Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, August 19, 2011

Melayu Semenanjung dah tak peduli akan Akidah zuriat keturunan mereka!




Tok Mamu sedih melihat keadaan ahli ahli Perkasa ini! Mereka bersusah payah mencetak segala macam poster menyuarakan bantahan mereka terhadap perbuatan guru guru tuisyen pendakyah Kristian sudah mempengaruhi anak anak kecil murid murid Melayu untuk berjinak jinak dengan fahaman Kristian mereka!


Ada jamaah Masjid Negara hari ini peduli?


Tidak!


Mereka semberono je lalu bergegas pulang ke rumah atau tempat tujuan masing masing tanpa mempedulikan jeritan jeritan dan laungan ahli ahli PERKASA supaya bersama sama memprotes terhadap kerja kerja jahat Kristian!


PERKASA sepatutnya sedar bahawa Melayu Semenanjung adalah dari jenis yang sudah berabad dijangkiti 'Sindrom si Luncai'. 


Melayu memang payah nak 'naik syeh'. Amok Tok Nading cuma tinggal sejarah je. Melayu zaman ini lebih suka mengambil mudah akan nasib dan masa depan anak bangsa mereka.


Mereka tidak seperti warga negara negara Asean lain yang cepat benar melenting dan mengamuk jika ada yang menyentuh dan menggugat sesama agama, bangsa dan negara mereka.


Melayu PERKASA hanya mengharapkan keajaiban berlaku! 


Sebenarnya harapan itu cuma suatu fatamorgana!


Protes protes saja tak ada faedahnya beb.


Sudah berapa ribu repot repot polis dibuat terhadap musuh musuh Islam dalam negara ini?


Setakat repot polis tak jalan saudara!


Perangi gejala agenda murtad ini dengan kaedah memperkasakan akidah ahli ahli PERKASA dahulu dan kemudian anak isteri serta kaum keluarga masing masing.


Di ikuti pula dengan aktiviti dakwah al Islamiyyah secara sistematik. Pedulikan cemuhan golongan yang perasan diri masing masing maksum suci sesuci embun pagi. Buat kerja yang dituntut Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam!


Tumpukan pada agenda menyelamatkan ummah. Insya Allah boleh!


Kena ada tindakan proaktif. Tindakan perundangan perlu dilakukan dan disusuli dengan langkah langkah membetulkan akidah anak anak bangsa!


Baru pendakyah Kristian terbabit akan tahu natijah menjolok sarang tebuan!!!
Post a Comment