Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, October 22, 2011

Mahaguru58 selamat menyempurnakan umrah semalam!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Syukur Alhamdulillah, saya telah selamat sampai di Makkah al Mukarramah dan sesudah selesai urusan pendaftaran penginapan dan sebagainya, telah selamat pergi menyempurnakan fardhu umrah pertama sekali didalam hidup saya ini.



Saya sedang menggunakan perkhidmatan internet dari sebuah kafe internet disini. 


Sesungguhnya kita kat Malaysia harus bersyukur sangat2 diatas perkhidmatan internet dan telekomunikasi kita di tanahair.


Kat sini sejam kos guna internet SR10!!!


Betapa saya rindukan perkhidmatan TMNet Streamyx dan juga Maxis Mobile Broadband negara kita!


Ini pun secara kebetulan saya berkesempatan guna internet sebelum menuju ke Masjidil Haram untuk menunaikan fardhu asar.


Peristiwa pertama kali menjejakkan kaki ke bumi kota suci Makkah al Mukarramah memang begitu istimewa sekali. Melihat Kabah dengan mata kepala sendiri bagaikan satu mimpi. Saya masih belum pulih dari 'culture shock' yang saya alami semalam.


Usung kamera berat2 takde gunanya juga sebab ada sahaja Pak Arab pengawal kawasan Masjidilharam yang akan datang meminta saya tidak mengambil foto diperkarangan masjid terutama dunia kita.


Makanya kenalah guna kamera kompak dan kamera telefon. Saya sempat mengambil beberapa banyak gambar secara itu dan Insya Allah akan memuatnaikkan bilamana saya sempat nanti.


Umrah dah selesai. Sementara itu saya akan gunakan peluang ini untuk berehat sekejap dan memulihkan keadaan badan yang boleh dikatakan telah mengalami kejutan perubahan cuaca dari iklim tropika ke iklim kawasan Timur Tengah!


Boleh kata ramai dari jamaah haji yang mengalami keadaan serupa.  Namun kami amat bersyukur dengan mutu layanan kakitangan Tabung Haji disini. Semua mereka amat berbudi bahasa dan sopan santun melayani pelbagai macam kerenah dan masaalah para jamaah TH.


Saya sendiri pergi mendapatkan rawatan perubatan dari Klinik Tabung Haji dan Alhamdulillah khidmat petugas2 TH kat Makkah al Mukarramah terutamanya yang kat Maktab 93 ~ Hotel Luluat al Tauhid di Al Mislafah amat baik dan cekap sekali. 


Syukran jazillan Dr Zainal! Tabib Tabung Haji yang bilamana sahaja melihat Buku Rawatan Tabung Haji memaklumkan kepada saya bahawa beliau pernah melihat saya semasa saya muncul di kaca tv! :P 


Ada banyak lagi gambar2 dan video yang saya sempat ambil. Insya Allah selepas di proses akan saya muatnaikkan di sini.


Sehingga ketemu lagi di artikel Hajj Mahaguru58 seterusnya.


Secara langsung dari Makkah al Mukarramah!


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Post a Comment