Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, September 19, 2011

PRU ke13 ~ Pastikan setiap calon pilihanraya lulus Kertas Pengajian Am!

Apakah boleh dipertimbangkan oleh kesemua parti parti politik didalam negara kita ini supaya setiap calon Pilihanraya Umum ke13 nanti dimestikan lulus Peperiksaan Kertas Pengajian Am 1 & 2 untuk melayakkan mereka bertanding diatas tiket parti masing masing?


Saya usulkan cadangan ini kerana sejak kebelakangan ini timbul pelbagai pendapat dan cadangan kontroversi dari kalangan mereka yang bergelar sebagai Ahli Parlimen tetapi berpenyakit cirit mulut dan menyebabkan seluruh negara benci dan meluat terhadap saranan saranan gila YB2 ini!


YB tidak semestinya bermaksud Yang Berhormat kerana cadangan cadangan yang keluar dari mulut golongan ini boleh membawa makna berlainan sama sekali.


Mungkin boleh dipertimbangkan sebagai Yang Bengong atau Yang Bengap?


Tak sampai hati nak gelar 'Yang Bahlol' tetapi dari segi keceluparan ide ide mereka ini memang tidak melayakkan mereka duduk berhujah dan berdebat membuang masa semua pihak dengan ketidakwarasan cadangan cadangan mereka sejak kebelakangan ini.


Menjatuhkan 'standard' Parlimen Malaysia sahaja.


Saya rasa Wak Dol atau Uncle Samy yang duduk berborak kat mana mana restoran mamak pun tak sesewel dua tiga orang Ahli Parlimen Malaysia ini yang bercakap ikut sesedap mulut sahaja dan kemudiannya bila kena sergah atau disanggah, melatah berkata mereka acah acah sahaja?


Saya tak bergurau bilamana saya mencadangkan setiap calon pilihanraya umum akan datang ini di uji kewarasan dan kemantapan diri layak untuk mewakili kawasan kawasan parlimen dan dewan perundangan negeri didalam negara kita nanti?


Kelulusan didalam suatu peperiksaan Kertas Pengajian Am tahap STPM sekurang kurangnya mungkin boleh menapis menyekat mereka yang belum tentu lagi sesuai untuk bertanding dan mewakili mana mana kawasan pilihanraya didalam Malaysia ini?


Tengok sahaja kemelut yang ditimbulkan orang orang seperti Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS) dan Manoharan a/l Malayalam Ahli Parlimen Kota Shah Alam(DAP)?




Saya rasa jika boleh mahu gamaknya Karpal Singh (Pengerusi DAP) bagi penampar gila babi kepada Manoharan kerana memalukan partinya itu dengan cadangan merepek mahu menukar bendera negara kita Jalur Gemilang kepada entah apa apa jika sekiranya Pakatan Pembangkang menang PRU ke13 nanti?


Itu belum di ambil kira akan kontroversi yang ditimbulkan Mat Sabu baru baru ini dengan ucapan 3/4nya itu berkaitan peristiwa Bukit Kepong?


Sedegil degil Karpal Singh membantah soal pembentukan negara Islam dengan mencabar kita melangkah mayatnya semasa berucap di kempen PRU tahun 1990, tak adanya sesewel dua maarof sintok berkenaan!


Entahlah!


Saya rasa mungkin SPRM perlu mengambil kira cadangan saya ini untuk mengelakkan kita semua sakit hati di tahun tahun akan datang dengan kerenah YB YB yang tak cukup sel sel otak seperti ini?


Apa kata anda?
Post a Comment