Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, September 09, 2011

Jahil Jumaat ~ Islam sekadar ikut ikutan

Berapa ramaikah dikalangan pegawai pegawai agama di dalam negara ini yang memakan gaji buta setiap bulan?


Bagi anda yang mempunyai statistik akan jumlah mereka ini cuba buat semakan!


Kenapakah Tok Mamu berkata begitu?


Iyolah!


Setiap kali bersolat Jumaat, sebaik selesai sahaja Tok Imam memberi salam, maka maarof maarof sintok ni tak kira le yang berserban berjanggut sejemput mahupun segenggam atau yang jenis tak ada kawalan terbiar berserabai langsung mengalahkan Taliban kat Afghanistan atau yang dah terang terang jenis 'Muslim Jumaat' akan bingkas bangun bagaikan sudah hendak 'terkucil', semberono keluar berpusu pusu mencari pintu masjid!


Iye! Hero hero ni akan bersegera beredar keluar dari masjid sebaik sahaja Tok Imam selesai memberi salam.


Tak adanya berhenti untuk berzikir serangkap dua, mengaminkan doa2 yang menyusul tak le lambat tara mana!


Tak sampai 3 minit pun Tok Imam membaca wirid2 sesudah solat.


Tetapi puak puak 'Jahil Jumaat' ini akan bergegas keluar macam bini kat rumah sudah hendak beranak atau rumahnya sudah mula terbakar!


Yang saya kata pegawai pegawai agama didalam negara ini makan gaji buta adalah disebabkan sekian lama saya dok hidup kat bumi Malaysia ini belum pernah lagi saya menyaksikan mana mana pegawai pegawai masjid baik yang dilantik oleh kerajaan negeri mahupun hak yang persekutuan berusaha mentarbiyyah puak puak 'Jahil Jumaat' ini untuk menghayati erti dan maksud diperintahnya Allahu Ta'ala akan kita yang mengaku diri sebagai Muslim ini untuk berkumpul, bersatu duduk mendengar akan isi khutbah yang disampaikan kemudiannya untuk bersolat Jumaat bersama sama kemudiannya duduk sekejap berwirid dan mengaminkan doa yang dibaca Tok Imam masjid mahupun surau!!!


Namun sehingga ke Jumaat tadi, saya perhatikan sama sahaja. Tak kiralah samada di mana mana negeri kat Semenanjung ini, kebiasaan 'Jahil2 Jumaat' ini sama sahaja.


Tarbiyyah lah macam mana pun ; perangai golongan ini tetap sama.


Tak kiralah yang datang pakai serban tujuh lilit ke, atau ketayap zaman Tok Nadoq, mahupun yang serkop songkok Acheh mahupun hak Melayu baru tinggi sekaki lebih, gaya gaya samdol ni semua sama.


Tak ada peluang ke untuk 'Jahil Jumaat' ini berubah?


Tak ke mereka tahu atau diperingatkan bahawa Hari Kiamat itu bakal berlaku pada hari Jumaat?


Tak kecut segala benda ke mengetahui bahawa hari Jumaat seperti ini lah kelak akan menyaksikan gunung gunung beterbangan?


Tak pernah ke hero hero 'lipas kudung' ni baca akan tafsiran Surah Surah didalam Al Qur'anul Karim bahawa setiap Jumaat itu bakal menyaksikan janji Allah seperti di terangkan didalam Surah Al Qari'ah :





101:1
Transliteration
AlqariAAa
Sahih International
The Striking Calamity -
Malay
Hari yang menggemparkan,

101:2
Transliteration
Ma alqariAAa
Sahih International
What is the Striking Calamity?
Malay
Apa dia hari yang menggemparkan itu?

101:3
Transliteration
Wama adraka ma alqariAAa
Sahih International
And what can make you know what is the Striking Calamity?
Malay
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? -

101:4
Transliteration
Yawma yakoonu annasu kalfarashialmabthooth
Sahih International
It is the Day when people will be like moths, dispersed,
Malay
(Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,

101:5
Transliteration
Watakoonu aljibalu kalAAihnialmanfoosh
Sahih International
And the mountains will be like wool, fluffed up.
Malay
Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.

101:6
Transliteration
Faamma man thaqulat mawazeenuh
Sahih International
Then as for one whose scales are heavy [with good deeds],
Malay
Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, -
101:7
Transliteration
Fahuwa fee AAeeshatin radiya
Sahih International
He will be in a pleasant life.
Malay
Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang.
101:8
Transliteration
Waamma man khaffat mawazeenuh
Sahih International
But as for one whose scales are light,
Malay
Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, -
101:9
Transliteration
Faommuhu hawiya
Sahih International
His refuge will be an abyss.
Malay
Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah"
101:10
Transliteration
Wama adraka ma hiya
Sahih International
And what can make you know what that is?
Malay
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu?
101:11
Transliteration
Narun hamiya
Sahih International
It is a Fire, intensely hot.
Malay
(Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar.



Puak puak ni selamba derk je keluar semberono tak mempedulikan sunnah Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam dan tertib Jumaat!


Jangan persalahkan Allahu Ta'ala bilamana Jumaat akan datang mungkin Jumaat yang dikatakan itu sebagai hari dimana segala nikmat dunia ini dan kemegahan manusia akan hancur lebur hilang bagaikan debu debu beterbangan di udara?


Ketika itu apakah anda akan kalut kelam kabut nak keluar masjid dan surau juga?


Bawa bawalah beringat wahai saudara sesama Islam denganku. Hayatilah setiap saat dan detik yang masih ada didalam peruntukan nafas yang masih Allah Subhanahu Wa Ta'ala berikan pada kita!


Apakah Akhirul Qalam kita? Akhirul Amal kita? Adakah pernah kita mahu memikirkannya? Tak kiralah kita ini siapa?


Kita belum tentu akan selamat dari kekalutan Qiyamat nanti!
Post a Comment