Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, September 03, 2011

Khurafat Stesen2 TV di Aidil Fitri semakin menggila sepanjang Syawal ini!!!

Assalamualaikum.


Adakah tuan puan sesama Muslim dengan saya, sedar akan kecenderungan pihak media terutamanya stesen stesen TV baik RTM (TV1, TV2), TV3, Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Oasis(106) NTV7, 8TV, TV9 dan segala apa sahaja asyik bersaing sesama sendiri untuk menayangkan program program yang sebenarnya lebih banyak memusnahkan pahala pahala hasil dari sebulan beribadah sepanjang Ramadhan dengan kegilaan stesen stesen berkenaan untuk berpesta pora sepanjang Syawal?


Saya jadi pelik kenapakah tak ada sebarang pencegahan oleh pihak berkuasa agama untuk membanteras maksiat mata dan telinga serta pemerkosaan minda yang dilakukan oleh stesen stesen media tv haprak negara ini?


RTM adalah stesen tv kerajaan Malaysia tetapi para pengacara tvnya masih jahil tahap gaban terus muncul dengan fesyen rambut rambut karan mereka terdedah kepada pandangan seluruh negara.


Menteri Penerangan memang tak akan mampu berbuat apa sebab orang rumahnya pun rambut sama terdedah macam jambul singa Afrika!


Jadi Tok Mamu memang dah lama 'give up' nak tengok perubahan dari situ.


Sama juga dengan menaruh sebarang harapan dari JPM. Hak tu pun kena penyakit yang sama. Dia termasuk kes silap buka mulut, kena jerkah dengan hak 'sama spesis' macam singa Afrika kot belah situ.


Nak harap 'Ketua Agama Islam' Negara bersuara tentang bab maksiat dan khurafat dari siaran siaran stesen tv negara ibarat menunggu kucing bertanduk.


Jangan dok haraplah pula sekelian 'ulamak ulamak' dalam negara bersuara tentang bab ini sebab masing masing dok ghairah nak muncul dalam 'forum forum' perdana anjuran stesen stesen tv berkenaan?


Silap 'sound' sorru miss atau takde peluang le 'muka' nak keluar kot tv, ye?


Makanya berpesta pora lah 1Malaysia sepanjang Syawal!


Puasa Ramadhan sebulan hancoq musnah dengan 'Mari Menari AidilFitri', Konsert Mega Raya Aidil Fitri, Pesta Ria yang tu yang ini dan segala tok nenek program hiburan sepanjang Syawal, .....


Siapa peduli?


Takde beb!


No one gives a damn!!!


Malaysia Boleh!......Lingkop macam ini!!!
Post a Comment