Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, August 27, 2011

Tengku Adnan Tengku Mansor solat diperkarangan Masjid AsSyakirin KLCC

Tengku Adnan Tengku Mansor (4 dari kiri)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Saudara saudari Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat sekelian,


Semalam, saya berkesempatan menunaikan Solat Jumaat diluar Masjid As Syakirin, KLCC  . 


Saya terpaksa solat diluar masjid kerana terlalu ramai jamaah yang hadir sehingga melimpah ruah ke kawasan perkarangan masjid.


Hanya setelah sampai ke perkarangan masjid baru saya ketahui bahawa Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Duli Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, turut hadir di masjid tersebut untuk majlis perasmian selesai kerja kerja pengubahsuaian masjid tersebut.


Bilamana saya ke kawasan mengambil wudhu' ditepi masjid, saya ternampak kelibat bekas Menteri Pelancungan Malaysia  dan kini Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor duduk diatas tikar bersama sama para jamaah yang lain, mendengar khutbah yang dibacakan.

Kami saling berpandangan dan beliau mengangkat tangan menyambut pandangan saya itu serta menganggukkan kepala memaklumkan kehadiran saya. 


Sesudah mengambil wudhu' dan membaca do'a , saya menghampiri beliau dan menghulurkan tangan bersalam dengan beliau. Saya turut menghulurkan kad nama saya kepada Datuk Seri Tengku dan di sambut beliau dengan tersenyum seraya memasukkan kad nama saya kedalam kocek.


Didalam hati, saya mengucapkan syukur kepada Allah kerana seorang pembesar seperti Datuk Seri Tengku Adnan masih mahu duduk bersama sama kami rakyat jelata tanpa mempedulikan protokol.


Alhamdulillah!


Selalunya orang orang kaya dan berkedudukan tinggi didalam persada politik tanahair tak akan sudi duduk sama rendah dengan warga marhaen melainkan musim pilihanraya dan mereka akan berdrama swasta sekejap untuk memikat hati para pengundi.


Mudah2an sikap rendah diri ini akan terus di praktikkan oleh kesekelian ahlul politik tanahair tanpa mengira parti.


Insya Allah!
Post a Comment