Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, August 13, 2011

Isu DUMC nak memurtadkan Melayu Muslim terbabit - Jawapan kepada Firdaus

Assalamualaikum Saudara Firdaus,


Saudara Firdaus perlu faham akan 'context' ayat ayat saya bilamana saya berkata bahawa ianya satu perkara yang harus SEANDAINYA apa yang pihak Gereja Methodist Damansara Utama menjemput Muslim untuk bermuzakarah atau ke majlis jamuan makan malam ala ala 1Malaysia?


Hakikatnya majlis makan malam itu sebenarnya bertujuan memasukkan jarum jarum halus dakyah kefahaman Kristian mereka dengan menggunakan 'approach' dan taktik melembutkan hati dan jiwa nurani Melayu2 Muslim yang sedang mereka 'tarbiyyah' secara beransur untuk menerima 'Ketuhanan Jesus Christ' dengan cara menggunakan simbol simbol dan kebudayaan dan kelaziman Melayu di Malaysia ini.


Bagaimanakah cara untuk menawan hati orang orang Melayu? Sudah tentu ada cara dan kaedahnya.


Dengan memakai pakaian cara Melayu. Dengan menggunakan pemikat pemikat hati orang orang Melayu seperti 5 orang yang ternyata sudah murtad secara rohani mereka, menggunapakai pelekat yang mengisytiharkan diri mereka sudah mempunyai nama nama Kristian.


Lihatlah wajah wajah 'Sophia', 'Kieffer', 'Mina'. 


Wajah wajah itu menyerlahkan peribadi yang sudah tidak menampakkan 'nur' Islami.


Mungkin apa yang saya hujahkan ini tak tampak pada mata kasar sesetengah orang yang belum berkecimpung didalam dunia Dakwah al Islamiyyah. 


Namun bagi diri Mamu dan rakan rakan seusaha, kami boleh rasa dan tahu yang mana masih 'pure Muslim' dan yang mana sudah ada 'ciri ciri' Kuffar.


Bagaimana? Ianya tertakluk kepada diri si pendakwah itu sendiri. Setiap pendakwah Muslim ada pencapaian tersendiri.


Alah bisa tegal biasa. Terkilas ikan di air, hamba dah tahu jantan betinanya. Perumpamaan orang orang Melayu.


Apakah dengan berkata sebegini, hamba mendabik dada dan menyombongkan diri, mengaku diri lebih 'terer' dari yang lain?


Tidak sama sekali! Cumanya menceritakan bahawa didalam usaha dakwah ni, ada pelbagai macam peringkat dan tahap tahap kefahaman yang setiap pendakwah mendapat nikmat, bermuhasabah diri sendiri dan melalui pengalaman pengalaman hidup masing masing melalui episod episod tertentu melayani seribu satu macam perangai dan kerenah manusia.


Setiap insan ada cerita dan keadaannya sendiri. Tak sama dengan yang lain.


Mamu dapat melihat perubahan pada wajah wajah insan insan yang sudah berubah arah kerohanian ini.


Majlis makan malam itu ternyata ada unsur unsur tarbiyyah mereka yang disasarkan dengan kuiz yang direka sedemikian rupa, ingin menguji tahap kefahaman Iman dan Islam sasaran sasaran pastor terbabit?


Dari jawapan sipolan polan tertentu, maka pihak penganjur akan tahu yang mana mudah untuk dipengaruhi dan yang mana akan merupakan cabaran kepada pihak penganjur?


Sama juga dengan kami, para pendakwah Islam.


Jika para pelawat dan pelancung bukan Islam yang datang ke masjid kosong didalam jiwa masing masing dan tidak pernah mengambil tahu akan agama yang ia lahir ; kemudian ingin mengetahui akan apakah dia Islam, ia memudahkan diri para pendakwah untuk menerangkan kepadanya tentang hakikat Ad Deenul Islam.


Namun, biarpun ia seorang fanatik Kristian, Hindu, Buddhist, Sikh dan apa sahaja kefahaman ciptaan manusia, kami sebagai pendakwah sekiranya sudah tahu dan faham tentang asas kefahaman kefahaman terbabit, mudah sahaja mengajar dan menerangkan kepada sipolan sipolan itu tentang kecelaruan kefahaman mereka dan menunjukkan kebenaran didalam Islam.


Semua ini tertakluk juga kepada tahap intelek insan insan terbabit?


Samada kepala otak mereka itu mampu memahami akan apa yang sedang kami sampaikan?


Juga tertakluk kepada kebolehan si pendakwah Muslim sendiri?


Cara ia berdakwah?


Apakah berasaskan nas nas dalam Al Quran dan Hadis Sahih Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam?


Gaya bahasanya?


Budi bahasanya?


Sopan santunnya?


Tahap kefahaman Islamnya?


Peribadinya?


Rupa parasnya?


Penampilannya?


Tahap kebersihan diri dan pakaiannya?


Keadaan sekeliling?


Suasana ketika itu?


Tersendiri atau dikerumuni orang?


Semua ini memainkan peranan akan keberkesanan sesi dakwah tersebut?


Sebab itu gereja terbabit berusaha mengujudkan suasana selesa @ 'ambience' untuk mempengaruhi 'target target' mereka malam itu.


Jika JAIS tak mengambil tindakan terjah pada malam itu, sudah tentu pihak gereja DUMC akan dapat mempengaruhi maarof maarof sintok berkenaan untuk murtad dari Ad Deenul Islam.


Saya tidak menyalahkan pihak DUMC seratus peratus didalam usaha dakyah mereka.


Itu dah memang kerja dan usaha mereka untuk 'evangelize' sasaran mereka dikalangan Islam.


Saya cuma ingin bertanya kepada mereka yang terbabit, sanggup hadir di majlis makan malam Kristian dimalam malam Ramadhan ' Apakah kalian sudah begitu keliru tentang yang mana satu 'makhluk' dengan yang mana satu Tuhan Sekelian Alam?


Sebodoh bodoh manusia, sudah tentu tahu membezakan diantara Tuhan yang Ahad dan Esa dengan tuhan tuhan ciptaan pemuka Kristian dengan menyembah 'tuhan 3 dalam satu'?


Akai pi mana syeikh?


Nak kata zaman kita ni masih ketinggalan dari segi penyampaian maklumat dan ilmu pengetahun, kita ni hidup didalam Akhirul Zaman. Zaman Sains dan Teknologi.


Orang pribumi Papua New Guinea pun dah pandai guna komputer dan laptop. Takkan anda yang tinggal kat Malaysia yang serba membangun ni boleh tersasar tahap gaban, beb?


Tak reti nak cari ilmu tentang Agama Islam?


Hello! Belajar le menggunakan sistem carian maklumat sedia ada seperti Google dan sebagainya.


Anda cuma perlu taip 'quran' saja dan begitu banyak laman web yang menyediakan seluruh isi kandungan Al Quranul Karim akan terbentang didepan mata anda!


Salah satu darinya adalah www.quran.com. Anda tak faham tentang cara nak membaca ayat ayat suci Al Qur'an tersebut didalam Bahasa Arab?


Gunakan panduan sebutan yang ada didalam Rumi sambil berusahalah anda mencari guru Al Quran dan belajar lah tentang hakikat Islam! 


Yang bengong sangat gi belajar tahyul dan khurafat Kristian tu kenapa?


Takkan sampai begitu sekali tahap kebuntuan fikiran anda?


Allahu Rabbi adalah Tuhan Sebenar Benar sekelian makhluk!


Tak payah nak memeningkan kepala dengan pergi menyembah benda ciptaan Allah itu sendiri.


Anda menyesal?


Alhamdulillah! 


Beristighfar lah anda begini.



Insya Allah, taubat anda akan diterima Allahu Ta'ala, Rabbul Alamin, Dzul Jalali Wal Ikram. Tuhan Maha Pencipta, Maha Berkuasa keatas Segala-galanya!


Mamu doakan anda semua selamat kembali ke Redha Ilahi.


Amin Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim.


Bersama samalah kita mengamalkan seperti apa yang ditinggalkan Allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim, salah seorang insan terpuji dan terbilang dunia Dakwah Al Islamiyyah Negara Malaysia kita:



Semoga dicucuri Rahmat Allahu Ta'ala keatas ruh salah seorang insan tercinta Tok Mamu ini.


Amin Ya Allah!


Selamat bertaubat, Selamat berpuasa, Selamat beramal.


Insya Allah!


Wabillahi Taufik Wal Hidayah.


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Hamba Allah dan debu dunia,

Post a Comment