Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, September 23, 2011

Hukum Hudud itu Perintah Allah! Setiap Muslim wajib taat dan akur padanya!



Bismillahirrahmanirrahim!
Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang!


Hukum Hudud adalah perintah Allahu Ta'ala, Tuhan Semesta Alam yang Maha Adil dan Maha Bijaksana, Maha Pencipta dan Ia Maha Mengetahui akan segala sesuatu merangkumi sekelian alam, baik yang zahir mahupun yang batin!


Tidak ada kuasa selain dari Allahu Rabbul Alamin!


Dewasa ini sudah kembali semula diperbicarakan samada Hukum Hudud Allah ini sesuai ke tidak dilaksanakan didalam negara ini @ Mamluk al Malaisie oleh mereka yang kononnya adalah pemerintah Muslim dan berkuasa ke atas segala urusan manusia yang hidup bernaung sementara baik di Semenanjung Tanah Melayu ini mahupun di Sabah dan Sarawak!


Terus terang saya katakan disini bahawa barangsiapa yang berperanan selaku seorang pemerintah dikalangan manusia yang mengaku dirinya beriman dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebagai hambaNya dan bersumpah bahawa Nabi Muhammad ibni Abdullah Sallalahu Alaihi Wassallam adalah Rasul Allahu Ta'ala yang Teragung dan Terakhir diutuskan kepada sekelian alam, maka wajib keatasnya menunaikan tugas dan tanggungjawabnya selaku Khalifah Allahu Rabbi untuk menegakkan Hudud Allah tanpa sebarang alasan lagi!!!


Terlaknatlah keatas sesiapa sahaja pemerintah dikalangan orang orang Islam yang cuba untuk memperlekehkan atau menghalang pelaksanaan Hukum Hudud Allah tak kiralah samada ianya bergelar seorang Sultan atau Perdana Menteri apatah lagi jika ianya bergelar sebagai KETUA AGAMA ISLAM tetapi pada hakikatnya TIDAK ADA SEDIKIT PUN HASRAT untuk melaksanakan tugas yang teramat penting selama berkuasa ke atas hal ehwal agama Islam sesebuah negeri atau negara dimana penduduknya beragama Islam!!!


Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman didalam Surah An Nur ayat ke 2 :



24:2
Transliteration
Azzaniyatu wazzaneefajlidoo kulla wahidin minhuma mi-atajaldatin wala ta/khuthkum bihima ra/fatunfee deeni Allahi in kuntum tu/minoona billahiwalyawmi al-akhiri walyashhad AAathabahumata-ifatun mina almu/mineen
Sahih International
The [unmarried] woman or [unmarried] man found guilty of sexual intercourse - lash each one of them with a hundred lashes, and do not be taken by pity for them in the religion of Allah , if you should believe in Allah and the Last Day. And let a group of the believers witness their punishment.
Malay
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
Mahu saya bertanya kepada pemerintah Kerajaan Malaysia sekarang terutamanya kepada Ketua Agama Islam, Perdana Menteri dan Timbalannya : 


" Apakah saudara sekelian hamba Allah Subhanahu Wa Ta'ala atau hamba entiti yang lain?"


Jika tuan tuan mengaku diri sebagai hamba Allahu Ta'ala serta umat Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam, maka jangan berdolak dalih lagi!


Tegakkan segala Hukum2 Hudud Allah didalam ertikata sebenar benarnya dan berhentilah berdrama swasta dengan seribu satu alasan tuan tuan bahawa Hukum Hudud Allah tak sesuai untuk dilaksanakan didalam negara kita ini?


Janganlah anda sekelian cuba untuk memberi apa apa alasan lagi kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil didalam membimbing kita untuk hidup berlandaskan Undang2 Syariah yang Ia Sendiri mewahyukan kepada Junjungan Kita Muhammad Khataman Nabiyyi Sayyidul Mursalin Rahmatulil Alamin untuk dijadikan teras kehidupan kita baik di dunia yang fana ini mahupun di Yaum al Akhirat nanti?


Apakah alasan tuan tuan melengah lengahkan pelaksanaan Perintah Allah dimuka bumi ini?


Apakah tuan tuan secara tak langsong menyatakan bahawa Undang Undang Islam tidak adil kepada sekelian manusia tak kira samada ianya orang Islam ataupun kaffir?


Sudah lama Tok Mamu peringatkan kepada Ulul Amri negara yang kononnya Negara Islam ini supaya jangan main main dengan Perintah Allah!


Apakah tuan tuan semua mahu bala dan bencana menimpa tanahair kita didalam bentuk yang lebih dahsyat nanti?


Sekarang inipun segala macam kemelut masyarakat setempat sedang bergelumang didalam kancah maksiat sehingga negeri 'Serambi Mekkah' pun tercatat kes penyakit HIV tertinggi dalam negara kita ini?


Diri kita semua ini hidup di antara 5 waktu syeikh! Bila bila masa Malaikatul Maut kan datang menjemput! 


Kita sempat solat Subuh tadi. Tak ada jaminan bahawa kita akan dapat menunaikan Solat Jumaat sekejap lagi dan kemudian nya Solat Asar, lepas tu Maghrib dan sesudah itu `Isya!



Masih mahu berdolak dalih lagi?


Jangan dok sembang merapu lagi syeikh!


TPM kata Malaysia belum sedia lagi. Nak tunggu sampai bila syeikh?


Sampai ajal kamu sampai kat kerongkong ke?


Jangan dok sembang deraih beb! Hidup matinya kita ini di atas Ihsan Allah bukan makhluk! 


Laksanakan Perintah Allah. Bagi pihak diri saya ini sudah lama merindukan hidup di payungi Syariah Allah. 


Tunaikanlah tanggungjawab tuan tuan semua. Tegakkan Islam nescaya Malaysia akan selamat!


Percayalah!
Post a Comment