Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, October 03, 2011

Mahaguru58 menyambut ulangtahun kelahiran ke 53 hari ini!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!


Alhamdulillah! Hari ini merupakan ulangtahun ke 53 kelahiran saya Zainol Abideen @ Mahaguru58.


Saya mengucapkan syukur ke hadhrat Ilahi kerna memanjangkan usia saya ke hari ini dan berdoa agar Allahu Ta'ala akan redha dengan usaha saya sekian lama ini menyampaikan risalah dan pengetahuan Ad Deenullah melalui laman blog ini dan juga Dakwah al Islamiyyah secara terus kepada sesiapa sahaja yang saya sempat ketemu.


Saya juga sangat bersyukur hari ini dapat menyempurnakan amanat seorang dermawan yang menyahut seruan seorang AJK Masjid Sultan Hj Ahmad Shah di Kuantan baru baru ini supaya ada sesiapa yang sudi untuk mewakafkan terjemahan Al Quran Al Karim didalam Bahasa Melayu kepada masjid berkenaan untuk rujukan dan bacaan para jamaah yang memerlukan bahan tersebut untuk mendalami pengetahuan masing masing.



Saya telah berjaya membeli 10 naskhah Terjemahan Al Quran Al Karim hari ini sempena ulangtahun ke 53 saya ini dan Insya Allah akan saya sampaikan wakaf tersebut pada hujung minggu ini di Kuantan.


Baki naskhah2 Terjemahan Al Quran itu akan saya sampaikan kepada mana mana masjid yang sempat saya singgah. Insya Allah.


Saya turut bersyukur kerana dermawan itu yang merupakan seorang usahawan kedai makan di Pulau Pinang turut memberikan saya kewangan untuk menambah mutu peralatan kamera digital saya supaya dapat membantu saya didalam usaha menerbitkan video2 penerangan agama untuk siaran di blog saya melalui akaun You Tube.


Saya kini telah pun membeli lensa kamera Nikkor 55mm-300mm yang akan membolehkan saya 'zoom' kepada sebarang subjek didalam apa apa acara atau peristiwa semasa didalam membuat liputan sesuatu majlis demi menyampaikan kepada tuan puan pembaca budiman blog Mahaguru58! Insya Allah. 


Klik pada gambar lensa dibawah untuk melihat dengan lebih terperinci dan jelas. Insya Allah!


Marilah kita sama sama mendoakan kebahagiaan penderma budiman tersebut. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala merahmati insan terpuji ini dengan segala kebaikan duniawi ini dan di akhirat nanti serta mengampunkan segala dosa, memberikan ia segala ganjaran pahala yang setimpal dan mengimarahkan kehidupan dan usahaniaganya. Amin Ya Rabbal Alamin.


Saya juga ingin mengalu-alukan sesiapa dikalangan tuan puan yang ingin menyumbangkan derma didalam bentuk terjemahan2 dan tafsir Al Quran untuk disampaikan kepada masjid masjid yang berkeperluan didalam negara kita.


Sila hubungi saya melalui emel mahaguru58@gmail.com.


Semoga Allah merahmati kita semua.


Amin.


Saya juga ingin memohon kemaafan tuan puan jika ada sebarang kekhilafan saya terhadap sesiapa selama saya berblog ini. Mudah2an dirahmati akan kita semua oleh Rabbul Alamin, dunia dan akhirat! Insya Allah.


Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala Maha Mengetahui akan diri kita ini.


Wabillahi Taufik Wal Hidayah.


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabaakatuh!
Post a Comment