Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, August 10, 2011

Islam ~ Satu satunya Agama dari Allahu Ta'ala!


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat,


Saya ada bertanya kepada pembaca blog ini didalam artikel sebelum ini tentang apakah dia Agama yang di ajarkan Allahu Ta'ala kepada Ayahanda kita sekelian manusia iaitu Nabi Adam Alaihis Salam?


Nabi Adam Alaihis Salam adalah manusia pertama yang diciptakan Allah dari tanah yang di ambil Sayyidina Izra'il Alaihis Salam dari seluruh pelusuk bumi ini dan dibawa naik ke langit untuk proses penciptaan 'Bapa' kepada sekelian umat manusia.


Adam dicipta sebelum sesiapa yang lain termasuk Sayyidatina Hawwa Radhiallahu Anha, Bonda sekelian umat manusia sendiri.


Hanya satu sahaja agama yang diajarkan pada Nabi Adam Alaihis Salam iaitu Islam @ Agama Tauhid. 


Sudah tentu Allah mengajar Ayahanda sekelian manusia untuk menyembah dan mengEsakan DiriNya!


Mustahil Allah membiarkan KhalifahNya tanpa Iman dan Ilm tentang Ad Deenullah.





112:1
Transliteration
Qul huwa Allahu ahad
Sahih International
Say, "He is Allah , [who is] One,
Malay
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
112:2
Transliteration
Allahu assamad
Sahih International
Allah , the Eternal Refuge.
Malay
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
112:3
Transliteration
Lam yalid walam yoolad
Sahih International
He neither begets nor is born,
Malay
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
112:4
Transliteration
Walam yakun lahu kufuwan ahad
Sahih International
Nor is there to Him any equivalent."
Malay
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".



Islam zahir dari sejak azali lagi.


Islam berasaskan kepada menyembah Allah Azza Wa Jalla selaku satu satunya Tuhan sekelian Alam.


Tidak ada ruang bagi mana mana kuasa selain Allahu Ta'ala!


Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam adalah Rasulullah Terulung dan Baginda merupakan Habibullah @ Kekasih Allah.


Baginda Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam adalah juga Rahmatulil Alamin. Rahmat Allah kepada sekelian alam.


Nabi Adam Alaihis Salam di ajar hanya untuk mentauhidkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan di ajar oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala Sendiri.


Direct Teaching.


Tak ada perantaraan walaupun oleh para malaikat Allahu Ta'ala!


Bayangkan hakikat ini!


Islam zahir sebelum sekelian umat manusia lain tercipta!


Fahami tingginya maqam Ad Deenul Islam berbanding agama lain ciptaan dari imaginasi manusia yang sesat dan kufur terhadap suruhan dan perintah Allah!


Islam itu adalah ajaran dan panduan hidup bagi manusia secara terus dari Allah, bukannya ciptaan mana mana manusia.


Hayati maksud dan makna Asma'ul Husna @ 99 Nama Nama Suci Allahu Ta'ala didalam alunan Ustaz Dr.Ary Ginanjar dibawah ini:



Saya mahu menulis tentang perkara ini secara mudah difahami oleh semua yang boleh memahami Bahasa Melayu.


Tak mahu memberatkan sesiapa dengan berfikir terlalu mendalam. Islam itu mudah dan perlu disampaikan secara jelas agar setiap insan yang mampu membaca keterangan keterangan ini dapat faham akan hakikat dirinya adalah hamba ciptaan Tuhan Semesta Alam iaitu tidak lain dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala.


Akan saya sambung lagi selepas ini. Insya Allah.
Post a Comment