Pakatan Pembangkang seperti disiarkan disini!


Kasihan sungguh para peserta demonstrasi Jumaat yang sudah diperkarangan Masjid Negeri Shah Alam kerana terpedaya dengan retorik Ezam yang membakar semangat mereka 'free free'! 


Apakah masih tak sedar sedar lagi sebilangan besar penyokong BN bahawa geng geng umang umang politik semasa seperti dipaparkan diatas tidak boleh dipercayai sama sekali untuk memperjuangkan kehendak kehendak politik mereka?


Jika mereka boleh dengan sewenang wenangnya mengkhianati para pengundi kawasan kawasan parlimen dan dewan undangan negeri masing masing, lompat kepada BN atau menggelarkan diri bebas, apakah dia jaminan bahawa mereka ini tidak akan pusing seperti gasing lagi mencari 'port port' cari makan baru didalam waktu waktu akan datang?


Kalau ada lagi diantara tuan puan yang masih menaruh harapan bahawa kaki kaki kelentong ini sudah insaf dan boleh dipercayai lagi untuk mewakili tuan puan, Tok Mamu hanya boleh ucapkan 'Takziah Politik' kepada anda. Memang patutlah berketuakan umang umang politik seperti ini. Bak kata pepatah Inggeris, 'You truly deserve each other!' 


Jika Najib hendak terus berkuasa didalam PRU ke 13 akan datang, sekiranya ia melantik mana mana yakpursalam tersenarai diatas untuk mewakili BN, elok le sediakan perancangan persaraan politik untuk diri beliau dengan 'PM Bayangan' nya?


BN akan menggadaikan segalanya nanti bila umang umang politik semasa diatas dipilih menjadi calon PRUke13 nanti. 


Seronok le Anwar nanti. Mungkin tercapai juga hasratnya hendak merasa empuknya kerusi PM di Putrajaya, ye?


Na'uzubillahiminzalik!!!


Minta simpang beb!
Post a Comment