Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, September 22, 2011

Safee Sali di Cardiff ~ Semoga Allah memeliharanya dari maksiat disana!!!

Safee Sali, pemain bolasepak terkenal pasukan kebangsaan Harimau Malaya @ Malaysia kini sedang berada di Cardiff City, UK untuk menjalani tempoh percubaan diserap masuk kedalam pasukan bolasepak bandaraya di England sebagai penyerang impot mereka. Laporan positif tentang pemain bolasepak kebanggaan Malaysia sudah semakin banyak diterbitkan didalam akhbar negara bekas penjajah ini. 


Namun disebalik keghairahan kita untuk tumpang gembira dengan peluang baik yang sedang di nikmati Mohd Safee Mohd Sali harus juga kita merasa gusar dan khuatir akan masaalah maksiat yang bergejolak di negara Inggeris itu!


Jurugambar Poland Maciej Dakowicz telah mengambil sebegitu banyak gambar suasana kehidupan malam di Cardiff City yang memaparkan keadaan muda mudi Cardiff berpeleseran didalam keadaan mabuk, tunggang langgang, jatuh pengsan dengan muntah bersemburan kat tepi jalan serta pelbagai lagi ragam mereka yang tidak senonoh, hanyut didalam kancah maksiat yang dilakukan mereka secara terbuka tanpa segan silu kerana warga Britain hari ini sudah tidak lagi ada sebarang larangan dan sekatan untuk hidup ikut sesuka hati mereka!!!


Media Britain Mail Online turut menyiarkan tentang keadaan memalukan ini dilaman mereka dengan menyiarkan imej imej yang di ambil Maciej Dakowicz disini.


Saya hanya memilih gambar gambar dibawah ini untuk tatapan kita bersama. Ada banyak lagi gambar2 lain di pautan laman Maciej Dakowicz. Tak sanggup saya siarkan semula disini. 'Line tak clear' beb! Saya kasihankan Safee Sali!


Dia mungkin terkejut berok jika dia keluar berjalan malam di Cardiff City. Segala adik beradik Dracula, Jack the Ripper dan gerombolan pelacur, pondan, penyangak dan pengamal segala macam kecelaruan seksual berkeliaran di jalan jalan kota Cardiff City!


Semoga Safee Sali terpelihara dari kancah maksiat disana! Amin!

































Seram bulu roma tengok gelagat mereka ini. Mesti bau busuk meloya tekak tengok keadaan sampah sarap, muntah mabuk dan segala keburukan kelakuan masyarakat Cardiff selepas matahari terbenam.


Memang benarlah kata pujangga.


Hujan emas di negeri orang ; hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri.


Hai lah Safee! Engkau memang sedang di landa cobaan!


Bukannya saya hendak menyatakan bahawa Safee harus kembali serta merta ke pangkuan negara kita tetapi inilah salah satu cabaran bila berhijrah mencari makan di negeri kaffir.


England kini sedang berhadapan dengan dua macam perkembangan semasa.


Di kawasan kawasan bandar dan kota dimana puak imigran dari negara negara Asia ramai, mereka telah berkembang biak sebegitu banyak sehingga boleh ada zon eksklusif penguatkuasaan sistem kehidupan secara Syariah Islam sehingga kaffir Inggeris pun ramai yang sedang memeluk Islam.


Di beberapa bandar seperti Cardiff dan dimana majoriti penduduknya terdiri dari kaum berbangsa Inggeris, kemaksiatan dilakukan secara terbuka dan memang amat tidak sesuai didiami mana mana umat Islam tak kiralah dari bangsa apa sekalipun?


Bagi orang Melayu Muslim seperti Safee Sali, bolehkah ia selamat dan terpelihara dari terkena tempias maksiat yang sedang berleluasa di sana?


Sama sama lah kita mendoakan keselamatan bagi nya! Ya Allah! Engkau peliharalah saudara seagama kami Mohd Safee Mohd Sali!


Amin Ya Rabb! Amin Ya Rahman!
Post a Comment