Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, October 26, 2011

Jawapan kepada komen2 pendokong Pakatan Pembangkang

Assalamualaikum semua,

Pertama sekali ingin saya ucapkan ribuan terimakasih kepada tuan/puan yang sudi mengirimkan komen pada saya berkenaan pengalaman saya sedang berada di tanah suci Makkah al Mukarramah ini.

Saya ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan saya kepada pesona, pendekartua, Hajjah Kama At-Tarawis dan Tukang Dok Peghati kerna dapat menumpukan perhatian tuan puan kepada intipati dan maksud asal artikel saya ini.

Beralih kepada hamsor dan LKTP1436 yang merupakan pendokong Pakatan Pembangkang (bukan Pakatan Rakyat kerana tidak berdaftar dan tidak disokong seratus peratus oleh kesemua rakyat Malaysia) saya ingin bertanya tuan2 :

Apakah jaminan bahawa Pakatan Pembangkang akan diterajui PAS dan PKR?

Bukankah sampai ke hari ini DAP menentang sekeras kerasnya apa apa usaha PAS untuk menegakkan sebarang hukum hakam Hudud Allah?

Sembang deraih mengalahkan orang terutama didalam bab menyalahkan Kerajaan BN didalam bab agama tetapi sampai ke saat ini masih akur dengan gertakan dan bentakan Karpal Singh, Lim Kit Siang dan kenyataan Ketua Umum PKR Saudara Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Pembangkang TIDAK MENYOKONG HUDUD!!!

Soal saya sedang berada di Tanah Suci tidak berbangkit kerana saya berada disini untuk mengerjakan ibadah haji saya diatas izin Allahu Ta'ala semata mata!!!

La haula wala quwwata illa billah hil aliyyul adzhim!

Tidak ada kuasa selain Allahu Ta'ala yang Maha Perkasa!!!

Saya tidak yakin bahawa PAS dan PKR akan berupaya untuk menjaga kebajikan Lembaga Tabung Haji yang amat berjasa sekali kepada seluruh jamaah haji kita sejak zaman berzaman kerana jika benar berlaku perubahan kuasa Kerajaan Persekutuan kepada Pakatan Pembangkang YANG DITERAJUI DAP ~NA'UZUBILLAHIMINZALIK!!! Kerajaan Pakatan Pembangkang boleh menjamin kesinambungan kejayaan Lembaga Tabung Haji Malaysia seperti sekarang ini!!!

Ini hakikat tuan2!

Saya meminta tuan2 menegakkan Daulah al Islamiyyah di negeri2 yang diterajui PAS dan PKR dahulu sebelum menuduh saya macam2.

Kat Kelantan dan Kedah yang diterajui Kerajaan pimpinan PAS, apa kedudukan anjuran Penegakkan hukum Hudud Allah?

Jawab le!

Kat Pulau Pinang, DAP memerintah. Apa kedudukan orang2 Islam didalam Kerajaan Pulau Pinang?

Jawab brader.

Kat Selangor, apa cerita dengan penegakkan Hukum Hudud Allah?

Maksiat semakin berleluasa didalam negeri Selangor yang dipelopori Kerajaan yang diterajui PKR tetapi yang menarik tali itu ini adalah sebenarnya Exco2 DAP!

Tuan2 berdua nak tuduh saya itu ini harus beringat bahawa anda sedang memfitnah saya seorang hamba Allah yang kini berada di Tanah suci dan sedang menjadi salah seorang Tamu Agong Allahu Ta'ala.

Saya bukan jenis orang yang bangga berdoa dihadapan Kaabah dan mendoakan laknat bagi saudara sesama Islam seperti rakan rakan sedakyah tuan2.

Saya bukan orang yang suka mendoakan pecah perut dan celaka keatas sesama Islam seperti pemimpin tuan2 dan rakan blogger anda.

Saya hanya menyatakan yang hak. Kerisauan rakan blogger MBA saya adalah berdasarkan pemerhatian beliau yang juga seorang tuan haji dan amat risau dengan kebarangkalian berlaku perubahan kuasa dari diterajui orang orang sesama Islam dengan kita kepada Pakatan Pembangkang tuan2 yang sebenarnya diterajui DAP yang berketuakan Kaffir Harbi seperti Karpal Singh, Kit Siang dan anak beranak mereka.

Saya tidak mengatakan bahawa UMNO suci bersih tara mana tetapi berbandingkan UMNO dan BN dengan Pakatan Pembangkang yang dikepalai DAP didalam ertikata sebenar benarnya, saya tak rela DAP menentukan arah tuju negara tercinta kita Malaysia.

Ingat bahawa tuan2 sedang menuduh bukan2 pada saya seorang jamaah haji.

Doa seseorang hamba Allah di Al-Multazam akan diperkenankan Allahu Ta'ala!

Saya tidak akan melayan lagi mana mana komen dari anda berdua kerana tidak ada gunanya melayan kalian yang ternyata termasuk didalam golongan mereka yang 'sum mum buk mum om yom fahum laa yar ji 'uun.

Jangan lah tuan2 menambah dosa2 yang sedia ada dengan mengunjing sesama saudara Islam tuan2.

Saya akan berdoa agar Allahu Ta'ala membuka pintu hati kalian dan dapat bertaubat nasuha dari terus bermusuh sesama Islam tetapi mahu pula mendokong usaha Kaffir Harbi seperti pemimpin2 tuan2 didalam DAP.

Devils After Power.

Wassalamualaikum.
Post a Comment