Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 H dari Mahaguru58!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahil Hamd!


Muslimin Muslimat sekelian.


Saya, Zainol Abideen @ Mahaguru58 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada para pembaca blog saya ini dengan harapan semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala menerima segala amal ibadat kita di Ramadhan yang baru berlalu dan mengampunkan kita dari segala dosa serta mensucikan kita zahir dan batin serta merahmati kita dengan segala kebaikan duniawi ini dan di akhirat nanti.


Saya menyusun jari sepuluh memohon maaf zahir dan batin daripada tuan puan sekiranya ada sebarang kekhilafan saya selama berblogging ini.


Mudah2an sekelian kita beroleh kejayaan didalam hari hari seterusnya dan berusaha menjadi Mukminin dan Mukminat yang di redhai Ar Rahman dan menjadi kebanggaan Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam.


Berusahalah untuk tidak mencemarkan diri yang baru selesai melalui penyucian didalam Ramadhan al Mubarak didalam meraikan Syawal nan Baraqah ini.


Jaga batas batas pergaulan masing masing dan bagi yang Muslimah, jaga aurat dan usah beriya-iya pula didalam menghias diri.


Berhati hati semasa memandu dan jangan dok gi main mercun bola atau nak jadi kreatif tak tentu arah!


Selamat berbahagia bersama keluarga tercinta dan sahabat handai rakan taulan masing masing!


Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahil Hamd!


Salam Aidilfitri dari Tok Mamu.



Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Post a Comment