Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, August 25, 2011

Hitam Putih Kehidupan ~ Kembara Visual Mahaguru58 di KL Lama

Seorang India tua yang kelihatan sedang berada didalam keadaan mabuk duduk berlunjur di kaki lima sebuah kedai perniagaan di kawasan Chow Kit. Orang ramai berlalu lalang dihadapan nya tanpa menghiraukan sipemabuk tua itu yang bengkak mukanya. Saya kira bengkak di mukanya itu adalah disebabkan kesan sampingan meminum samsu haram.

Islam mengharamkan umatnya untuk meminum arak sebab ianya memudaratkan peminum arak dan menghilangkan rasa malu mereka walau dikhalayak umum.



Jauhilah arak kerana ianya punca kepada segala macam kemaksiatan!


Arak begitu mudah sekali boleh didapati didalam negara yang kononnya 'Negara Islam' ini.


Baru baru ini kita semua menyaksikan betapa kelam kabut dan kalutnya Exco Kerajaan Tempatan didalam Kerajaan PKR-DAP-PAS Negeri Selangor Darul Ehsan Ronnie Liu beriya iya memaksa Exco Hal Ehwal Agama Islam Dato Dr Hassan untuk mengembalikan semula segala arak yang dirampas pihak Penguatkuasa MBSA dari sebuah kedai serbaneka runcit 24jam dengan alasan bahawasanya orang orang bukan Islam mempunyai hak untuk mendapatkan bekalan arak mereka dari kedai sebegitu.


Ini jelas menunjukkan bahawa bilamana soal pengharaman jualan arak secara terbuka dibuat oleh Exco Hal Ehwal Islam Dato Dr Hassan Ali, beliau tidak mendapat dokongan dan sokongan dari Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ahli Parlimen Shah Alam iaitu YB Khalid Samad dari Parti Islam seMalaysia sendiri.


Hassan Ali terkatong katong sendirian menghadapi asakan asakan terus dari segala Exco bukan Muslim didalam Kerajaan Pakatan PKR-DAP dan PAS untuk membatalkan larangan Dato Dr Hassan Ali tentang penjualan arak secara terbuka didalam Perbandaran Shah Alam, ibunegeri Kerajaan Selangor Darul Ehsan.


Setahu saya, dikatakan bahawa Almarhum Sultan Selangor dahulu pernah bertitah supaya Shah Alam bebas dari segala kegiatan yang menyalahi Syariat Islam?


Apakah benar ada Almarhum Duli Tuanku Sultan Selangor dahulu bertitah begitu?


Jika ada, maka kegagalan Kerajaan Selangor sekarang untuk menjaga amanat Almarhum adalah amat dikesali.


Penerusan operasi kilang arak terbesar di dalam negara ini didalam jajahan takluk dan pentadbiran Kerajaan Selangor merupakan satu tandatanya akan kemana menghilangnya semangat mahu mendirikan Daulah Islamiyyah didalam negara ini oleh Parti Islam seMalaysia yang sekarang diwakili oleh beberapa Ahli Parlimen PAS didalam barisan Exco Selangor?


Masih nak menyalahkan BN juga ke?


Sementara masing masing sibuk nak menyalahkan puak puak UMNO dan Barisan Nasional, setiap orang Exco dan penguasa didalam Kerajaan Selangor sekarang tetap mendapat bahagian masing masing didalam saham khamar keluaran Syarikat Guinness Anchor Malaysia Berhad secara tak langsong sebab membiarkan kilang arak terus beroperasi di dalam negara ini.


Alasan mereka yang membiarkan kilang arak ini terus wujud disana adalah bahawa arak itu adalah untuk bekalan kepada orang orang bukan Islam. 


Apakah orang orang bukan Islam ini harus dibiarkan sahaja memusnahkan diri mereka sendiri dengan menjadi peminum arak tegar dan menjerumuskan diri mereka kedalam kancah maksiat tanpa perlindungan dan bimbingan pentadbir Muslim?


Bahaya arak memang diketahui umum tetapi sebab pemerintah tak ambil langkah langkah pencegahan, maka gejala maksiat dan jenayah yang berkaitan terus berleluasa dengan alasan 'freedom' dan 'human rights' orang orang yang berkaitan.



2:219

Transliteration
Yas-aloonaka AAani alkhamri walmaysiriqul feehima ithmun kabeerun wamanafiAAu linnasiwa-ithmuhuma akbaru min nafAAihima wayas-aloonaka mathayunfiqoona quli alAAafwa kathalika yubayyinu Allahulakumu al-ayati laAAallakum tatafakkaroon
Sahih International
They ask you about wine and gambling. Say, "In them is great sin and [yet, some] benefit for people. But their sin is greater than their benefit." And they ask you what they should spend. Say, "The excess [beyond needs]." Thus Allah makes clear to you the verses [of revelation] that you might give thought.
Malay
Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:

Saudara/saudari Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat sekelian,


Tidak ada alasan lagi yang boleh kita terima dari penguasa penguasa terbabit yang gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka terhadap massa. 


Tak kira samada Muslim ataupun tidak, setiap warga didalam negara ini berhak mendapat perlindungan dari perkara perkara yang merosakkan mereka dari segi lahiriyyah mahu pun batiniyyah.


Pemerintah yang mengaku beragama Islam wajib menjaga kepentingan bukan sahaja kerajaan yang dibawah pentadbiran dan penguasaan mereka tetapi juga keatas bab bab keselamatan rakyat supaya tidak terjerumus kedalam kancah maksiat dan kemusnahan diri tanpa membezakan diantara satu sama yang lain.


Sesungguhnya Islam itu teramat adil. Cumanya para penguasa atau pemerintah kita ini tidak berani menegakkan keadilan didalam sistem pentadbiran Islam kerana merasakan mereka akan mencampuri urusan peribadi atau hak asasi kaum yang bukan Islam.


Hak asasi apakah yang disebutkan ini?


Apakah orang orang yang bukan Islam bebas memusnahkan diri mereka dan anak isteri mereka?


Patutkah kita membiarkan saja sesama warga dengan kita terus hancur musnah lingkup kerana mereka kaffir?


Tak tengokkah didepan mata kita akan kemusnahan yang berpunca dari arak?


Lihat lah diantara laporan laporan akhbar ini yang mendedahkan kemusnahan kehidupan mereka yang meminum arak:


Wajah wajah perogol perogol berbangsa Rusia yang menjahanamkan maruah seorang pelajar Malaysia di London selepas mereka semua menogok arak wiski didalam satu majlis keraian. Punca jenayah : arak!!!
Kes baru baru ini:
http://mmail.com.my/content/67859-father-kills-son-drunken-rage

Namun seperti biasa harami harami kat Human Rights Party menyalahkan UMNO dan Kerajaan Malaysia diatas pembunuhan yang dilakukan oleh lelaki mabuk India seperti disiarkan disini!


Bukannya mereka nak mencari jalan menghentikan perbuatan suka meminum arak dikalangan bangsa mereka tetapi harami harami laknatullah ini sering saja menuding jari kepada Kerajaan Malaysia dan UMNO diatas perbuatan @#$%^&*! dikalangan mereka suka mabuk meminum samsu dan wiski kerana miskin!!!


Jika dah tahu diri tu miskin, apakejadahnya dok gi perhabis duit sekelumit yang dok ada untuk membeli arak??? 


Ada UMNO atau Kerajaan Malaysia suruh kamu pergi minum samsu wahai mangkok hayon punya HRP dan sekutu sekutu kaki mabuk sekelian???


Tak ada pula kamu nak salahkan diri sendiri ye?


MIC Tak suruh kamu mabuk! 


MCA tak suruh kamu mabuk! 


Malah DAP, PKR dan PAS pun tak suruh kamu gi togok samsu haram dan mabuk terlentang kat jalan jalanraya negara kita!


Yang kamu lorat asyik nak persalahkan Kerajaan Malaysia dan UMNO tu ape ke hal samdol?


Yang UMNO dengan Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Najib dengan Hishamudin dok biar mereka ni menuduh sesedap mulut sekian lama ni persalahkan kamu semua ni apahal brader?


Tak ada maruah ke?


Boleh orang macam HRP mabok ni tuduh kalian sewenang wenangnya diatas segala keburukan nasib mereka secara terbuka?


Kementerian Dalam Negeri > nganga!


Jabatan Perdana Menteri > nganga!


Kementerian kementerian yang bersangkutan dengan hal ehwal kebajikan masyarakat dan hal ehwal perpaduan warga > nganga!


Jadi jangan dok persalahkan rakyat seMalaysia bila kamu semua kena natijahnya nanti didalam PRU ke 13 akan datang, ok???


Bilamana sesebuah kerajaan atau kementerian itu kena tuduh macam ini, maka ianya menunjukkan kelemahan dan kebaculan pemerintah untuk menjaga nama dan jatidiri mereka.


'You can't rule over us if you do not have the spine and the integrity to uphold the laws and protect your honor!'


Pokok pangkalnya semua kemusnahan manusia manusia ini berpunca dari arak!


Hapuskan puncanya, Insya Allah akan kuranglah gejala maksiat dan jenayah lain yang berpunca darinya.


Sekian.
Post a Comment