Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, August 21, 2011

Malaysia Baru ~ Nyanyian Allahyarham Seniman Aziz Jaafar


Tuan tuan dan puan puan warga Malaysia yang Tok Mamu hormati,


Mudah2an anda sekelian berkeadaan sihat sejahtera disamping ahli keluarga terchinta masing masing.


Perhatikan cara penulisan perkataan 'terchinta'. Begitulah lumrah penulisan Bahasa Melayu dahulu yang tepat pada sebutan dan nahunya. Asli dan sempurna.


Semangat chintakan negara kita Malaysia patut ada pada setiap mereka yang lahir dibumi bertuah ini dan membesar mencari rezeki dari Semenanjung Tanah Melayu ini.


Allahyarham Seniman Aziz Jaafar adalah di antara permata negara kita yang dikurniakan Ilahi dengan suara yang sebegitu lunak dan peribadi Allahyarham memang terpuji. Tidak ada skandal sepanjang penglibatan beliau didalam dunia perfileman dan seni suara Melayu dan di Singapura.


Hayati senikata didalam lagu 'Malaysia Baru' nyanyian Allahyarham dan hiduplah sebagai seorang rakyat yang berguna dan berjasa untuk Malaysia.


Bagi kita yang Muslim, sedekahkan lah pembacaan Surah Al Fatihah dan Surah Yasin bagi Allahyarham Seniman Aziz Jaafar.


Al Fatihah!



Post a Comment