Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, September 23, 2011

Mamat Khalid ~ Penampar siber pada Namewee ~ Harami #1 Malaysia


BANGSAT PENGARAH MELAYU NI KAN MAT?

Sedari mula aku mula mengarah hinggalah ke hari aku merasakan letihnya mengarah, dunia perfileman adalah alam yang aku sanjung dan sayang. 


Segala perihal kepentingan dunia ini aku tampung dan ampu bagai mendokong anak bongsu puteri bunian. 


Aku mahu dunia perfileman Melayu harus megah dan disanjungi pembikinannya. 


Aku mahu filem dan drama Melayu tinggi martabat sumbangannya pada bangsa dan negara.
Bukan aku seorang. Ramai pengarah-pengarah yang lain mempunyai niat dan rasa tanggungjawab yang sama di dalam pembikinan sesebuah karya itu. 


Filem-filem Uwei Hj Shaari memperceritakan budaya Melayu dalam setiap adaptasi penceritaannya. Erma dengan persoalan berat wanita Melayunya. Aziz M Osman juga di dalam filem terbaru Azura nya mengangkat budaya Melayu hingga membuat penggambaran ke luar negara. 


Soal bangsa adalah keramat besar kami kerana itu adalah akar yang mencengkam bumi menahan langit yang dijunjung.
Apabila isu perkauman dimainkan oleh beberapa pengarah muda yang mulia di mata sesetengah masyarakat menduga akan isu perkauman dengan sengaja dengan hasilkerja mereka, aku mula gusar. 


Aku mula gusar dengan masyarakat itu sendiri. Mengapa seorang yang terang-terang menghina akar melayu aku di bumi Melayu aku ini di angkat hero dan layak berjumpa menteri minta diberi pertolongan di dalam karya yang kononnya menyokong integerasi kaum.

Bangsa Melayu sendiri melompat memberi kata semangat dan memuji kebagusan sipolan membuat filem dengan membayar tiket masuk bergasak menyokong filem yang 'lebih elok dari filem melayu biasa' itu. 


Aku tidak irihati dengan karya beliau. Malah mereka Melayu yang terlibat di dalam filem itu pun bukannya aku peduli akan niat mereka. 


Yang menjadikan kepala aku bengkak adalah dengan sokongan sesetengah manusia Melayu yang ingin mengangkat kerja manusia yang terang-terang bencikan bangsa aku. 
Di arak dan di beri penghormatan tahap menteri kerjanya itu. 


Kami yang terus menerus mendokong rasa hormat kepada kedaulatan bangsa-bangsa dibumi ini tidak pernah mendapat layanan sebegitu baldu hamparannya.

Aku ingat lagi akan hari rakyat Malaysia dikejutkan dengan video negarakuku nya yang menghina kedaulatan negara dan bangsa aku. 


Masih segar lagi peluh marah di hujung dahi aku ketika mula-mula aku menontonnya. Dan kini beliau hero? Kini beliau layak berjumpa Datuk Seri Perdana Menteri?

Gusar aku dengan masyarakat aku yang terlalu terdesak untuk menjadi ayam tambatan hingga sanggup mengangkat golongan bangsat menjadi ikon negara. Golongan komunis menjadi hero kemerdekaan. Memusing cerita aku tiada pernah dijajah atas inginkan diri dikenali ramai.

Adakah masyarakat kita kian lupa dengan maruah bangsa dan harapan anakcucu kita yang semakin rapuh dimakan dunia penuh pluralism ini? 


Adakah masyarakat kita sanggup menggadai hingga ke kain dalaman semata-mata untuk mendapat ereksi sementara tidak memperdulikan masa depan anakbangsa yang kian hanyut dikelabui mata dengan pandangan integrasi milik bangsa yang lain?

Aku dengan besar hatinya mengalukan perpaduan dengan filem aku namun bukan pujian atau sokongan yang aku dapat.


Aku telan semua itu kerana aku inginkan filem yang bermaruah terhadap bangsa aku. Dan bukan filem itu menjadi penyebab ramai yang mendekati dengan karya aku. 


Ianya hilang ditelan masa dan demi masa aku akur dan harus meneruskan perjuangan dengan kerja-kerja yang lain. Dan kini aku dapati kerja yang jijik, yang menaikkan rasa benci terhadap sesebuah kaum itu rupanya boleh menjadi ikon dan hero pengarahnya!

Adakah aku tidak cukup bangsat untuk mendapat tempat setaraf sipolan?


Mahukan Perdana Menteri berjumpa aku jika aku menyanyi 'gua mau jumpa lu' berulang kali di youtube? 


Kalau mahu boleh la aku memuat naik nyanyian bangsat aku ke halaman itu agar setaraf aku beratur berjumpa menteri.

Bongkaknya entry aku kali ini adalah cermin bongkaknya hati aku yang tidak cukup bangsat untuk menjadi pengarah yang berjaya memperdayakan masyarakat aku dengan pembikinan filem yang dapat mensucikan segala dosa terhadap bangsa dan negara aku.

Apa la Mat! Itu pun mau sensitip. Biarla! Masing-masing pun mau hidup ma! 


Dan aku mahu anak cucu aku terus hidup dengan megah bangsa bermaruah.



Sumber : http://tempurungpecah.blogspot.com/2011/09/bangsat-pengarah-melayu-ni-kan-mat.html
____________________________________________________________________________


Demikianlah luahan hati salah seorang pengarah filem tersohor tanahair ini yang ikhlas mempersoalkan kenapa pucuk pimpinan negara ini begitu samdol ba alif ngang kelas tahap gaban nak mampos lorat sangat nak melayan harami # 1 Malaysia, si keparat yang celupar tahap tak ada kelas langsong @ Wee Meng Chee ~ Namewee?


Apakah Perdana Menteri yang dok ada ni memang bingai sebegitu sekali sampai tak reti nak membezakan diantara melayan rakyat yang berhak dengan bangsat paling tak guna kat Mamluk al Malaisie ini?


Begitu juga dengan si Nazri yang dok jaga hal ehwal Parlimen. Segala protokol Parlimen Malaysia dibakul sampahkan kerna melayan seorang iblis berbentuk manusia!


Daku malu mempunyai mereka yang bingai dan samdol ini sebagai ketua ketua kerajaan di tanahair ini.


Andai Jebat masih hidup di zaman ini, mahu gamaknya ia merodok mereka ini dengan keris nya dan memenggalkan kepala sekelian pengkhianat bumi Tanah Melayu ini supaya keadilan dapat ditegakkan?


Namun, apakan daya?


Melayu sibuk berperang, berhasad dengki sesama sendiri dan melayan kerenah haramjadah seperti musibat Namewee tersebut!


Itu mujur Mamat Khalid. Kalau Datok Khalid Yunos, mahu berkecai gugur kebumi segala batang gigi harami tu?


Apakah akan sadar Melayu Melayu ba alif ngang ini atau sudah bermula kah kini zaman kejatuhan Melayu untuk sekian kalinya?


Nampak gaya macam tu lah! Alahai Melayu...


Kata tua kata bermanfaat,
       Banyak manfaat dapat dirasa,
Hina bangsa tiada muafakat,
       Tidak muafakat umat binasa!


Kata tua kata peneduh,
       Peneduh nafsu angkara murka,
Hina bangsa gila bergaduh,
       Gaduh itu pangkal celaka! 


Kata tua kata berpunca,
       Punca melekat pada akidah,
Hina bangsa kerana loba,
         Loba pangkat gila berbantah!


Insaf lah wahai pemimpin2 Melayu!
Post a Comment