Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, September 07, 2011

Moscow dipenuhi umat Islam bersolat Aidilfitri ~ Takbir bergema dibumi Rusia


Alangkah syahdunya terasa didalam hati menyaksikan puluhan ribu umat Islam memenuhi segenap ruang jalan jalanraya kota Moscow dinegara Rusia bekas Kesatuan Sosialis Soviet, menyempurnakan solat sunat Aidilfitri baru baru ini!

Walaupun video ini dimuatnaikkan oleh seorang kaffir yang anti-Islam, usahanya telah menunjukkan bukti bahawa di negara bekas komunis itu, Islam sedang berkembang baik dengan jutaan umat Rusia memeluk Ad Deenullah setiap hari, membuktikan firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala bahawa menjelang Hari Kiamat, manusia akan berbondong bondong memeluk agama Islam setelah sedar akan kesyumulannya!






110:1
Transliteration
Itha jaa nasru Allahiwalfath
Sahih International
When the victory of Allah has come and the conquest,
Malay
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -

110:2
Transliteration
Waraayta annasa yadkhuloonafee deeni Allahi afwaja
Sahih International
And you see the people entering into the religion of Allah in multitudes,
Malay
Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -
110:3
Transliteration
Fasabbih bihamdi rabbika wastaghfirhuinnahu kana tawwaba
Sahih International
Then exalt [Him] with praise of your Lord and ask forgiveness of Him. Indeed, He is ever Accepting of repentance.
Malay
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.


Didalam keadaan dunia hari ini dimana apa yang difirmankan Allahu Ta'ala menjadi kenyataan baik semasa Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam menakluki kota Makkah al Mukarramah tanpa setitis darah musuh musuh Allah jatuh ke bumi dek kerana begitu hebatnya akhlak dan adab Rasulullah Sayyidul Mursalin serta puluhan ribu sahabat Baginda Rahmatulil Alamin, kini Eropah sedang menyaksikan perkara yang serupa dimana ratusan ribu malah berjuta juta manusia sedang mengucap dua kalimah syahadah saban hari dan mereka yakni Muslimin dan Muslimat sedang memenuhi setiap ruang dan pelusuk kota kota Eropah bilamana tiba hari Jumaat dan hari hari kebesaran Islam sehingga melimpah ruah dari masjid masjid yang sedia ada.
Muslimin Rusia kini memerlukan lebih banyak masjid masjid dibina untuk menampung keperluan solat berjamaah.


Rabbi B.Elka Abrahamson dari kaum Yahudi sendiri mengakui bahawa Islam adalah agama Nabi Adam Alaihis Salam dan bahawa kita semua menyembah Tuhan yang Satu!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahil Hamd!

Apakah ada diantara umat Islam diMalaysia yang masih keliru tentang yang mana satu agama yang Haqq dan yang mana pula yang Batil?

Pelajarilah Ad Deenul Islam, warisan kita dari Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam!

Hendak seribu daya tuan / puan ; tak hendak? Seribu dalih!

Sesungguhnya kebenaran Islam sudah terbukti zaman berzaman.

Cuma segelintir manusia sahaja yang menafikan hak diri mereka untuk hidup sebagai hamba Allah yang bersyukur!


Bagi anda yang mahu belajar tentang Ad Deenul Islam, Tok Mamu dan rakan rakan seusaha senantiasa bersedia membantu menerangkan mana mana yang perlu anda ketahui?


Jika ada yang perlukan penjelasan lebih lanjut, Tok Mamu dan kawan kawan ada ulamak ulamak tersohor yang boleh membimbing kita bersama.


Insya Allah.
Post a Comment