Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, September 19, 2011

Tafsir Al Quranul Karim ~ Rayuan bantuan kitab2 tafsir pelbagai bahasa


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Muslimin Muslimat yang saya hormati sekelian. 
Semasa saya menunaikan Solat Sunat Aidilfitri pada tanggal 1hb Syawal 1432 Hijrah bersamaan 30hb Ogos 2011 nan lalu, saya disapa oleh Tuan Haji Abdul Mutalib bin Haji Samsudin, seorang ahli jawatankuasa Masjid Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan, Pahang Darul Makmur.


Beliau mengenali saya selaku seorang blogger Muslim dan memohon bantuan saya untuk menyampaikan pesanan dan rayuan ini untuk mendapatkan bantuan dan sumbangan orang ramai didalam bentuk derma kitab kitab tafsir Al Quranul Karim didalam Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil serta bahasa bahasa lain untuk rujukan para jamaah semasa mereka berada didalam masjid2 dan surau2 didalam negara kita.


Saya berpendapat bahawa perkara ini memang amat penting dan pengurusan masjid2 serta surau2 patut mengambil langkah2 mengisi keperluan rujukan tafsir2 Al Quran ini dengan segera.


Jika anda mempunyai kitab kitab tafsir didalam Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil untuk dihadiahkan pada Masjid Sultan Hj Ahmad Shah Kuantan atau mana mana masjid dan surau didalam KL atau Kuantan, anda boleh menghubungi saya melalui emel di mahaguru58@gmail.com untuk diterima bagi pihak anda. Insya Allah akan saya sampaikan ke Masjid2 yang anda pilih? Hantaran ke masjid2 dinegeri2 lain boleh kita aturkan melalui rangkaian blogger Muslim dan rakan rakan seusaha. Insya Allah!


Sementara itu bagi anda Muslimin dan Muslimat yang berkemampuan, ayuhlah membantu masjid2 dan surau2 kita dengan menyumbangkan derma ikhlas anda didalam bentuk buku2 agama, penerbitan2 audio visual seperti didalam bentuk cd-rom, dvd, vcd dan sebagainya bagi membantu umat Islam menghayati maksud dan makna ayat ayat suci Al Quranul Karim supaya kita lebih memahami firman2 Allahu Ta'ala kepada kita, umat Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam dan dapat membantu kita didalam pembelajaran ilmu2 agama dengan lebih baik.


Perpustakaan masjid dan surau sudah tentu amat memerlukan sumbangan sebegini dan jasa anda tetap dikenang oleh sekelian umat Muhammad Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam sampai bila bila dan boleh menjadi sebahagian dari amal ibadat anda didunia ini dan diberikan ganjaran oleh Rabbul Alamin di akhirat nanti!


Biar kita mati meninggalkan jasa dan berbakti kepada kemajuan ummah!


Insya Allah!
Post a Comment