Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, August 02, 2011

Melayu Semenanjung Malaysia bakal senasib Red Indian Amerika.

Baru baru ini saya menghadiri suatu majlis dailog Bloggers bersama YB Dato Seri Shahrizat Abdul Jalil di Hotel Le Meridien, KL Sentral. 


Majlis bersejarah itu turut disertai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Di Raja Malaysia, Datuk Acryl Sani


Tajuk utama majlis dailog itu adalah berkaitan 'Nur Alert' dan betapa peranan Bloggers amat penting didalam menyurai maklumat melalui media siber untuk membantu pihak berkuasa menangani masaalah jenayah terhadap golongan kanak kanak yang semakin menjadi jadi sejak kebelakangan ini.


Bersama DCP Datuk Acryl Sani
Disamping itu, kami turut mengutarakan masaalah masaalah lain yang kami sebagai blogger merasakan perlu mendapat maklumat dan jawapan secara terus dari pihak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga dari DCP Datuk Acryl Sani yang mewakili CID ~ PDRM.


Saya bertanya Dato Seri Shahrizat tentang mengapakah pihak kementerian beliau tidak menangani masaalah pendatang asing Rohingya duduk mengemis di kawasan utama tarikan pelancung seperti di sekitar Jalan Bukit Bintang, sekaligus memburukkan imej dan maruah negara kita yang digembar gemburkan sebagai sebuah negara membangun di rantau Asia ini?


Kehadiran para pengemis Rohingya ini jelas memburukkan imej negara di mata para pelancung asing dan secara tak langsung memberi gambaran bahawa penduduk negara ini begitu susah dan merempat sampai terpaksa mengemis meminta sedekah! 


Duduk berketerampilan selaku umat Islam sambil meriba anak anak kecil ditengah tengah kotaraya metropolitan Kuala Lumpur dilingkari bangunan bangunan yang melambangkan kejayaan dunia kapitalis bertaraf kelas pertama dunia tetapi mempunyai pengemis pengemis mencemari kawasan yang boleh dikatakan tercanggih didalam Malaysia!!!


Maka menjawablah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kita bahawa pihaknya sering menjalankan operasi menahan mereka ini dan dibawa ke pusat kebajikan masyarakat yang disediakan tetapi oleh kerana pengemis pengemis Rohingya ini mempunyai status sebagai pelarian yang diiktiraf oleh UNHCR, maka mereka terpaksa dilepaskan semula selepas beberapa hari sahaja sebab perjanjian negara kita dengan badan pemantau pelarian sedunia sebegitu rupa.


Bagaikan ungkapan 'Catch & Release' yang selalunya digunakan oleh para pemancing sukan. 'Sports fishing'. Tangkap dahulu kemudian terpaksa dilepaskan. Tak boleh nak buat apa apa lagi pada mereka. 


Bebanan tanpa perlu kepada kos pentadbiran negara kita. Hasil tak ada ; cuma 'bagaikan memikul biawak hidup'. 'Tak ada beban ; batu di galas'.


Kemudian Dato Acryl Sani pulak bangun untuk menjawab bagi pihak Polis Di-Raja Malaysia. Kesimpulan jawapannya serupa. Tidak ada peruntukkan undang undang yang membenarkan pihak agensi keselamatan negara untuk bertindak lebih dari apa yang sedia ada. Memang susah benar untuk pihak Kerajaan Malaysia untuk menangani masaalah masaalah yang ditimbulkan dengan para tetamu yang tak di-undang kenegara kita ini. 


Mereka menyelinap masuk kedalam negara kita, mencerobohi sempadan Thai-Malaysia melalui jalan jalan tikus dan mungkin juga oleh sindiket terancang pemerdagangan manusia yang beroperasi disempadan negara.


Soalnya, kenapa sempadan negara kita begitu polos? Apakah ini membuktikan bahawa Angkatan Tentera di-Raja Malaysia kita yang bertugas 24jam di persempadanan negara tidaklah secekap mana sehingga sudah berjuta juta pendatang asing tanpa izin kini hadir menjadi parasit kepada Malaysia?


Pendatang asing tanpa izin semakin lama semakin menguasai bidang bidang ekonomi dari peringkat kecil-kecilan sehingga membesar memonopoli pula pasaran tempatan menyahkan para peniaga warga tempatan dari pusat pusat perdagangan dikota kota dan pekan pekan diseluruh negara kita.


Umum mengetahui bahawa pendatang Rohingya kini menguasai kawasan pasar borong Selayang, dikawasan Batu Caves dan mengitar semula sayuran buangan untuk dijual kembali kepada pengusaha restoran, gerai dan warung warung dipersekitaran KL. Silap haribulan, para pengguna memakan sayur 'recycle' ini semasa menjamu selera direstoran, gerai dan warung terbabit.


Kawasan Chow Kit di ibukota pula didominasi warga Indonesia. Cubalah tuan puan berjalan ke sana hari ini dan saksikan sendiri akan hakikat kenyataan saya ini bahawa Melayu Semenanjung Malaysia ini bakal senasib dengan puak Red Indian di Amerika Syarikat!


Ini realiti bukan khayalan semata.


Sebenarnya pihak berkuasa Malaysia sudah tidak berkuasa menangani masaalah angkara pendatang asing tanpa izin ini sejak berpuluh tahun yang lalu.


Semuanya disebabkan desakan para petualang dan pengkhianat negara yang berselindung disebalik parti parti politik tempatan mahupun pihak pihak NGO yang bertopengkan tuntutan hak asasi manusia.


SUHAKAM, SUARAM dan segala maarof sintok ini tidak lain tidak bukan adalah jendalu jendalu yang bagaikan sel sel barah sedikit sebanyak menghakis kuasa dan kedaulatan Melayu Semenanjung Malaysia.


Sultan Sultan dan Raja Melayu sejak dari azali lagi memang tidak berusaha mengekang penghakisan kuasa kuasa dan ketuanan Melayu yang digembar gemburkan oleh para pencacai pakatan pembangkang terutamanya oleh seorang mantan timbalan perdana menteri Malaysia iaitu Anwar Ibrahim.


Ditambah pula oleh pengkhianatan mereka yang dahulunya ingin menegakkan sebuah daulah Islamiyyah yang kini belot terhadap matlamat asal penubuhan parti mereka sendiri sanggup bersekongkol dengan puak seteru umat Islam dan kedudukan umat Melayu Islam Semenanjung Malaysia yakni DAP.


Anwar Ibrahim adalah dalang kepada kemerosotan kuasa dan kedudukan Melayu Semenanjung dan sekiranya anda melakukan kajian terhadap sejarah perjuangan manusia pelbagai wajah ini, sudah pasti anda akan nampak jauhnya kini penyimpangan matlamat asal usaha pengkhianat terhadap negara kita ini dari awalan ia selaku seorang aktivis belia Islam kepada kini pendokong liberalisma didalam apa sahaja bidang asalkan ia terlantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ataupun presiden sebuah republik sekiranya tercapai matlamat pihak pembangkang melupuskan kuasa kuasa dan kedudukan orang orang Melayu setanah air ini.


Ini nyata didalam hakikat sebenar kenyataan Anwar menyamaratakan hak mereka yang menghuni bumi tanah semenanjung ini. Maka dengan itu keluarlah kenyataan pemimpin DAP seperti dibawah:



Anda boleh membaca berita petualangan terkini Anwar disini. Ia begitu ghairah menjatuhkan nama negara kita di Indonesia. 


Tak malu pula masih bebas kesana kemari menggunakan paspot Malaysia?


Macam manalah Sultan dan Raja Melayu boleh membiarkan ia masih bergelar seorang 'Datuk Seri'? Takde terasa langsung ke sakit hati atau diderhakai manusia ini, Tuanku sekelian? 


Entah le... Kekadang rasa macam nak 'give up' saja menegur pihak istana yang 'sum mum buk mun om yom fahum laa yarr ji uun' ini.


Sejarah penguasaan dan kedaulatan orang orang Melayu di Semenanjung Malaysia ini boleh dilupakan begitu saja? Siapakah yang membuka Melaka? Orang orang China? Orang orang India? Apakah buta sejarah sebegitu sekali?


Bukankah Parameswara, seorang Putera Raja dari Kerajaan Melayu Palembang? 


Andaikata Parameswara tidak menyeberangi selat yang kini dikenali sebagai Selat Melaka dan bermastautin di Temasik @ Singapura; kemudian pergi berhijrah membuka tanah di negeri yang dinamakannya sendiri sebagai Melaka sempena mengambil nama pokok buah melaka, akan adakah negara Malaysia hari ini?


Hanya setelah Melaka berkembang menjadi sebuah negeri kemudian membangun makmur menjadi pusat perdagangan serantau sehingga menarik minat negara negara besar Eropah datang berdagang kemudian berperang menakluki Kesultanan Melayu Melaka itu barulah membawa kepada penjajahan Portugis kemudian Belanda di ikuti British kemudian Jepun, di rampas semula oleh British dan beratus tahun kemudian mendapat kemerdekaan dan membentuk Malaysia disertai awalnya Singapura kemudian Sabah dan Sarawak!


Singapura menarik diri keluar dari Malaysia dan sehingga sekarang wujud sebagai sebuah republik itupun hanya setelah Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman setuju mengizinkan ianya berpisah.


Nak harap Sultan Sultan dan Raja Melayu mempertahankan Negeri negeri di Semenanjung Tanah Melayu ini? Lupakah kita semua akan Perjanjian Pangkor yang dibuat Duli Duli Tuanku Raja Raja Melayu dengan penjajah British dahulu?


British begitu berkuasa, memeras ugut Sultan Sultan dan Raja Raja Melayu menyerahkan kedaulatan mereka kepada England jika tidak akan dihapuskan melalui perang. Bagaikan kes durian mengugut mentimun. Mahu tak mahu terpaksa akur demi 'survival' pembesar pembesar Melayu sendiri. Rakyat hanya bagaikan 'collateral' sahaja. Entah berapa juta umat Melayu yang sudah mati demi raja dan negara sejak zaman berzaman?


Sampai ke hari ini, Sultan Sultan dan Raja Melayu di hadkan kuasa mereka oleh kekangan perlembagaan yang direka dan dikarang sedemikian rupa oleh pihak penjajah British melalui para pencacai upahan mereka sehingga mengujudkan keadaan dimana sebarang usaha meminda perlembagaan Malaysia memerlukan persetujuan tiga perempat perwakilan di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.


Bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai tuan puan, sidang pembaca.


Kerajaan Negeri Kelantan dibawah PAS sampai hari ini gagal mendapat kelulusan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan perundangan Syariah Islam seperti dahulu dikehendaki mereka.


Kerajaan Persekutuan Malaysia dibawah UMNO dan BN sampai sekarang tak berani meluluskan pindaan tersebut sebab mereka sendiri tidak sesempurna mana didalam pentadbiran negara ini menurut peruntukan Syariah Islam ; maka diteruskan agenda British melalui kuasa sistem kehakiman sivil yang berteraskan Perundangan Sivil British sampai ke saat dan ketika ini.


Keterlampauan Almarhum Sultan Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim dahulu mencederakan seorang rakyat warganegara ini memaksa mantan Perdana Menteri ke 4 Malaysia, Tun Mahathir Mohamad Iskandar mencabut 'taring' Sultan Sultan dan Raja 'Berperlembagaan' Melayu tinggal menjadi ikon semata mata sehingga ke hari ini tidak ada mana mana Sultan dan Raja Melayu yang berani bersuara bertitah itu ini mempertahankan saki baki maruah, kedaulatan dan kuasa orang orang Melayu berkaitan apa apa sahaja.


Siapakah yang patut kita persalahkan diatas 'kelesuan dan kemelut' ini?


Bukan satu orang tetapi segalanya berangkai dan berkait diantara satu dengan yang lain. Bagaikan menarik, mencabut ubi kayu. Ditarik keluarnya satu, ia bercantum dan berangkai pula dengan yang lain. Namun bilamana di ajukan soalan dan pertuduhan di atas jenayah mengabaikan tanggungjawab terhadap bangsa Melayu, maka akan melatah lah pula sipolan sipolan terbabit bahawa bukan ia yang punya angkara?


Ini realiti semasa kedudukan umat Islam Melayu Semenanjung. Baik sesama sendiri pun sekian lama bercakar bergaduh di antara sesama mereka, di tambah pula dengan nafsu serakah ingin berkuasa dan berkedudukan dipuncak mahligai persada kerajaan baik negeri mahupun negara, maka sehingga sanggup sebahagian besar dari mereka membuat perjanjian dengan syaitan, menggadaikan segala saki baki kuasa dan pengaruh yang tinggal pada mereka asalkan dapat berkokok dipuncak Putrajaya sebelum mampus menghembuskan nafas terakhir didunia yang fana ini!


Perkataan 'mampus' lebih sesuai didalam suasana diatas kerana mereka khianat didalam perjuangan asal untuk mendirikan sebuah 'Daulah Islamiyyah' didalam ertikata sebenar benarnya sepertimana dahulunya diisytiharkan semasa masih muda belia. 


Kompas perjuangan golongan ini kini berpusing melilau merata rata akibat sudah meniti usia senja dan keterpaksaan keadaan membuatkan mereka berpatah arang sanggup bersekongkol apa sahaja demi mahu merasa kehidupan sebagai pemerintah mutlak dipuncak persada nafsu dan kuasa. 


Segala 'Ta' menjadi impian dan idaman baik yang dah tua keripot mahupun yang masih berkuasa melampiaskan hawa nafsu serakah walau di usia senja. Jika ada juga yang terpinga pinga akan maksud bidalan semasa 'Segala Ta' itu maka ingin saya menerangkan bahawa ianya tertuju kepada:

  1. Wanita
  2. Takhta
  3. Harta
dan kini 'Kereta'.

Susah tuan tuan dan puan puan. Nasib Melayu kini terancam akan menerima keadaan yang serupa dengan kaum Red Indian Amerika.

Dahulunya mereka gah di mata dunia, ada segala macam adat kebudayaan dan resam serta kefahaman spiritual mereka sendiri. Mereka tidak rakus menggali harta emas dan merogol bumi tanah tumpah darah mereka. Mereka tidak bersikap berkonfrantasi terhadap musuh yang datang tanpa izin. Mereka memberi ruang dan peluang kepada kaum pendatang berkulit putih dari England untuk sama sama hidup mencari rezeki di benua Amerika yang begitu luas terbentang.

Akibat keterbukaan kaum Red Indian terhadap para pendatang asing tanpa izin itu, maka lama kelamaan, kaduk mula naik junjung dan ular lidi berubah menjadi naga!

Cuba hari ini pemerintah Malaysia cuba untuk menghalau sekelian pendatang asing tanpa izin yang sudah memenuhi maksud peri dan simpulan bahasa di atas?

Riuh rendah heboh seantero dunia nanti bahawa Kerajaan Malaysia ini begitu zalim dan kejam!

Siapakah mereka yang akan bersuara gegak gempita menuduh sebegitu?

Ingin saya memperingatkan bahawa golongan ini adalah di antara mereka yang pernah disanjung dan diberikan anugerah seribu satu penghormatan sebagai para pembesar negara, sasterawan negara dan di antara mereka yang di anugerahkan segala macam gelaran dan darjah oleh Sultan Sultan dan Raja Melayu itu sendiri yang kini menjadi mangsa keadaan, mahu disingkirkan para pencacai dan penderhaka terbabit!

Kalau kita masih di zaman kemasyhuran Kesultanan Melayu Melaka dahulu, senang sahaja beb. Sekali titah sahaja sudah terlaksana. Samada keris penyalang ataupun mata lembing para panglima istana akan menyudahkan kerja. Kini Kesultanan Melayu dihina dan dicerca sedemikian rupa. Walau kes di bawa ke mahkamah, sudah kerap kes dibuang dan sang penghina raja dilepas dan dibebaskan tanpa denda.

Hamba sudah sering menulis, meluahkan rasa duka dan kecewa terhadap kealpaan Sultan dan Raja tetapi nampak gaya bagaikan menuang air ke daun keladi; tidak berbekas dan semakin menjadi.

Usia senja memperingatkan diri bahawa jangan nanti dikatakan bahawa hamba Allah, warga bumi semenanjung ini tidak pernah bersuara memperingatkan semua agar jangan tiba nanti zaman dimana nasib Melayu Semenanjung Malaysia ini sama senasib Red Indian Amerika.

Mereka kini hidup merempat didalam kawasan yang boleh diperumpamakan sebagai tempat 'jin bertendang'. Di sisih dari pembangunan dan dibiar menjadi kaki botol dan penagih dadah. Maruah mereka dicemar dan diperkotakkatikkan pendatang asing tanpa izin yang kini berubah menjadi maharaja dan pemerintah ulung benua Amerika dan juga mengganas di seluruh pelusuk dunia selaku 'Sheriff of the world'.

Klik disini dan disini untuk membaca laporan oleh Christian Science Monitor sendiri tentang layanan buruk yang diterima kaum Red Indian Amerika Syarikat.

Adakah Melayu akan sadar akan nasib diri?

Lantaklah kata sebahagian mereka! Dunia ini ana yang empunya. 

'Islam UMNO hanya Islam plastik' kata Mursyidul Amnya. 

Melayu UMNO pula tak sadar sadar diri. Asyik bercakaran sesama mereka. Yang puak lagi satu hentam sajalah. 'Anything goes brudder!'

Akhir kalam. Hamba cuma boleh ungkapkan 'Que Sera Sera!'. Carilah sendiri akan apa maksudnya.

Tok Mamu dah bersuara. Terpulang pada semua yang berkenaan untuk mengambil iktibar untuk memulihkan keadaan atau macam kata orang Penang dan Utara " Mamu dah cerita! Hangpa nak lingkop kah atau nak berwaspada ..terpulang no.."

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullah!
Post a Comment