Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, August 17, 2011

Ustaz Azhar Idrus ~ Takbir Ultraman dan sebagainya


Bagi tuan puan yang rasa 'tension' tak sudah sudah didalam bulan Ramadhan al Mubarak ni gara gara timbulnya bermacam soal dan masaalah angkara kaffir dan pencacai penyokong mereka yang menyamar jadi umat Islam tetapi sama sefikrah dan se-agenda dengan puak puak yang rajin benar membikin onar di Mamluk al Malaisie ni, molek le menonton sekejap video di atas buat penghilang 'stres' dan melegakan kepala otak anda.


Ustaz janggut segenggam ni memang 'fofular' sejak kebelakangan ini dengan cara beliau menyampaikan ilmu ilmu agama bersulamkan lawak jenaka yang membina dan relevan dengan kehidupan seharian kita semua.


Beliau memang pandai menasihatkan para jamaah hadirin majlis ceramahnya dengan memberikan panduan dan bimbingan kepada semua.


Dari soal ibubapa yang kurang ilmu agama dan tak berani nak menegur anak kepada soal cara cara takbir 'Ultraman' kepada takbir sangkut sangkut yang kadang kadang kita tengok berlaku kat sebelah sebelah kita semasa berdiri didalam saf, solat berjamaah kat masjid.


Memang lucu tetapi diwaktu yang sama terasa sakit hati bebenar! Dah tua kerepot, macam macam kelaku lah kita boleh tengok dalam masjid masjid dan surau kita hari ni.


Yang Ustaz Idrus dok cerita ni memang selalu berlaku. Dari tak masuk masuk 'zuuq' @ inline dalaman konon nak khusyuk, takbir tak sudah sudah! Memang geram dalam hati dan kekadang kita terpaksa memejamkan mata kita sendiri, cuba tumpu kat bacaan tok imam dan mencuba sedaya mungkin untuk tidak terganggu solat kita!


Kadang yang datang berdiri sebelah kita ada masaalah B.O. @ Body Odour. Tengik semacam membuatkan kita terpaksa menahan nafas atau bernafas ikut mulut sebab nak menahan diri dari loya. Ada pula geng jenis pakai minyak atar berdesiung punya kuat baunya sampai kita boleh naik pening!!!


Itupun di antara pengganggu solat. 


Ada pula kes kaki garu. Dari awal angkat takbir sampai ke salam, dia akan menggaru garu bagaikan ada kurap kelas 7 bintang membuatkan solat kita terganggu dan rasa tak puas.


Ada pula kes gangguan 'imam' echo. Tok Imam dok baca kat depan, maarof sintok kat sebelah kita pula akan dok ulang bacaan Tok Imam secara zahir, satu persatu. Naik mendidih taik telinga dok 'try' focus pada bacaan Tok Imam tetapi kawan kat sebelah, dok repeat macam 'echo'. Nak tuduh dia muda tak reti adab solat berjamaah, tengok lebih tua dari kita! 


Grrrr......nak buat macam mana? Tu bukan boleh tegor sembarangan beb. Mungkin ini salah satu contoh kejahilan mereka yang bersolat?


Silap haribulan dia akan meloncat, membuka langkah bersilat dalam masjid! Sapa nak layan???


Dan yang terkini, jenis yang tak reti nak tutup bunyi telefon bimbit masing masing dahulu sebelum solat! Kadang kadang ada kes orangnya tua dan nampak macam pak haji, waraq, dsbnya. Sekali keluar lagu 'Uptown Girl' dan sebagainya. Haru beb!!!


Walaupun Ustaz Azhar terkenal dengan cara lawak beliau menyampaikan ilmu ilmu agama cara dia, meneruskan usaha pendakwah seperti Ustaz Ismail Kamus, didalam dok melawak melawak tu ada isinya.


Yang elok jadikan pedoman, yang melawak buat hilang tension le beb!
Post a Comment