Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, September 26, 2011

Akta Kebankrapan 1967 ~ Dato Sohaimi Shahadan meminta PM kaji semula



Kerajaan patut mengkaji semula Akta Kebangkrapan 1967 sepertimana di janjikan Timbalan Perdana Menteri yang dilaporkan oleh Berita Harian pada 24hb Julai 2010 :


Akta Kebankrapan akan dipinda untuk beri usahawan tulen peluang kedua: TPM

2010/07/24

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meminda Akta Kebankrapan 1967 bagi memberi peluang kedua kepada ahli perniagaan tulen yang jatuh muflis akibat faktor luar kawalan untuk kembali berniaga, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, di bawah peruntukan akta sedia ada situasi "once bankrupt, always a bankrupt" akan berlaku, dan ia menyebabkan ahli perniagaan berkenaan disenaraihitamkan.
Namun, katanya, peluang kedua itu tidak diberikan kepada semua ahli perniagaan yang muflis tetapi hanya kepada golongan usahawan tulen yang perlu melalui satu proses, hingga usaha dan kemampuannya membaiki kedudukan kewangan syarikat diyakini.
"Akta Kebankrapan akan dipinda, agar boleh memberikan ruang supaya mereka yang mahu berniaga yang 'genuine'. Dia bankrap kerana ekonomi jatuh, persaingan, dan sebab itu, kerana ekonomi sudah pulih balik, dia patut ada peluang kedua," katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawan Desa 2010 anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Stadium Bukit Jalil, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan meneliti dan mengkaji kenapa kes kebankrapan boleh terjadi, termasuk di kalangan usahawan muda supaya ia tidak menjadi satu trend yang tidak terkawal.

"Kajian akan dibuat untuk mengenal pasti punca kebankrapan itu sama ada disebabkan oleh kurangnya pengalaman maka syarikat mereka rugi ataupun mereka tidak berupaya membayar balik pinjaman dan seterusnya diisytiharkan bankrap," katanya.
 
Beliau juga menasihatkan pemilik kad kredit supaya merancang penggunaan kad itu dengan baik supaya tidak disalah guna ataupun terlebih guna hingga tidak mampu membayar balik. - BERNAMA 


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peringatan Dato Sohaimi Shahadan selaku Pengerusi Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan, Pemuda UMNO Malaysia ini amat bertepatan pada waktunya kerana sudah setahun lebih janji Tan Sri Muhyiddin Hj Yassin berlalu pergi tanpa tindakan oleh pihak Kerajaan Persekutuan.


Didalam kehidupan manusia, jatuh bangun didalam bidang perniagaan dan usaha mencari rezeki adalah lumrah.


Tidak sedikit di antara kita yang di tipu dan diperkudakan dengan pelbagai macam masaalah bukan di atas kehendak sendiri tetapi angkara durjana sesetengah pihak yang mengambil kesempatan dan menganiayai mereka yang menaruh kepercayaan keatas pihak pihak rakaniaga dan sebagainya.


Setiap orang yang jatuh bankrap ada kisah masing masing dan kerajaan hendaklah menyiasat setiap satu kes ini dengan seadil adilnya sebelum terus menyenaraihitamkan mereka.


Mana mana individu yang menjadi mangsa keadaan padahal dirinya adalah usahawan tulin hendaklah dibantu dan diberi peluang kedua untuk membina semula perniagaan dan usahaniaga mereka.


Permintaan dan peringatan Dato Sohaimi Shahadan perlu lah diberikan pertimbangan dan disusuli dengan tindakan yang sewajarnya oleh Kerajaan Malaysia.


Jika mereka yang jatuh muflis dibiarkan terus menderita, tidak dapat membina semula kehidupan mereka, lambat laun, negara juga yang akan menanggung natijahnya.


Siasat lah dengan terperinci dan jika didapati individu2 itu mangsa keadaan, maka bantulah mereka berdiri semula, membersihkan nama masing masing dan berusaha untuk membayar segala hutang piutang mereka pada mana mana pihak yang terbabit dan bimbing lah mereka menjadi rakyat Malaysia yang produktif dan berjaya setelah jatuh telungkup didalam perniagaan masing masing angkara pihak pihak yang tidak bertanggung jawab atau pecah amanah.

HADITS KETIGAPULUH ENAM
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِي اللهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :  مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِماً سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كاَنَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ. وَمَنْ سَلَكَ طَرِيْقاً يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْماً سَهَّلَ اللهُ بِهِ طَرِيْقاً إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوْتِ اللهِ يَتْلُوْنَ كِتَابَ اللهِ وَيَتَدَارَسُوْنَهُ بَيْنَهُمْ إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِيْنَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ، وَحَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيْمَنْ عِنْدَهُ، وَمَنْ بَطَأَ      فِي عَمَلِهِ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ
(رواه مسلم)

Terjemah hadits / ترجمة الحديث :
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Siapa yang menyelesaikan kesulitan seorang mu’min dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitannya hari kiamat. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya akan Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat dan siapa yang menutupi (aib) seorang muslim Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan akhirat. Allah selalu menolong hambanya selama hambanya menolong saudaranya. Siapa yang menempuh jalan untuk mendapatkan ilmu, akan Allah mudahkan baginya jalan ke syurga. Sebuah kaum yang berkumpul di salah satu rumah Allah membaca kitab-kitab Allah dan mempelajarinya di antara mereka, niscaya akan diturunkan kepada mereka ketenangan dan dilimpahkan kepada mereka rahmat, dan mereka dikelilingi malaikat serta Allah sebut-sebut mereka kepada makhluk disisi-Nya. Dan siapa  yang lambat amalnya, hal itu tidak akan dipercepat oleh nasabnya.
(Riwayat Muslim)



Hadith Nabi di atas menganjurkan kita membantu saudara kita yang susah. Barangsiapa yang membantu saudara seIslam dengan nya keluar dari keadaan yang menyulitkan, maka Allah akan mengeluarkan ia dari kesusahan pada Hari Kebangkitan @ Yaum al Qiyamah.


Barangsiapa yang melindungi saudaranya dari keaiban, maka Allah akan melindungi dirinya dari terdedah keaiban sendiri pada Hari Kebangkitan @ Hari Qiyamat.


Mudah2an diambil kira akan peringatan ini oleh mereka yang memegang kuasa hari ini di Mamluk al Malaisie kerana akan datangnya nanti hari dimana hanya Yang Maha Berkuasa akan mengadili kita semua dan mengambil kira akan apa yang kita lakukan hari ini didalam soal bantu membantu didalam perkara kebajikan dan bersatu menentang kemungkaran.

Post a Comment