Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, September 20, 2011

Bahasa dan budaya Melayu kini semakin dicintai dunia Barat! Bukti2nya...


Memang benar bahawa sekarang ini semakin ramai orang orang dari dunia barat yang sedang jatuh cinta dengan bahasa dan budaya Melayu!


Fenomena ini semakin terserlah didalam laman rangkaian terbesar video sedunia yakni di You Tube.


Penyanyi Barat dari UK @ Bonnie Freechyld ternyata amat menggemari bahasa dan budaya Melayu sehingga beliau sering memuatnaikkan rakaman video nyanyian lagu lagu Melayu dari negara kita ke akaun You Tube beliau.


Saksikan ia beraksi dengan lagu Man Bai 'Kau Ilhamku':

Begitu juga di negara bekas komunis Russia. Orang orang Russia semakin galak mempelajari bahasa dan budaya Melayu. Saksikan lah buktinya:

Meremang bulu roma menyaksikan fenomena ini. Menitis airmataku melihat dengan mata kepala ku sendiri dan mendengar mereka bertutur dan malah menyanyikan lagu klasik ' Gurindam Jiwa' dengan sebegitu merdu dan asyik sekali!


Setiap tahun semakin ramai peserta antarabangsa datang ke negara kita mengambil bahagian didalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri.




Ini bukti bahawa bahasa Melayu sebenarnya mempunyai nilai nilai dan tarikannya tersendiri. Penuh dengan kekayaan seni dan sastera. Keindahan bahasa dan budaya Melayu semakin dihayati dunia barat tetapi didalam negara kita sendiri ada segelintir Melayu yang lupa diri.


Mereka mencelupkan rambut hitam menjadi kuning dan melekapkan kanta mata berwarna biru dan hijau menutupi anugerah Ilahi! Inilah dia golongan 'kacang melupakan kulit' yang perasan diri masing masing sebagai Mat dan Minah Salleh! Rambut 'blond', mata biru tetapi bontot masing masing tetap coklat! :P


Kena pula dengan adanya segelintir guru yang berterabur penguasaan Bahasa Inggeris mereka tetapi berdebus juga nak bertutur macam enjin motobot sangkut keluar entah apa apa percakapan mereka dengan murid?
Saya harap golongan ini akan sedar diri dan kembali ke pangkal jalan. Tak payahlah bersusah payah mengubah diri menjadi sesuatu yang tak asli. 


Orang barat semakin ramai yang mahu mempelajari dan menghidupkan bahasa dan budaya Melayu didalam kehidupan seharian mereka! Tak sedar diri di untung ke Melayu serumpun Nusantara?


Bahkan ada pula kumpulan rock Jerman menyanyikan semula lagu lagu kumpulan muzik rock Melayu Singapura 'The Unwanted' Masih ada Rindu dan memuatnaik ke You Tube!

Kumpulan Rock Jerman 'Dark Sky' beraksi pula dengan lagu yang sama dibawah:

Orang orang berusia senja dari Barat turut meraikan bahasa dan budaya Melayu seperti terbukti didalam video berikut. Raymond Crooke ternyata amat mencintai lagu lagu Melayu dan Indonesia lama. Beliau berjaya menyanyikan lagu lagu klasik P.Ramlee, Sudirman Hj Arshad dan lain lain lagi dengan baik sekali.






Bahasa Jiwa Bangsa. Namun tak semua yang mahu menghayatinya di tanahair ini. Kekadang sakit hati bila berhadapan dengan sesama warga yang nama sahaja lahir di Malaysia tetapi tak mampu bertutur didalam Bahasa Melayu sepatah haram pun!


Jangan sampai ada yang kena tempelak dengan Dato Seri Dr Rais Yatim seperti wartawan The Star kena :

Percuma je kena 'chamdet' dengan Dato Rais! Sedangkan Mat Bangla yang datang mencari makan kat sini boleh menguasai Bahasa Kebangsaan kita dengan sebegitu fasih dan ada pula yang mampu menyampaikannya didalam bentuk lagu!


Tak percaya?


Saksikan lah Saleem versi Bangla :

Melayu yang perasan Mat atau Minah Salleh bawa bawalah kembali ke jatidiri sendiri!
Satu dunia dok belajar Bahasa dan Budaya Melayu cheq oi! Hendak seribu daya! Tak hendak seribu daleh! Tak leh pakai! Hampeh!


Malaysia Boleh ma?

Post a Comment