Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, August 17, 2011

Soal bacaan Al Quran sebelum azan Suboh! Kes 'Lebih kuah dari sudu!'


Jika benci mendengar Al Qur'an dibacakan ; jangan berumah ditepian masjid!


Inilah sepatutnya saranan pihak pemerintah Kerajaan 'Negara Islam' Malaysia kepada mana mana pihak yang tidak senang dengan amalan pihak pentadbiran masjid masjid dan surau surau diseluruh negara kita ini!!!


Jika mahu di ikutkan hati, mahu saja Tok Mamu menyumpah laknat akan kecenderungan sesetengah pihak 'berkuasa' agama Islam untuk 'lebih kuah dari sudu' sejak kebelakangan ini, sanggup memberi muka kepada desakan desakan kuffar yang semakin lama semakin naik tocang di Mamluk al Malaisie ini!


Namun, dek kerana menghormati Ramadhan, makanya hasrat hati Tok Mamu terpaksa dikemam dan ditahan tahan!


Kenapakah begitu beriya sangat puak puak ini untuk menyekat dan menghadkan syiar Islam dikalangan masyarakat kita di Malaysia ini?


Kalau yang dok sakit hati mendengar ayat ayat suci Al Qur'anul Karim tu kaffir harbi harami laknatullah tu Tok Mamu tak kisah sangat tapi yang dok merenyam macam nak mampos tu pihak Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang?


Ni syeikh! Yang dok kalut nak sekat orang mengaji menenangkan jiwa jiwa yang dok raplah jingga kat Penang tu, pasai apa?


Hangpa nak jaga hati kapiaq kah atau hangpa saja nak tunjuk hangpa ni baguih sangat, prihatin tahap gaban lah konon?


'Couple couple' beragama Islam, berbangsa Melayu dan yang lain lain kat Penang tu saban malam dok tenggelam dalam kancah maksiat memanjang kat tepi tepi pantai Padang Kota, Gurney Drive, Waterfall, Tanjong Tokong, Tanjong Bungah, Batu Feringghi, Telok Bahang dsbnya hangpa tak kacau!


Hangpa boleh dok biaq 'belangkas' kat persisiran Pantai Seagate, takdak pulak tok syeikh ahlul agama rajin nak pi tangkap dan cegah no???


Pasai apa?


Dah tak dak kerja lain dah kot kat Penang tu sampai dok pi suloh kat masjid masjid dan surau , nak menyusahkan pihak pentadbiran rumah rumah Allah tu dengan sekat depa dok mengaji, memberikan peringatan pada anak anak kariah supaya bangun, mai solat berjamaah kat masjid dan surau depa!


Awatlah hangpa ni kamjat betoi???


Bila meninggai karang, nak orang angkat tangan bersyukor kah?


Akai pi mana syeikh?


Kalau dah benci sangat mendengar bacaan ayat ayat suci Al Quran Kalamullah tu, pindah lah jauh jauh dari kawasan berdekatan masjid!


Mamak mamak yang dok duduk kat area Queen Street dan King Street tak ada pulak dok komplen sekian lama ni tok sami kuil Sri Mariamman dok tarik tali membunyikan loceng tokong depa sejak zaman berzaman!


Jamaah dan anak kariah Masjid Melayu Acheen Street tak mengadu pun tokong Cina kat sebelah sana dok adakan upacara keagamaan depa sejak zaman Tok Nadoq lagi?


Yang Tok Mufti dengan Jawatankuasa Fatwa Penang dok raplah sangat pasai orang dok mengaji sebelum azan Subuh tu, toksah dok cari pasai!


Macam saya habaq di awal bicara ni, 'Jika benci mendengar Al Qur'an dibacakan ; jangan berumah ditepian masjid!


Pindah pi main jauh jauh! Lakum dinukum waliyadin!

Memang benarlah seperti sabda Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam bahawa di Akhirul Zaman ini, urusan umat Islam akan dipegang dan ditadbir oleh mereka yang terburuk dikalangan umat! Sadaqa Rasulullah!


Setakat nak harap pegang jawatan Mufti gitu gini tapi hidup menyusahkan ummat, tak payah dok 'eksyen' lah! Ada dengan takdak pun takdak beza apa apa pada kehidupan dan kemajuan ummat!


Jangan sampai kami naik menyampah meluat terhadap hangpa ni sampai terpaksa kami doa laknat pada semua yang terlibat pandai pandai nak menyekat amalan terpuji membacakan ayat ayat suci Al-Qur'an Al Karim memperingatkan anak anak kariah sekeliling masjid dan surau kami!!!


Dari dok jadi yakpursalam membuang masa dok pikiaq cari jalan nak memuaskan hati sang kaffir dan munafiq tu, pi lah ikhtiar berdakwah pada sesetengah anggota masyarakat yang semakin jauh dari amalan agama Islam nan maha suci!


Raplah Jingga betoi!!!
Post a Comment