Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, September 27, 2011

Hudud Allah ~ Sistem Kehakiman Syariah Malaysia - amat jauh berbeza!!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Saudara seIslam sekelian.


Hari ini soal Pelaksanaan Undang2 Syariah Hudud Allahu Ta'ala kembali menjadi tajuk perbincangan dan juga diperlekehkan oleh satu satunya akhbar milik mutlak orang orang yang mengaku berbangsa Melayu dan turut beragama Islam tetapi cara mereka mengendalikan soal ini bagaikan serupa dengan cara orang orang kaffir harbi mempersendakan kesyumulan Ad Deenul Islam!




Ramai yang salah tafsir bila membaca reaksi saya terhadap keceluparan mesej kartun yang dilukis oleh 'miki' dan diterbitkan oleh Utusan Malaysia semalam Isnin 26hb September 2011 bersamaan 28hb Syawal 1432 Hijrah. Bilangan 229 Tahun ke 46 PP362/12/2011 (026930). Satu satunya akhbar yang dimiliki kononnya oleh orang orang Melayu yang mengaku beragama Islam!


Islam aliran mana saya belum pasti lagi tetapi sudah tentu bukannya Islam menurut kefahaman dan amalan ahlul Sunnah Wal Jamaah kerana perbuatan mempersendakan Hukum Hudud Allah walaupun secara sindir pesan terhadap musuh mereka paling utama yakni Nik Aziz, Menteri Besar Negeri Kelantan Darul Naim menunjukkan bahawa mereka ini masih belum faham akan hukum hakam Islam sebenar berdasarkan Al Quranul Karim dan Hadith2 sahih Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam.


Saya sendiri pun bukanlah penyokong tegar Nik Aziz sekian lama ini dan pernah menulis bahawa perpaduan ummah dalam negara ini mungkin berlaku hanya bila Nik Aziz sudah tiada didalam dunia ini? Wallahu'alam.


Tetapi didalam soal kartun kurang ajar di atas, saya tidak boleh menerima penghinaan yang dilakukan oleh kartunis terbabit dan ketua pengarang Utusan Malaysia yang membenarkan dan meluluskan penerbitan sedemikian!


Tidak sama sekali.


Jika seluruh dunia umat Islam boleh berasa tersinggung dan amarah terhadap penerbitan kartun2 pelukis2 Denmark yang menghina Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam, saya ingin bertanya apakah penghinaan secara terbuka oleh kartunis Utusan Malaysia terhadap Perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala ini tidak membangkitkan amarah anda selaku seorang Muslim???


Apa dah jadi dengan akidah umat Islam Malaysia ini?


Sudah tidak peka lagi dengan penghinaan demi penghinaan yang dilakukan baik oleh orang orang kaffir harbi mahupun oleh mereka yang berlabel Islam tetapi amal perbuatan mereka serupa sahaja didalam memperlekehkan Islam?


Jangan lah lupa bahawa Hukum Hudud Allah ini bukannya dari ciptaan mana mana manusia!


Ianya adalah Perintah2 Allahu Ta'ala, Tuhan Semesta Alam, Tuhan yang Maha Pencipta, Maha Agong dan Maha Bijaksana lagi Maha Adil serta Maha Saksama!


Janganlah kerana perbezaan kefahaman politik duniawi, ada dikalangan Muslim Malaysia semberono sahaja memperlecehkan Hukum Hudud Allahu Ta'ala dengan mengaitkan Nik Aziz semata mata?


Nik Aziz tu cuma seorang manusia biasa, sama seperti kita semua. Bila sampai waktunya akan ia mati, meninggalkan kehidupan dunia yang fana ini sama seperti kita juga.


Hudud adalah Sistem Kehakiman dari Allah yang Maha Sempurna.


Bila manusia biasa cuba memandai mandai meminda dan mentafsir sistem perundangan seperti dibawah ini maka syariah itu menjadi pincang dan tidak dapat menyelesaikan masaalah jenayah dikalangan masyarakat kita.


Cuba tengok perbezaan ketara di antara apa yang di perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan apa pula yang diilhamkan manusia mengikut akal singkat mereka?


Sumberhttp://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/Federal_Updated.nsf/b3ac9c218c8efdc4482568310022d8b3/c118838525602ecc482572dd0018d8b7?OpenDocument



AKTA 355
AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) 1965 (DISEMAK - 1988)


Seksyen 2. Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah.

Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis: 
Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.
--------------------------------------------------------------------------------------------


Manakala Hukum Hudud Allah menetapkan bahawa beberapa jenayah tertentu seperti:

  1. Berzina
  2. Menuduh orang berzina
  3. Meminum arak
  4. Mencuri
  5. Merompak / Menyamun
  6. Bughah (Tidak Taat terhadap Khalifah Muslimin)
  7. Riddah (Murtad)
  8. Meninggalkan Sembahyang
ada hukuman2 yang wajib dijalankan oleh pemerintah yang Muslim tertakluk kepada bukti bukti dan keadaan keadaan tertentu yang mensabitkan sipelaku dengan jenayah itu. 

Hukuman Hudud hanya boleh dijalankan keatas pesalah yang terbukti benar benar bersalah dan jenayah itu dilakukan diatas kehendak sendiri tanpa sebarang paksaan atau keadaan yang memaksa ia atau sekumpulan terbabit.

Insya Allah, akan saya siarkan tentang Kitab Hudud Allah selepas ini dengan lengkap didalam Bahasa Melayu dan Inggeris untuk kajian setiap pembaca yang mahu mengetahuinya.

Sistem Kehakiman 'Syariah' didalam Malaysia ini tidak mengikut apa yang diperintah Allah didalam ertikata sebenar benarnya.

Itulah sebabnya kenapa ada dikalangan kita yang buat kerja kerja 'ba alif ngang' seperti di atas ini dengan ikut sesuka hati bingai masing masing!

Mudah2an dengan penerbitan tentang apa kah dia yang terkandung didalam Kitab Hudud Allah itu nanti dapat membantu semua yang mahu mengetahui akan perbezaan diantara hukum yang diturunkan Allahu Ta'ala itu sendiri dengan apa yang dirumuskan mengikut kepala otak manusia biasa yang berkepentingan?

Tak sama brader! Hukum Tuhan dengan Hukum manusia Cap Ayam memang jauh berbeza!

Nantikan penerbitannya selepas ini. Insya Allah.
Post a Comment