Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, September 18, 2011

Adab semasa Khutbah ke2 & Sesudah Solat Jumaat


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Saudara Muslimin dan Mukminin yang saya hormati.


Saya mengajak tuan tuan sidang pembaca blog saya ini menghayati nasihat dan pandangan dari Al Fadhil Ustaz Mohd Shukor bin Yusof yang telah sudi memberikan pendapat beliau tentang sikap sesetengah jamaah yang hadir Solat Jumaat tetapi tidak faham tentang adab semasa mendengar khutbah semasa Solat Jumaat dan sikap sebilangan besar dari mereka ini bingkas bangun pergi keluar meninggalkan masjid sebaik sahaja selesai Imam memberi salam mengakhiri rukun rukun Solat Jumaat!


Didalam Surah Al Jumu'ah Ayat ke 9 hingga ke 11, Allahu Ta'ala berfirman:


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang
62:9
Transliteration
Ya ayyuha allatheena amanooitha noodiya lissalati min yawmialjumuAAati fasAAaw ila thikri Allahiwatharoo albayAAa thalikum khayrun lakum in kuntumtaAAlamoon
Malay
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)
,

62:10
Transliteration
Fa-itha qudiyati assalatufantashiroo fee al-ardi wabtaghoo min fadliAllahi wathkuroo Allaha katheeranlaAAallakum tuflihoon
Malay
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)
.

62:11
Transliteration
Wa-itha raaw tijaratan awlahwan infaddoo ilayha watarakooka qa-imanqul ma AAinda Allahi khayrun mina allahwi wamina attijaratiwallahu khayru arraziqeen
Malay
Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad:" Pahala - balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.

Saudara seIslam dengan saya sekelian,


Saya faham jika ada di antara jamaah yang bingkas bangun pergi meninggalkan masjid itu ada urusan kerja yang perlu di sambung kerana mereka makan gaji dan peruntukan waktu solat Jumaat mereka itu termasuk waktu makan dan amatlah terhad.


Saya juga faham jika ada diantara yang terbabit itu terpaksa bergegas mengalihkan kenderaan mereka yang terpaksa mereka meletakkan menghalang kenderaan orang lain sebab mereka berebut untuk bersama menunaikan solat Jumaat dan terlambat ke masjid sekaligus tak dapat tempat untuk meletakkan kenderaan mereka dengan sempurna.


Namun sekiranya mereka tidak mempunyai darurat sedemikian, maka eloklah sekiranya dapat bersama sama mengaminkan do'a secara berjamaah dan mendapat manfaat dari kemuncak ibadah setiap minggu didalam bersolat Jumaat bersama jamaah yang lain.


Tak lama tara mana pun. Tak sampai 10 minit. Tertakluk kepada kelaziman masyarakat setempat. Jika ada masjid dimana mereka akan mengambil masa yang lebih lama sedikit dari kebiasaan, maka kita boleh faham akan keadaan terdesak jamaah yang terpaksa keluar masjid sebaik Tok Imam selesai memberi salam.


Apa apa pun, ini semua terpulang kepada kehendak masing masing sebab beramal ibadah ini urusan di antara seseorang dengan Khaliqnya.


Tetapi perlu di ambil kira akan natijahnya kepada kesinambungan penurunan ilmu ilmu dan adab didalam beragama Islam sesama anak kariah masing masing.


Jangan sampai ummat Muhammad Akhirul Zaman ini hanya beramal ibadat secara tangkap muat sahaja dan tidak faham akan intipati dan maksud disebalik setiap amal ibadat yang di tuntut didalam Syariat Islam.


Mudah2an peringatan ini di ambil sebagai nasihah dan bukannya sebagai kritikan semata mata. 


Ini Akhirul Zaman, tuan tuan. Jika tidak kita saling memperingati sesama kita, siapakah lagi diantara sebegini ramai umat manusia yang dok kalut dengan mengejar keperluan duniawi masing masing, mahu mengambil masa sedikit untuk menasihati yang terlepas pandang akan hal hal sebegini yang sedikit sebanyak akan menjejaskan kehidupan kita sebagai satu ummah yang mahu menjunjung kedaulatan Ad Deenul Islam kita?


Mudah2an tuan tuan dapat menyampaikan kepada sesama Muslimin yang lain.
Insya Allah.


Wabillahi Taufik Wal Hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Abdillah.
Post a Comment