Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, September 08, 2011

Menangisi Murtad dan Zakat ~ Ketua2 Agama Islam harus bertanggungjawab!


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin
MENANGISI MURTAD DAN ZAKAT
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Minggu lepas saya dan beberapa orang sahabat pergi menemui salah seorang dari 12 individu yang dikaitkan dengan isu murtad baru-baru ini. Dia seorang janda yang mempunyai tiga orang anak. Usianya masih muda. Latar pendidikannya saya rasa ‘amat sederhana’. 
Saya tidak pergi untuk mempersalahkannya kerana pergi ke gereja dan terjebak dalam usaha Kristianisasi. Saya pergi untuk membolehkan dia merasakan bahawa masih ramai yang ingin mengambil berat tentangnya. Lebih penting lagi, saya pergi untuk mengetahui apakah yang membawa dia sehingga terpaksa meminta simpati dan bantuan hidup dari pihak gereja.
Sedih
Saya sedih mendengar ceritanya. Menurutnya, dirinya seorang janda yang ditinggalkan suami. Terpaksa menanggung hidup tiga orang anak. Dalam kesempitan hidup yang amat, diminta keluar dari rumah sewa dan tenat mencari sesuap nasi untuk diri dan anak-anak dia pergi merintih di pejabat zakat. Dia tidak dilayan. Bahkan pegawai bertugas dengan tegas memberitahunya peruntukan sudah habis. Rayuannya tidak diendahkan. Dia keluar berusaha lagi. Dia berjaya mendapatkan surat sokongan ahli politik. 


Kembali ke pejabat zakat membawa surat tersebut, terus sahaja dia mendapat peruntukan zakat. Peruntukan yang kononnya sudah habis sebelum itu, kembali ada untuknya. Dengan berbekalkan wang zakat itu dia berusaha survive. Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit.
Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan. Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan. 
Pihak gereja membantu keperluan hidupnya. Diberikan wang serta menziarahi keluarganya. Mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan ‘mesra dan sayang’. Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya.
Bagaimana mungkin untuk dia merasai kehebatan Islam di saat penganut yang seagama dengannya tidak memperdulikannya. Bahkan enggan membantunya. Bagaimana pula dia dapat melihat kesilapan pihak gereja secara lahiriahnya sedangkan ternyata merekalah menolongnya? 
Orang mungkin berfalsafah dan berceramah secara retorik, namun jiwa insani terpengaruhi dengan apa yang dia rasai. Sakit demam anak-anaknya pihak gereja yang mengambil berat. Makan-minum mereka, pihak gereja yang membiayai. Bahkan keperluan rumah juga diberikan satu persatu.
Tangkap
Menurutnya, dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya. Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup. 
Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja. Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja. Menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja. Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi.
Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar. Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat. 


Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu. Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi.
Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu. Pihak gereja jugalah yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut. 


Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang. Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan ‘tukaran’ yang tidak dapat saya maklumkan di sini. 


Semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan, dia berada dalam gereja berkenaan bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya. Walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad, cumanya ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. 


Namun, menurutnya memang ada yang murtad. Alhamdulillah dia masih kekal dengan keislamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup. Terus-terang dia sebut ‘semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya’.
Semasa saya menziarahinya –tanpa notis awal- dia baru sahaja selesai menunaikan solat terawih. Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit aids dan juga muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan. 


Apa yang hendak dipelikkan, begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan. Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam. 


Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai Ph.D dan masters dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam.
Salah Siapa?
Jika kita ingin melepaskan diri, mudah sahaja, kita letakkan kesalahan ini kesemua di pihak gereja. Kita tuduh merekalah punca segalanya. Kemudian kita buat demonstrasi, kita bakar semangat orang awam untuk bangun menentang gereja yang melakukan aktiviti bantuan dan ‘dakwah’. 


Adapun kita yang tidak membantu dan berdakwah ini, tidak perlulah disalahkan. Begitukah kita? Supaya orang dapat melupakan kesilapan kita, kita letakkan segala dosa ke atas orang lain semata.
Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan. Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran. 
Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita. Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini.
Zakat
Saya tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan. Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih satu billion. Itu setiap tahun. Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah. Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba si miskin kita terpaksa merintih simpati dari gereja?
Sesetengah pegawai zakat bersifat begitu meterialistik. Berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat. Tiada semangat dakwah dan ukhuwwah Islamiyyah. Pemohonan menjadi sulit dan sukar. Apatahlagi jika mak cik tua yang uzur disuruh mengisi borang. Maka, pemohon zakat bagaikan peminta sedekah. Sebab itu barangkali ramai fakir yang tidak sanggup ke pejabat zakat.
Jika program ‘Bersamamu’ boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula pihak zakat gagal mengesan mereka. Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pihak zakat. 
Menurut al-Quran, yang miskin tidak meminta itu lebih patut diutamakan. Firman Allah (maksudnya):
“(Pemberian sedekah itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); orang yang jahil menyangka mereka kaya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) tanda-tanda mereka, mereka tidak meminta daripada orang ramai secara mendesak-desak, dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya”.( Surah al-Baqarah ayat 273)
Berilah zakat kepada mereka, kerana itu memang hak mereka. Jangan jadikan mereka pengemis di pejabat zakat. Berilah dengan kasih dan perancangan agar mereka keluar dari daerah kemiskinan. Kata Saidina ‘Umar r.a.:
Bahkan zakat boleh diberikan kepada bukan muslim yang miskin atas peruntukan fakir dan untuk dakwah atas peruntukan muallaf. Lihatlah perbahasan fekah yang lebih luas. Jika zakat berfungsi, bukan muslim akan tertarik dengan Islam. Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Isl
“Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”. Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah).
____________________________________________________________

Yang tersiar di atas adalah nukilan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


Beliau menangisi hakikat bahawa disebalik berdiri megah dan tersergamnya bangunan bangunan Pusat Pungutan Zakat Negeri Negeri di seluruh negara, masih terdapat begitu ramai sekali umat Islam yang miskin, melarat sehingga terpaksa mengemis bantuan untuk meneruskan kehidupan masing masing disini sana termasuk ke gereja gereja Kristian didalam negara!

Siapakah yang patut kita persalahkan jika tidak Ketua2 Agama Islam di negeri negeri Semenanjung Tanah Melayu ini yang kebanyakan dari mereka tidak betul betul mengambil iktibar dan memerintahkan pegawai pegawai dibawah kuasa pemerintahan mereka supaya benar benar menjalankan tugas dan melaksanakan bantuan kepada fakir miskin ini tanpa prejudis dan mengharapkan apa apa balasan melainkan berkhidmat demi Allah Subhanahu Wa Ta'ala?

Saya memang terlalu sakit hati bila memikirkan tentang kedurjanaan mereka yang membiarkan umat Islam kita yang miskin melarat dibumi tanahair sendiri tetapi sibuk nak jadi juara di mata dunia dengan keluar negara membawa bantuan kemanusiaan mendabik dada sebagai prihatin tahap gaban begitu begini.

Melayu 1Malaysia memang terkenal dengan drama swasta!

Gimik gila babi betul sampai mahu usaha usaha mereka terpampang didada dada akhbar dan media massa dengan melaungkan 1Malaysia hu ha riuh seantero dunia tapi bagaikan ayam darai kokok berderai derai, ekoq dan juboq bergelumang najis!!!

Hello syeikh!

Belajarlah berkhidmat kepada mangsa mangsa yang merempat kat dalam negeri dan negara sendiri sebelum nak jadi 'champion human rights international'!

Duit zakat yang dikutip berbilion bilion tu bukan untuk hangpa mentekedarah tetapi untuk di edarkan kepada orang orang miskin fakir papa kedana yang terpaksa menggadaikan maruah dan akidah mereka pergi meminta dan menerima bantuan dari gereja gereja Kristian sebab hangpa yang menjadi pegawai pegawai zakat eksyen macam nak mampos!!!

Terlaknatlah kalian yang menjadi punca orang orang Islam yang susah kat Malaysia ni pi minta bantuan pihak gereja Kristian!

Hangpa memang tak akan selamat dunia dan akhirat!

Percayalah beb!

Airmata si miskin itu tak akan sia sia di depan Allahu Ta'ala!!!

Setiap dari anda yang bertanggungjawab keatas bala murtad yang sedang melanda negara kita sekarang ini!

Tak kiralah samada anda cuma pegawai cap ayam atau yang bergelar Sahibus Samahah atau Ketua Agama Islam negeri dan negara sekalipun!!!

Faktor lain

Selain dari faktor kemiskinan melampau yang memaksa sesetengah umat Islam didalam negara ini mudah terjebak kedalam kancah murtad, kealpaan pihak kebanyakan umat Islam untuk mencurahkan kasihsayang dan menunjukkan keprihatinan terhadap keperluan perhatian terhadap pasangan masing masing, anak anak dan ahli keluarga terdekat serta jiran tetangga menjadi punca kenapa ramai anak anak dan orang orang berada beralih arah pergi mencari kasih sayang yang mereka dahagakan dikalangan pihak gereja yang menjadikan kasih sayang itu sebagai pendorong utama pergerakan kefahaman kepercayaan mereka!

Tetapi bila kita sebutkan kasihsayang, kebanyakan dari umat Islam terutama dari kalangan Melayu Malaysia mudah salah tafsir dan mereka menunjukkan kasihsayang mereka didalam cara yang dilarang agama pula!

Aa aa!

Kes haruan makan anak dan sumbang mahram pula menjadi punca kasih sayang disalah ertikan dan semakin banyak pula kes 'terlalu banyak kasih sayang' dicurahkan sehingga menjahanamkan pula nasib kaum wanita dan anak anak gadis remaja dikalangan umat Islam disini!



Memang sungguh umat Islam seMalaysia sedang berada didalam keadaan dharurat. Nak harap siapa lagi ? Dok tunggu Ketua2 Agama Islam bertitah memerintah semua malaon2 yang dok pegang jawatan itu ini didalam Jabatan Jabatan Agama dan Zakat negeri negeri membantu pihak fakir miskin yang melarat, seumpama menunggu kucing bertanduk?


Iyolah, masing masing dok bersemayam diatas singgahsana, singgahsini, cukup waktu, makan minum terhidang, ada khadam banyak berbaris nak bantu yang tu yang ni, manalah nak tahu tentang kesusahan rakyat jelata yang sorru pun miss?


Tak cukup istana hak ni, bina pula istana baru?


Padahal kubur masing masing, setahu Tok Mamu, ukuran nya sama sahaja! 6' x 3' . Cuma perkarangan kubur Ketua2 Agama Islam mungkin berlapik marmar dan batu nesan memang 'grand design' le.


Tapi soaljawab dalam kubur kan sama?


Ada perbezaan ke?


I don't think so, beb!


Bawa bawalah bermuhasabah diri. Mudah2an ada manfa'atnya pada simiskin yang terpaksa mengemis bantuan kaffir untuk meneruskan hidup!


Insya Allah.
Post a Comment