Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, August 26, 2011

KPTMKL-BEPU-PERDASAMA-SEKINCHAN IKAN BAKAR ~Iftar bersama Media

SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR : Restoran Sekinchan Ikan Bakar cawangan Centrum Setiawangsa telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Media semalam, Khamis 25hb Ramadhan 1432H bersamaan 25hb Ogos 2011. Majlis bermula jam 6.00 petang.


Majlis Iftar tersebut adalah anjuran Restoran Sekinchan Ikan Bakar bersama Kolej Poly-Tech MARA (KPTMKL), Biro Ekonomi Pemuda UMNO (BEPU) dan PERDASAMA (Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia). 



Dato Sohaimi Shahadan selaku Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA dan juga Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO merasmikan majlis iftar berkenaan yang turut diserikan dengan kehadiran Presiden Kolej Poly-Tech MARA Dato Haji Yusoff Harun, Pemilik Restoran Sekinchan Ikan Bakar Dato Jamal Mohd Yunos dan wakil PERDASAMA serta kakitangan dan ahli-ahli badan badan terlibat dan penggiat media tempatan.


Saya sempat bersalam dengan aktivis2 dunia seni filem dan drama tanahair seperti Presiden SENIMAN Saudara Harun Salim Bachik, Cikgu Jamil Mutalib dan beberapa orang lain.


Didalam ucapan perasmian majlis iftar tersebut, Dato Sohaimi Shahadan sempat memaklumkan bahawa pemilik Restoran Sekinchan Ikan Bakar, Dato Jamal Mohd Yunos telah mewakafkan sebuah banglo untuk anak anak yatim. 


Dato Jamal yang baru pulang dari mengerjakan umrah memaklumkan didalam ucapan beliau bahawa syarikat nya sedang berkembang pesat keseluruh negara dan sedang dalam perancangan untuk membuka cawangan Restoran Sekinchan Ikan Bakar di Jeddah,Arab Saudi.


Jadi, para jamaah haji dan umrah dari negara kita yang kempunan masakan Melayu Malaysia bolehlah menjamu selera di Restoran Ikan Bakar Sekinchan Jeddah pula ya?


Dato Sohaimi turut menghulurkan duit raya kepada para wartawan dan penggiat media yang hadir. 


Saya perhatikan bahawa sejak Dato Sohaimi Shahadan dan Dato Haji Yusoff Harun menerajui Kolej Poly-Tech MARA, kemajuan kolej berkenaan dari segi pengurusan dan pentadbiran serta sambutan para pelajar amat menggalakkan!


Begitu juga dengan sokongan dari ibupejabat MARA yang kini dibawah pentadbiran Dato Seri Idris Jusoh, Pengerusi MARA. Semoga anak anak watan Malaysia terus mendapat peluang merubah nasib masing masing dengan menuntut ilmu di seluruh cawangan cawangan KPTM yang kini sudah ada di kebanyakan negeri negeri Semenanjung Tanah Melayu dan di Semporna, Sabah.















Mudah2an akan ada cawangan cawangan kolej KPTM di setiap negeri didalam negara kita, membuka lebih banyak lagi peluang kepada setiap orang untuk menambah mutu pada diri sendiri. Program program pembelajaran harus dibuka kepada sesiapa sahaja yang layak untuk menyambung pendidikan masing masing mengikut kemampuan, Insya Allah.
Saya percaya ramai warganegara kita yang dahulunya tidak mampu untuk menyambung pelajaran diperingkat diploma, ijazah dan sarjana masih menyimpan hasrat untuk meneruskan pendidikan diperingkat tinggi. 
Mudah2an Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi mengambil kira akan keadaan keperluan bantuan dana bagi membiayai mana mana warganegara kita yang tak mampu dari segi kewangan tetapi mahu menyumbang kepada kemajuan negara kita dengan menyediakan ruang dan peluang untuk belajar lagi.





Mungkin boleh dipertimbangkan oleh mana mana pihak berkuasa yang membaca luahan rasa ini. Insya Allah.
Sebelum mengakhiri artikel ini, ingin saya ucapkan ribuan terimakasih kepada Dato Sohaimi Shahadan, Dato Haji Yusoff Harun, Dato Jamal Mohd Yunos, Encik Amir (Pembantu Khas Dato Sohaimi) dan yang lain diatas jemputan kepada saya untuk bersama sama dengan mereka didalam majlis iftar berkenaan. 


Mudah2an diterima amal ibadat kita didalam Ramadhan al Mubarak kali ini. Semoga di mantapkan Iman, di sihatkan tubuh badan, di murahkan rezeki, dijauhkan mara bahaya dan bala bencana angkara dari jin, syaitan dan manusia, dipermudahkan urusan duniawi dan akhirat! Amin Ya Rabbal Alamin.


Wabillahi Taufik Wal Hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Post a Comment